Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad yang kini sudah semakin pulih dari pembedahan apendik dan keradangan pada rahimnya kini semakin pulih dan sihat.
Malah kini, dikala usia kandungannya yang sudah pun memasuki usia lima bulan, Uyaina sudah pun mempersiapkan dirinya untuk bersedia ketika bersalin kelak.
Apa yang dilakukan bakal ibu ini adalah menjalani rutin latihan senaman dan sedikit ilmu mengenai antenatal bagi persediaan bersalin.
Menerusi Instagramnya, Uyaina berkongsi cerita malah turut memuat naik videonya ketika menjalani latihan.
“5 months pregnant let’s go! Yana baru je start my antenatal training and exercise semalam.
“Yana bagitau my trainer @e.l.a.i.n.e78, objektif utama saya nak senaman supaya boleh bantu proses bersalin nanti lebih mudah.
Ads
“Dan kalau boleh tak nak berat badan naik terlalu banyak time preggy ni..hehe boleh tak?,” tulisnya berkongsi.
Malah kata Yana lagi, bagi membolehkan dia dapat menjalani senaman yang tepat dan bersesuian dengan keadaan dirinya sepanjang hamil ini, dia memilih untuk menjalani latihan bersama instruktor profesional.
“Hari ini sesi kedua saya dan I’m loving it! Preggy mommies kita kena exercise tau. But! Do not overdo it.
Ads
“Sebab tu Yana train dengan professional trainer supaya dapat elakkan kecederaan dan nak pastikan kita buat senaman yang betul & sesuai dengan condition kita.
So today Yana just nak share about SQUATS!Squats do wonders to prepare the body for labor, and they’re a great prenatal exercise to target the pelvic floor muscles. Dan ini sangat membantu time nak beranak nanti.
“Masa turun breathe in, masa naik breathe out. Slowly ok. Takyah laju-laju. All the best mommies! ♥️ Stay safe and healthy” kongsinya lagi.
Wahai ibu, janganlah terlalu mudah untuk percaya dengan petua-petua karut. Jangan pertaruhkan nyawa dan keselamatan bayi. Tidak semua perkara boleh dipulihkan dengan urutan. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua.
Uri bawah atau placenta previa adalah salah satu komplikasi yang sering dihadapi para ibu hamil. Mempunyai beberapa tahap, ia adalah satu keadaan yang tidak dapat diubati. Ibu yang mengalami placenta previa berada dalam kategori kehamilan berisiko tinggi.
Benar urutan boleh memberikan kesan terapi yang bagus tapi bagi ibu yang mengalami plasenta previa, ia bukanlah idea yang baik. Berusaha dan berikhtiarlah namun jangan sampai memudaratkan dan tidak mengendahkan nasihat doktor.
Kisah ibu muda yang mengalami plasenta previa dan mendapatkan urutan daripada bidan kampung yang dikongsi daripada Poliklinik Az-Zaara ini diharapkan membuka mata semua.
Saya nak balik kampung, nak suruh bidan kampung urut bagi uri naik.
Ada seorang ibu muda, yang pertama kali mengandung didapati mengalami Placenta Previa Type 3, dia disahkan tidak boleh bersalin secara normal kerana uri menghalang laluan bersalin. Sewaktu itu, dia 28 minggu mengandung.
NASIHAT DOKTOR TIDAK DIENDAHKAN
Surat rujukan ke hospital diberikan agar dia mendapat rawatan susulan di hospital dengan segera. Namun nasihat itu tidak dipedulikan.
Atas nasihat orang lain, ibu tersebut mengambil keputusan untuk berubat dengan cara kampung. Dia berjumpa dengan seorang bidan kampung tua, yang ‘berpengalaman’ dalam mengurut ibu mengandung dan ibu dalam pantang. Salah satu ‘kapakaran’ beliau adalah urut untuk menaikkan rahim.
Jadi selepas 2-3 kali urut, bidan tersebut menerangkan kepada si ibu bahawa urinya sudah naik dan tidak lagi menghalang laluan untuk bersalin. Jadi ibu tersebut sudah boleh bersalin secara normal. Bidan itu juga mencadangkan si ibu tersebut bersalin terus dengannya nanti apa bila sampai waktunya.
Gembira bukan kepalang ibu muda tersebut. Bersyukur dengan keputusannya untuk tidak meneruskan rawatan di hospital. Rasa seperti doanya telah dimakbulkan. Pulanglah si ibu dengan hati yang berbunga.
PENDARAHAN TERUK HINGGA HAMPIR PENGSAN
Selang 2-3 minggu selepas itu, si ibu dapati ada darah yang keluar, namun rasa sakit untuk bersalin tidak ada, darah semakin lama semakin banyak keluar. Dia dan suami terus berjumpa dengan bidan tersebut. Setelah beberapa jam rawatan bidan tersebut, namun darah masih tidak berhenti. Si ibu semakin lemah, pucat dan hampir pengsan.Tidak puas hati dengan rawatan bidan tersebut, si suami mengambil keputusan untuk membawa isterinya yang hampir pengsan itu ke hospital.
Setibanya di hospital, dia dibawa ke zon kecemasan. Pakar sakit puan dihubungi. Rupa-rupanya si ibu telah mengalami pendarahan teruk akibat uri dibawah.
Sebenarnya uri tersebut tidak berganjak sedikit pun walaupun selepas diurut oleh bidan itu. Keadaan si ibu amat genting pada waktu itu, tekanan darah semakin menurun, jantungnya berdegup sangat kencang untuk menghantar darah yang tinggal sedikit ke organ-organ utamanya.
Dia juga sangat pucat dan mula meracau-racau. Ujian darah menunjukkan paras hemoglobin ibu tersebut sangat rendah iaitu hanya 5 berbanding yang normal adalah 12. Keadaannya pada waktu itu adalah sangat genting.
Doktor pakar mula berbincang dengan si suami. Tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa si ibu. Pembedahan segera perlu dilakukan walaupun bayi masih tidak cukup bulan untuk memberhentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa si ibu.
Jadi bagaimana dengan nyawa bayi? Pakar bedah sakit puan dan pakar kanak-kanak akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan kedua-duanya. Namun keutamaan sekarang adalah menyelamatkan nyawa ibu.
Setuju dengan saranan doktor pakar, pembedahan mula dilakukan. Syukur pada ilahi, pembedahan berjaya dilakukan, pendarahan dapat diberhentikan. Nyawa ibu berjaya diselamatkan.
Namun bayi yang dilahirkan sangat pra matang iaitu pada 32 minggu. Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk pemeriksaan lanjut. Akibat dari pembedahan secara tidak dirancang terpaksa dilakukan, bayi tidak mempunyai paru-paru yang matang dan sangat berisiko mendapat jangkitan kuman.
Selepas pembedahan dilakukan, si ibu menerima 8 bag darah untuk menstabilkan keadaannya.
Kisah ini disiarkan supaya menjadi iktibar kepada semua.
INFO MENGENAI URI
Uri tidak boleh naik semula walaupun di urut.
Uri akan naik sendiri tanpa perlu diurut jika sebelum 28 minggu.
Selepas 28 minggu, kedudukan uri tidak akan banyak berubah sehingga bersalin.
Jika didapati mengalami uri dibawah, pastikan ibu mendapat rawatan susulan di hospital dengan segera. Si ibu sangat berisiko mendapat pendarahan yang tidak boleh diberhentikan seperti yang berlaku pada ibu tadi.
Kes seperti ini, bayi perlu diberikan suntikan agar paru-paru baby lebih cepat matang sekiranya pembedahan awal perlu dilakukan.
Sama-sama kita doakan agar si ibu dan bayi tersebut selamat dan kes seperti ini tidak lagi berlaku.
Bagi pasangan suami isteri, kehadiran anak pelengkap rumah tangga. Walau apa pun terjadi, usaha dan doa yang tak putus dianggap kunci kejayaan selagi kedua-duanya normal dan tiada masalah kesihatan.
Apa sahaja rawatan sekalipun yang dilakukan, sama ada rawatan moden atau tradisional, niatnya adalah satu. Dapat seorang pun alhamdulillah!
Ada yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk berikhtiar demi memastikan ada penghuni kecil dalam rahim ibu.
Kisah pasangan suami isteri ini yang menanti anak sejak 6 tahun lalu kini berakhir dengan air mata kegembiraan apabila isteri disahkan mengandung melalui rawatan kesuburan yang dilakukan.
Perkongsian video di instagram Dr Thokha Muhammad ini benar-benar menyentuh hati. Benarlah kehadiran anak itu dianggap rezeki dalam keluarga. Bagi orang yang setahun kahwin terus ada rezeki kira bersyukurlah tapi bagi yang lambat penantian itu ibarat satu ujian besar bagi mereka.
Menurut Dr Thokha, 1001 perasaan dalam diri pasangan suami isteri dari Terengganu ketika ingin mengetahui keputusan akhir sama ada berjaya atau tak mengandung selepas menjalani rawatan sebelum ini.
Apa yang membuatkan perasaan si isteri ketika itu berdebar-debar kerana doktor telah berpesan apa saja keputusan mesti terima dengan reda.
Lagi buat si isteri makin risau, apabila doktor sendiri memintanya membuka casing UPT untuk melihat keputusan sama ada positif atau negatif.
“Ya Allah Ya Tuhanku..Abang”
“Ya Allah Ya Tuhanku.. abang.” Tengok dua line terus menangis kegembiraan bersama suami yang setia menunggu di sisi sambil menyebut Astaghfirullahalazim.
Ibarat macam mimpi menjadi kenyataan setelah 6 tahun menunggu si kecil dalam rahim. Ya Allah Engkau Maha Mengetahui Segalanya.
Terima kasih doktor banyak membantu. Perjuangan melalui proses IVF akhirnya dipermudahkan oleh Allah. Sepanjang 6 tahun tunggu baru pertama kali tengok UPT positif. Terima kasih Allah dengan anugerah ini!
Bukan pasangan suami isteri saja yang sebak dan menangis, Dr Thokha sendiri pun turut menitik air mata melihat reaksi suami isteri ini yang cukup bersyukur dengan kurniaan yang ditunggu selama ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ibu, janganlah makan sembarangan ikut nafsu mengidam. Kelak saya yang tanggung akibatnya,” Bayangkan jika anda dapat dengar keluhan bayi anda, pasti anda tidak sampai hati kan?
Diet ibu hamil memang penuh dengan pantang-larang kerana makanan diambil bukan saja untuk anda, tetapi juga si kecil.
Segala apa yang anda makan, semuanya akan mempengaruhi perkembangan bayi anda. Jadi, berhati-hatilah ketika memilih walaupun jenis ikan sekalipun.
Eh, takkan ikan pun kena pilih? Mestilah ibu, dan artikel ini akan menghuraikan sebab dan jenis ikan yang berbahaya untuk kandungan anda!
Makanan laut merangkumi ikan dan kerang-kerangan kaya dengan sumber protein, zat besi dan zink. Nutrien ini penting untuk perkembangan bayi anda.
Asid Omega-3 termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) boleh didapati dalam banyak jenis ikan dan ia mendorong pembentukan dan perkembangan otak si kecil, jadi baik untuk dimasukkan dalam rutin diet ibu hamil.
Namun, terdapat beberapa jenis ikan pemangsa yang besar harus dielakkan oleh ibu hamil kerana mengandungi kadar merkuri yang tinggi.
Walaupun makanan laut yang mengandungi merkuri tidak merisaukan orang dewasa, namun berhati-hatilah jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil.
Makanan hamil tidak seharusnya mempunyai kadar merkuri yang tinggi kerana ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda.
Merkuri ialah sejenis logam yang boleh dijumpai secara semula jadi dalam persekitaran. Namun, kadar merkuri semakin tinggi dek kerana pencemaran oleh industri-industri yang berkembang pesat dan menjejaskan makanan laut.
Kajian mendedahkan merkuri yang tinggi dalam diet ibu hamil boleh memberi kesan negatif kepada bayi anda walaupun ibu tidak menunjukkan simptom.
Sistem saraf janin mudah terjejas ketika tempoh perkembangan yang cepat. Oleh itu, diet ibu hamil yang selamat sangat penting untuk bayi anda.
Kesan negatif pengambilan merkuri oleh ibu hamil terhadap bayi adalah:
Beberapa cadangan hidangan untuk diet ibu hamil telah dikeluarkan oleh Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) di Amerika Syarikat termasuklah :
Ikan yang mempunyai tahap merkuri rendah tetapi kaya dengan omega-3 ialah :
Makanan laut lain yang boleh dimakan ibu hamil termasuklah :
Jenis ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggu selalunya ikan pemangsa yang besar seperti :
Langkah berjaga-jaga harus diambil jika masih inginkan makanan laut dalam diet ibu hamil.
Untuk mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan kuman atau virus yang berbahaya, janganlah mengambil makanan laut yang mentah seperti sushi, sashimi dan tiram.
Makanan laut yang disalai juga sebaiknya dielakkan.
Kebanyakan makanan laut sepatutnya dimasak dengan suhu melebihi 63°C.
Ikan masak sepenuhnya apabila isi nampak seperti serpihan dan kelihatan gelap. Udang dan udang galah akan menjadi kemerahan dan isinya tampak berkilau dan gelap.
Kerang dan tiram seharusnya dimasak sehingga terbuka kerangnya. Jika ada yang tidak dibuka, buangkan kerang atau tiram tersebut.
Makanan laut baik untuk diet ibu hamil jika anda peka akan jenis ikan yang diambil. Hati-hatilah dengan pilihan ikan anda kerana ia boleh memberi komplikasi kepada si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!