Keibubapaan

“Solat Subuh Hampir Tiap Hari Bawa Anak” Duduk Elok Kiri Kanan, Ramai Kagum Dengan Bapa Muda Ni!

Share

Bukan mudah mendidik anak kecil, apa lagi untuk sentiasa istiqomah ke jalan Allah diketika usia muda. Namun seorang bapa ini sudah membuktikan jika kita memilih jalan tepat, Allah melorongkan jalan yang terbaik buat kita.

Seorang bapa muda dipuji kerana hampir setiap hari berada di masjid bersama dua anak lelakinya untuk menunaikan solat subuh.

Jika ada diantara anak kita yang masih lena di atas tilam empuk, namun bapa dan dua anak ini memilih untuk ke masjid. Bukan mudah. Satu pujian harus diberikan.


Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, di apit oleh dua anak lelaki kecilnya bersolat suboh di Masjid ni.

Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat suboh di masjid amalan rutinnya.

Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.

Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.

Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali se usai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yg Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.

Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.

Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.

Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.

Menarik: Syukur Alhamdulillah, Pilih Nama Cantik Buat Puteri Ke-2, Mawar Rashid Selamat Bersalin!

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Sumber : Facebook Mona

IKLAN