Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.
Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.
Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.
Done with AJ Kuantan today!
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.
Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti: – ball pool – karpet – floor mats
Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.
Ads
Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.
Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!
Kebimbangan Tetap Ada
Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.
Ads
Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?
Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.
Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?
Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.
Ads
Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?
Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.
Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.
Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila berdepan dengan masalah anak yang tidak suka makan, mama mulalah rasa runsing. Namun mama berdepan hal yang sama bila anak terlalu suka makan, hinggakan tidak ada idea untuk bekalkan anak dengan makanan. Kalau asyik membeli makanan di luar, sudahlah lari bajet, kandungan bahannya juga tidak diketahui samada baik atau tidak buat anak kita.
Jalan paling mudah dan tidak memeningkan kepala adalah menyediakan sendiri kudap-kudapan untuk anak. Buat lebih sedikit supaya dapatlah anak makan puas-puas setiap hari. Biskut viral 3 bahan ini antara yang disarankan buat mama. Punyalah senang nak membuatnya malahan bahan pun tak susah. Susu tepung anak, tepung dan butter, dah siap!
Tiga ibu-ibu ini telahpun menyiapkan biskut buat bayi-bayi mereka. Sedap!
First time buat biskut untuk Afeeya kudap-kudap petang ni. Resepi yang mudah dan pakai kuantiti bahan yang sedikit je. Nanti kalau tak menjadi tak rasa rugi. Tapi alhamdulillah menjadi jugak. Sedappp cair di mulut. Feeling macam makan biskut makmur gitu. Rasa lemak-lemak manis susu. So Yummy!
Caranya:
1. Masukkan 3 sudu better ke dalam bekas. Pastikan tiada ketulan atau beku ya. Defrost sepenuhnya. Lembut sendiri, bukan dicairkan atas api atau teknik double boiled.
2. Masukkan susu tepung pula dan kacau-kacau dua bahan ini sampai betul-betul sebati. Kacau dengan tangan je. Susu yang saya guna ni memang manis berlemak.
3. Kemudian barulah masukkan tepung jagung dan uli-uli sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh mengikut citarasa mommy-mommy. Letakkan topping jika perlu.
5. Bakar dengan suhu 150 selama 20 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
6. Boleh di bakar versi dapur gas jika tiada oven. Saya bakar selama 30 minit.
Ibu ni, Ayuni Sukhi juga tidak ketinggalan mencuba biskut gebu lagi cair dalam mulut ni.
Sebab Aqil asfa tak berhenti mengunyah sekarang dah ada 6 batang gigi, ibu buat balik biskut untuk kudap kudap. Masa raya buat biskut kurma cheese, kalini ibu try buat biskut 3 bahan harap Aqil Asfa suka. Shift malam ibu malam ni buat biskut time dia tidur, kalau tak dia jadi assistant tak bertauliah la.
Olahan ibu yang satu ini nampak menarik, Noor Aini Mohd Nazir menambahkan kurma dalam resipinya. Bukan hanya anak suka, mak mentua pun turut suka katanya. Wow.
Saya baru dapat siapkan biskut untuk Muhammad. Bukan sekadar anak saya je makan mak mertua saya pun makan. Dia minta saya buat biskut tanpa gula so saya gantikan dengan kurma. Resepi ni memang gebu dan cair di mulut.
Sebut sahaja nasi ayam, anak-anak pastinya akan melompat keriangan. Menu nasi dengan ayam sememangnya cukup disukai anak-anak kita. Apa lagi kala disediakan dengan sup ayam yang membuatkan mereka makan bertambah. Bosan dengan nasi ayam biasa, apa kata cuti hujung minggu ini kita sediakan Nasi Ayam Hainan pula untuk anak-anak dan suami.
Menariknya resipi Nasi Ayam Hainan ini dihasilkan oleh seorang superdaddy, Khairul Abdullah yang cukup gemar memasak buat ketiga-tiga anaknya. Resipinya cukup mudah, hanya satukan semua bahan di dalam periuk dan biarkan dimasak. Paling menarik, kulit ayam dijadikan tumisan untuk meninggalkan rasa dan nasi yang teksturnya lebih lembut. Rasanya cukup padu. Tak percaya anda wajib cuba!
Aku bila anak-anak cakap nak makan nasi ayam maka bahagia sungguh rasanya. Mudah kerja aku wehh. Nasi ayam jenis masak sekali harung ni memang senang yakmat kalau nak buat. Yang nubis tak berapa reti masak pun pasti berjaya kalau buat menu ni.
Aku dah banyak kali share dah, dan tiap kali share aku derhaka resepi aku sendiri. Tapi sepanjang beberapa tahun dok masak style gini, aku dah dapat dah rasa yang aku nak dan yang budak-budak suka.
So, jomlah aku share resepi PKPB hari ni iaitu Nasi Ayam Hainan Segera dan Sos Thai ala SuperDaddy Khairul Abdullah. Aku dah ringkaskan resepi ni dengan bahan-bahan yang mudah sahaja okeh.
Bahan-bahan yang diperlukan:
3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.
Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.
Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.
Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.
Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa. Siap dah nasi. Mudah jer.
Untuk sos thai lagilah senang yakmat. Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.
Siap. Senang dan cepat oih.
Paling penting adala rasanya yang lazat. Kami 4 beranak 2 pot beras tu sekali hadap jer okeh.
Bosan dengan idea yang sama setiap hari, apa kata cuba resipi yang satu ini sebagai sajian minum petang anda dan keluarga. Puding Pisang Bersos Kastard ini lain dari yang lain. Rasanya cukup enak. Lagi-lagi digabungkan dengan pisang yang digoreng dengan sedikit marjerin. Harum baunya. Tak ada pisang nangka, pisang apa pun boleh.
Resipi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat dan Linda Zaid ini memang sedap. Apa lagi dimakan ketika pisang goreng masih panas. Paling menarik, cara hendak menyediakannya amatlah mudah. Jom cuba!
Idea minum petang harini. Puding Pisang Bersos Kastard. Serius senang je dan tak banyak bahan!
Bahan-bahan:
Pisang nangka -di goreng dengan sedikit Planta.
Sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
Sehelai daun pandan disimpul
Goreng pisang dengan sedikit planta hingga masak. Ketepikan.
Masak semua bahan sehingga pekat.
Dah suam masukkan ke dalam peti ais.
Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuang kan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis.
Bahan hiasan terpulang pada masing-masing.
Sumber: Noriza Awang Hamat & Linda Zaid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.