Ketika anak demam, pelukan dan sentuhan memainkan peranan dan ini adalah benar sama sekali.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, skin to skin dengan anak boleh memindahkan suhu badan anak yang tinggi pada tapak tangan. Ini membuatkan suhu badan anak makin terkawal jika terlalu tinggi.
Selain skin to skin dan sentuhan, dua lagi cara ini boleh dilakukan untuk mengawal suhu badan anak waktu demam. Wajib cuba!
Jaga suhu badan anak waktu demam untuk elak sawan. Jangan biar sampai suhu badan naik mendadak terlalu tinggi.
Ibu ayah buat 3 tips ni untuk kawal suhu badan anak.
1. Air kelapa atau air zamzam
– Antara 2 air yang sangat baik untuk rendahkan suhu badan anak. Masa minum air zamzam, niatkan untuk penyembuhan segera anak.
Ads
2. Skin to skin
– Letak tangan atas badan anak, buat sampai suhu badan anak yang panas kembali terkawal.
Biasanya dalam 5 minit kita akan perasan suhu panas badan anak makin berkurang dan berpindah ke tangan kita. Ini dinamakan fenomena Thermal Synchrony.
3. Magnesium flakes
– Buat rendaman 2 atau 3 hari sekali. Biar anak berendam sekitar 5 – 10 minit, rendam dalam air suam yang dicampur magnesium flakes.
Ads
Bila anak demam, risau sangat kan suhu badan terlalu tinggi. Malam pun kita tak berani nak tidur. Kejap-kejap asyik pegang dahi dan badan anak.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Nak mendidik anak memang memerlukan ilmu keibubapaan seperti yang dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui instagramnya di mana anak-anak perlu di didik sejak lahir lagi supaya rutin tersebut menjadi amalan mereka.
Ikuti perkongsian ini.
Keibubapaan sejak Lahir
Ramai yang bertanya kepada saya…
Bayi saya tidak tidur pada waktu malam.
Bayi saya mengamuk.
Bayi saya menangis sepanjang masa
Bayi saya tidak mahu makan
Apa yang saya perlu buat?
Setiap ibu bapa yang sedang menanti cahaya mata haruslah mempunyai pengetahuan tentang keibubapaan.
Ibu bapa harus memahami peristiwa penting bayi, perkembangan otak anak dan tingkah laku mereka pada peringkat umur yang berbeza untuk memudahkan keibubapaan.
Ramai ibu bapa kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas. Sebenarnya, keibubapaan memerlukan perancangan yang betul. Anda perlu mempunyai matlamat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang untuk anak-anak anda.
Anda perlu mempunyai jangkaan pada Anak anda. Anda perlu tahu bagaimana untuk bertindak balas dengan cara yang betul kepada bayi anda.
Anda perlu memahami personaliti mereka. Dan setiap Kanak-kanak adalah berbeza. Anak anda akan berubah bagaimana anda membesarkannya. Dan sukar jika anak anda sudah melebihi 3 tahun.
Anda perlu memprogram semula pemikiran & tingkah laku mereka dan ia memerlukan masa dan banyak usaha. Tetapi ia boleh dilakukan.
Keibubapaan terbaik dilakukan sejak lahir. Berikut adalah beberapa petua:
1. Besarkan Anak anda dengan penuh kasih sayang dan ketawa
2. Persekitaran yang tenang
3. Mulakan rutin
4. Tidak meninggikan suara di hadapan mereka
5. Ajar mereka tentang disiplin
6. Banyak komunikasi
7. Pelukan & Cium
Ibu bapa harus memimpin melalui teladan.
Bayi sangat memerhati – mereka memerhati setiap tingkah laku anda dan ingin menjadi seperti anda.
Mereka mengamuk kerana sudah terbiasa dengan cara mereka . Mereka tidur lewat kerana kita tidak menguatkuasakan peraturan di dalam rumah. Mereka menjadi gemuk kerana kita tidak mengajar mereka tentang makanan yang sihat.
Hanya anda yang tahu apa yang terbaik untuk Anak anda. Setiap gaya keibubapaan adalah berbeza. Setiap Kanak-kanak adalah berbeza.
Anda tentukan apa yang terbaik untuk keluarga anda. Tetapi untuk melakukan itu, anda perlu tahu apa yang anda lakukan.
Bukan membesarkan mereka secara membuta tuli. Sekurang-kurangnya kita telah melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak kita.
Apabila anak-anak kita sudah dewasa, kita tahu kita telah melengkapkan mereka dengan kaedah yang betul untuk berjaya.
Untuk Dunia & Akhirat .
Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat dilahirkan pada 27 Julai yang lalu, anak hero Malaya, Remy Ishak kini sudah pun berusia satu bulan.
Diusianya genap sebulan, Remy dan isterinya Ezza Yusof sempat mengadakan majlis tahnik dan cukur jambul buah hati tersayang mereka, Tuah Alam.
Menerusi Instagram, isteri Remy, Ezza turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.
“Tuah Alam, 1 month old today,” tulisnya di Instagram.
Ezza yang kini bergelar ibu turut meluahkan rasa syukurnya kerana majlis itu berlangsung dengan lancar dan baik.
Remy dan Ezza tampil sedondon dengan warna putih bersih bagi meraikan anak sulung mereka. Malah akui Ezza lagi, majlis itu cukup bermakna buat mereka kerana kehadiran insan istimewa selepas dua tahun mendirikan rumahtangga.
“Alhamdulillah! Majlis tahnik & cukur jambul Tuah Alam ni sangat special bagi kami berdua sebab Ayah & Bonda Tuah majlis kahwin 2 tahun lepas takde rezeki nak buat dulu disebabkan PKP.
“Tahun ni, 2023 sambut Tuah Alam dilahirkan, 2 tahun Anniversary perkahwinan kami juga. Tuah rezeki Ayahanda & Bonda,” tulisnya lagi.
Ibu yang cukup manis dengan senyuman ini juga turut berterima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis istimewa itu.
“Terima kasih semua sudi hadir luangkan masa di Majlis kecil kami. Tuah dapat banyak hadiah,” luahnya berkongsi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut setia Ezza dan Remy juga turut memuji nama indah pilihan mereka berdua.
Terdahulu, Remy dan Ezza selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Tuah Alam pada tanggal 27 Julai yang lalu.
Anak-anak sudah tentu memiliki patung kegemarannya terutama anak perempuan. Itulah yang menjadi temannya dan akan dibawa ke mana-mana. Masalahnya bila sudah dikelek ke sana ke mari, itulah yang merungsingkan kerana kita tidak tahu berapa banyak kuman yang ada padanya. Kemudian anak pula pegang selalu, dicium dan dipeluk pasti boleh memberi kesan kepada kesihatannya juga.
Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Yatie Emra, berkongsi tip cara-cara mencuci patung beruang atau mainan lembut yang menjadi kegemaran anak-anak. Menurut ibu ini, terdapat sesetengah patung lembut yang boleh dibersihkan dengan mesin basuh. Paling penting, rujuk label pada patung tentang cara membersihkannya kerana telah tercatat di situ cara cucian terbaik untuk patung tersebut.
Antara perkara kena buat akhir² tahun camni termasuk ler pilih barang² mainan, patung lembut (plushy) dak Fydh & asingkan yang mana dah rosak/nak buang, mana yang nak give away, etc.
Fydh ada banyak gak koleksi plushy sebab dakni suka sangat suruh abinya gi “tangkap teddy” kat claw machine😅. Tu belum lagi yang nenek & makcik² dak Fydh ni bagi. Sebelum ni dah banyak gak bagi kat orang, yang ada ni pun nak pilih² untuk give away gak. Ekeke.. Dalam banyak² tu sebenarnya ada 3 jer yang dia betul² sayang — bunny pemberian neneknya masa baby dulu, teddy putih (untuk peluk² dalam kete) & gak plushy kucing.
Fydh ni memang takleh berpisah dengan bunny dia merangkap “bantal busuk” sebab tu lah teman dia sejak dari kecik. Walaupun Bunny dia dah lembik & buruk, tapi yang penting tak bau busuk tau😆. Saya memang kerap basuh sebab bunny tu la yang dia selalu gomol, dipelukcium, lap tangan & mulut bagai. Pendek kata pakej all in 1 ler😂. Since teddy & plushy lain saya simpan dalam storage box & Fydh pun jarang nak main.. saya hanya cuci bila kena kotoran atau sebelum nak bagi orang.
Ramai kawan terkejut & tak tahu yang sesetengah teddy/plushy boleh dibasuh dengan mesin basuh (bergantung pada jenisnya). Sebab tu penting rujuk simbol cucian pada tag/label mainan tu. Biasanya pada label ni ada ditulis cara cucian yang DISARANKAN/KAEDAH CUCIAN TERBAIK. Tapi tu tak bermakna kaedah lain TAK BOLEH digunakan walaupun tetap ada risikonya tersendiri.
Kalau teddy anak korang harga ratus² ribu riban, ikut ler cara cucian yang disarankan supaya tahan lebih lama. Setakat teddy & plushy murah² ni, saya basuh gunakan mesin basuh jer. Maklum ler teddy & plushy dak Fydh ni banyak, 3 round gak nak basuh semuanya. Kalau semua nak basuh tangan memang ler leceh 😅.
Apape pun, kalau teddy/plushy ada ciri² kat bawah ni, sila jangan masuk mesin ye —
🔹Pada label dinyatakan langsung tak boleh dibasuh – bermakna teddy tu hanya boleh dicuci dengan cucian kering jer 🔹Hanya surface cleaning — perlu cuci permukaan teddy dengan kain lembap je 🔹Teddy daripada wool (benang bulu biri²) 🔹Plushy yang mengandungi foam beads/poly beads (butiran styrofoam) 🔹Teddy/plushy yang koyak. Kalau nak basuh mesin, pastikan bahagian yang koyak dijahit dulu supaya isi dalam tak terburai lak.
CARA BASUH TEDDY/PLUSHY DENGAN MESIN BASUH ====================================
👉Sebaik²nya gunakan mesh bag/laundry net untuk extra protection. Kalau takde sangat, gunakan sarung bantal pun boleh.
👉Gunakan setting cucian air sejuk/suam je. (ala kalau korang basuh dengan tangan pun guna air sejuk je pun😆)
👉Gunakan setting/program/kitaran yang paling lembut & sekejap.
👉Jangan spin untuk elak teddy/plushy rosak
👉Gunakan sikit jer sabun pencuci yang lembut, lagi bagus kalau guna sabun pencuci untuk pakaian bayi jer. Jangan guna sabun pencuci yang kuat atau jenis gel macam daiya, dynamo, breeze, etc.
👉Jangan gunakan pelembut fabrik. Bahan kimia dalam pelembut fabrik boleh merosakkan tekstur bulu teddy/plushy.
👉Optional — boleh gantikan pelembut fabrik dengan ½ cawan cuka. Cuka bukan jer berfungsi sebagai pelembut fabrik (tanpa bahan kimia!😊) tapi dalam masa yang sama boleh kurangkan sisa² sabun pencuci (incase korang terletak banyak). Saya tambahkan 2-3 titik essential oil sebab nak bau wangi😊
👉Perah teddy/plushy gunakan tangan setakat yang boleh. Kemudian lapkan teddy dengan tuala/kain bersih untuk serap lebihan air lak. Dengan cara ni, teddy/plushy korang akan lebih cepat kering nanti.
👉 Kalau boleh, jemur teddy dengan cara letakkan diatas jaringan/ampaian (kaedah pengeringan — kering rata/titis kering). Teddy yang basah agak berat, jika digantung dikhuatiri boleh merosakkan tekstur lak.
👉Optional — Lepas jemur dalam sejam–2, boleh perah lebihan air pada bahagian kaki/badan supaya cepat sikit kering.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.