Selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya pelakon jelita Siti Saleha tampil membuat pengumuman istimewa yang cukup menyentuh hati. Menerusi satu video manis yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Saleha memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Joshua Fitton.
Video ringkas tetapi penuh makna itu merakamkan detik indah apabila Siti Saleha menunjukkan imej imbasan ultrasound kandungannya, sambil tersenyum gembira dan berpelukan erat dengan suami tercinta. Lebih mencuit hati, pasangan ini turut berseloroh tentang ‘baby bump’ masing-masing.
“Josh banyak makan dan perutnya kembung. Jadi saya mahu sepadankan dengan perut dia,” tulis Saleha secara bersahaja dalam kapsyen.
Ads
Perkongsian yang cukup mesra dan penuh kasih sayang itu nyata mengundang reaksi hangat daripada peminat serta rakan-rakan artis yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat pasangan ini.
Untuk rekod, Siti Saleha dan Joshua Fitton telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, selepas kira-kira tiga tahun bergelar ibu tunggal selepas penceraian dengan bekas suami. Perjalanan hidupnya nyata memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk terus tabah dan percaya dengan perancangan Allah.
Ads
Majalah Pa&Ma mendoakan agar segala urusan kehamilan Siti Saleha dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Momen menjadi seorang ibu adalah satu anugerah besar yang pastinya mengubah hidup seseorang wanita — daripada seorang anak, kepada seorang ibu yang bakal menjadi dunia buat insan kecil yang dinanti.
Tahniah Siti Saleha dan Joshua! Selamat melangkah ke dunia keibubapaan 👶💖
Ibu mengandung yang mengidam, jangan terlalu ikutkan keinginan terutama yang bukan-bukan. Mengidam adalah satu pengalaman yang dialami oleh kebanyakan ibu mengandung.
Mengidam berlaku mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak dirasai oleh semua wanita hamil.
Menurut Jururawat, Noor Nabila Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen, mengidam membawa maksud sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Adakala, jika keinginan itu jika tidak dipenuhi, emosi si ibu akan dilanda badai.
Wanita mengandung rata-ratanya mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Bukan sahaja jenis makanan boleh dimakan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah ini diistilahkan sebagai ‘pica’.
Jangan terkejut ada ibu mengandung yang craving untuk menyedut bau petrol hingga diletakkan di tisu untuk dihidu bila perlu.
Apakah kaitan mengidam dengan kehamilan?
Ada segelintir pakar perubatan mengatakan bahawa mengidam adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung.
Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya.
Malahan, alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi asbab kepada wanita hamil untuk mengidam makanan yang boleh melegakan alahan mereka.
Selain itu, kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yang telah mencetuskan rasa mengidam seperti:
• Mengidam makanan laut mungkin disebabkan oleh kekurangan “calcium” dan “sodium”.
• Mengidam kekacang dan bijirin pula mungkin berpunca daripada kekurangan magnesium di dalam tubuh
• Mengidam minum ais atau air batu pula mungkin disebabkan kekuranfan zat besi.
• Mengidam coklat pula menunjukkan peningkatan dalam keperluan kalori atau mungkin kurang vitamin B.
Sebenarnya, mengidam ni kadangkala perlu untuk meningkatkan jumlah kalori untuk pertumbuhan serta pembentukan janin.
BAHAYA
Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti makan tepung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya.
Mengidam benda yang bukan makanan (PICA) harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.
Semasa hamil, pemakanan haruslah seimbang dengan jumlah kaliru serta khasiat yang mencukupi bagi membantu ibu dan janin sihat sepanjang bulan-bulan kehamilan.
Elakkan mengidam menguasai hati dan fikiran anda. Terutama yang mengidam melampau seperti setiap hari pagi petang siang malam nak makan aiskrim sahaja. Atau mungkin pagi mahu sate ayam, malam mahu sate daging. Tidak ada sumber karbohidrat di mana-mana.
• Bukan tak boleh nak makan, tapi berpada-pada. Ambil makanan pada jumlah yang kecil. Asalkan dapat merasa. Saya tahu kaum wanita seperti kita ni bagaimana jika kehendak tidak dipenuhi
• Seeloknya tekankan kepada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt dan oat meal.
• Jika craving tersangatlah parah, seeloknya cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama pasangan ataupun mungkin menonton wayang. Tapi janganlah pergi jalan tempat senang nak dapat benda yang anda idamkan. Memang tak menjadilah nak lupakannya.
• Jangan terlalu diikutkan mengidam. Tidak mahu makan nasi langsung, tidak mahu sentuh nasi jika tidak dapat apa diidam. Bukankah kesihatan diri dan janin yang perlu kita ambil berat. Maka ambillah makanan yang lengkap dan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
• Divert keinginan dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
Bagaimanapun yang paling penting disini adalah sokongan moral dari suami dan ahli keluarga kerana emosi ibu mengandung sering tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, kerana itulah ramai yang cakap bahawa pelukan seorang suami mampu meredakan emosi isteri. Ehem!
Oh ya, kaitan mengidam dengan air liur bayi yang meleleh adalah mitos. Kerana tidak ada kaitan antara keinginan ibu dengan janin yang dikandung.
Sebenarnya lelehan air liur itu adalah bagi tujuan:
*Membersihkan – Air liur yang mengalir keluar membuatkan mulut lebih lembap dan bersih.
*Mengenal rasa – Air liur membantu bayi lebih mengenali rasa sehingga boleh membantu meningkatkan selera makan.
*Pelincir – Ketika si kecil tumbuh gigi, aliran air liur berfungsi untuk mencegah gejala radang di sekitar gigi
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengidam Bahan Bukan Makanan?
Bertenang. Perlu diketahui bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghadapi perkara ini. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor atau pegawai perubatan yang merawat anda. Selain itu, ambil maklum tentang status hemoglobin (Hb) anda. Cuba kunyah chewing gum tanpa gula bagi mengalih tumpuan anda mengidam kepada bahan bukan makanan dan maklumkan kepada suami dan rakan anda supaya mereka sentiasa membantu mengingatkan anda agar tidak makan bahan tersebut.
Masalah kaki bengkak selalu membuatkan ibu hamil rasa tidak selesa. Bukan hanya kaki bengkak bahkan masalah kaki kejang atau leg cramps juga sering membuatkan ibu hamil rasa terganggu, lebih-lebih lagi ketika waktu tidur.
Menurut Dr Muhammad Izzat, masalah kaki kejang ketika waktu tidur selalu membuatkan rasa tidak selesa. Namun ini yang boleh dilakukan ketika kekejangan.
Leg cramps – real in pregnancy!
Hampir 50% pesakit saya mengadu ada leg cramps. Kekadang tengah tidur pun boleh ada kekejangan tetiba. Bukan tu je, ramai mak-mak tetiba dapat cramp masa tengah sibuk meneran masa bersalin. Sian tengok tau.
Tips menghadapi kaki kejang masa mengandung :
1) Bengkokkan hujung kaki tu melawan arah cramp
2) Angkat tinggi sikit kaki sambil-sambil buat senaman regangan.
3) Cuba berjalan. Yela tengah cramp macam mana pulak nak jalan. Memang susah, tapi berjalan adalah satu kaedah yang efektif untuk kurangkan cramp.
4) Buat urutan ringan pada muscle yang cramp.
Cara nak elakkan cramp kaki terjadi:
1) Sentiasa buat senaman regangan otot kaki – 2/3x sehari.
2) Sentiasa bergerak aktif dan banyakkan berjalan.
3) Pastikan kekal terhidrat dengan minum air yang mencukupi.
Biasa sangat mak mak ni cramp masa tengah meneran bersalin. Sempat la juga ajar buat senaman stretching masa tengah cramp tu.
Belum sempat settle cramp tu, contraction datang pulak. Aduhai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Insyaallah Januari 2020! Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi rasa syukur dengan perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil.
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal menyatakan rasa syukur dan memaklumkan anak yang dikandung isterinya itu berada dalam keadaan sihat.
Faizal mendedahkan tarikh jangkaan bersalin Abby mengikut perkiraan doktor adalah pada Januari 2020.
“Hari ini dengan my love @abby_abadi112 ke klinik lagi sebab ada temu janji untuk scan.
“Best tengok baby, semua sihat. Insya-Allah Januari 2020 dapat melihat kebesaran ciptaan dan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya.
“Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk my love & my baby…” tulisnya.
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Sebelum ini, Abby ada berkongsikan fotonya di sebuah klinik serta memberitahu dia membuat imbasan seperti memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil pada usia 42 tahun.
Turut meluahkan rasa syukur, bagaimanapun, Abby berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan berita gembira itu kepada umum kerana masih terlalu awal.
“Suami bawak saya pergi buat imbasan tadi. Alhamdullillah syukur. Nantilah saya cerita ye, segan nak cerita sekarang. Awal lagi.
“Untuk doktor-doktor & adik-adik di klinik, jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye,” tulisnya.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Sumber: ig jaiezzany
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!