Tempoh PKP yang masuk hari ke 17 ini membuatkan ibu semakin kreatif untuk menyediakan sajian buat anak-anak. Permintaan anak-anak yang bermacam ragam membuatkan ibu semakin ingin mencuba pelbagai resipi.

Salah satu resipi hebat dan kreatif adalah menggunakan biskut cream craker seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Cheyah Saripuddin. Menu jimat kos.

Tak perlukan bread crumb atau serbuk roti, hanya gunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Kreatif. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh beliau ini. Nampak menarik!

CARA MUDAH BUAT CRISPY CHICKEN FINGER

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!
Ini bahannya mudah je. Satu biji telur tak termasuk pulak.

Minggu lepas rasanya dah buat crispy chicken finger ni buat anak ibu. Harini beliau request lagi. Pandai dah sekarang nak makan pun main request bagai.

Bahan-bahan:

IKLAN

1 keping dada ayam
2 biji telur (satu kisar, satu celup)
2 ulas bawang putih
10 biji lada hitam
Sedikit garam
4-5 keping biskut hup seng/biskut tawar

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!Hancurkan biskut seperti dalam gambar. Kalau tak nak guna biskut pun boleh. Beli je bread crumb. Ibu guna pakai mana ada je.

 

IKLAN

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!Bahan lain kecuali sebiji telur tu dikisar sehingga sebati dan hancur giloss.

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!Lepas tu kukus tau.

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!Lepas kukus, potong la cecantik macam ibu tunjuk kat gambar tu.

IKLAN

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap! Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!Baru celup dalam telur dan golekkan dalam biskut tadi.

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!Apa lagi goreng la.

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!Goreng hingga garing dan masak. Toskan seketika dan siap untuk makan.

Crispy Chicken Finger Guna Biskut Cream Cracker Je, Jimat Tapi Sedap!Memang crunchy tau!

Selamat mencuba.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI