Bab batuk, selesema bukan orang dewasa je yang tak tahan tapi bayi dan kanak-kanak lagi la terasa peritnya. Lagi susah hati bila anak sepanjang masa merengek. Masa tidur pun tak boleh nak tidur lena.
Kalau anak dah usia dua tahun ke atas bolehlah nak bagi ubat tapi yang umur dua tahun ke bawah mana boleh bagi sembarangan ubat. Lagi berbahaya. Ok tak perlu nak risau. Cuba teknik stim dan tepukan percussian yang dikongsikan oleh Puan Siti Nurain Mohd Amin pada anaknya sendiri berusia 7 bulan.
Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang.
Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha
Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.
Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.
Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.
Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.
Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.
Bahan yang diperlukan ialah, 1. Periuk nasi 2. 1 labu bawang putih (8-10 ulas) 3. Air 4. Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini) 5. Hati yang kering. Kahkah
Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-virus dan antibiotik.
Kaedah penyediaan air stim.
1. Tuang air dalam periuk nasi.
2. Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha
3. Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.
4. Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.
Kaedah stim dan tepuk percussion.
1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.
2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.
3. Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.
4. Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha
5. Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Caranya seperti di atas.
5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini.
Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.
Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.
7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.
8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.
9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.
Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.
Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe
Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha
Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus tidur.
Amalan berkhatan baik dan diperintahkan dalam Islam. Berkhatan pada usia kanak-kanak memberi 100 peratus perlindungan daripada barah kelamin dan perlindungan maksimum bagi lelaki dewasa.
Menerusi akaun facebook Sakinah Zainol, Puan Sakinah telah berkongsi pengalaman mengkhatankan anak lelakinya seawal usia 3 bulan lebih. Dia juga berkongsi beberapa kaedah yang dilakukan untuk berkhatan.
Pengalaman Sunat Baby Ziyad Putera Soleh Ibu
Sejak baby ziyad dalam perut ibu lagi, ibu dan abah dah plan nak sunat baby ziyad masa baby. Ibu buat research semua cakap okay. Mudah jaga baby sebab kecil lagi kan. Luka pon cepat sembuh. Ibu pon okay je la.
Bila Baby Dah Meniarap Susah Nak Handle
Sampai la masanya appointment dengan doktor 3pm. Masa ni umur baby ziyad 3 bulan lebih. Ibu baca seeloknya buat sebelum baby boleh meniarap. Nanti bila dah meniarap susah kita nak handle. Hehe.
Sampai saja di klinik. Ibu dukung baby ziyad keluar kereta. Sejurus masuk dalam klinik. Doktor yang bertugas dah siap tunggu depan pintu. Suruh ibu masuk dalam bilik operation. Gugup ibu tak sempat nak tarik nafas.
Ibu Tak Kuat
Masuk dalam bilik tu, doktor yang lain bagi dua kerusi suruh abah dan ibu duduk. Ibu cakap ibu tak kuat. Ibu takut. Doktor cakap takpa. Ibu boleh keluar.
Masa ibu kat luar, tiba-tiba kuat tangisan baby ziyad. Ibu dah tak keruan dengar. Ibu kuatkan diri masuk teman baby ziyad. Tengok dia menangis meronta-ronta. Ibu peluk dan pujuk dia. Sepanjang proses berjalan sampai berakhir, baby ziyad nangis tak berhenti.
Kulit Anak Dipotong Guna Kaedah Laser
Sambil doktor dok buat tu, mata ibu tengok apa doktor tengah buat. Scary uii depan mata nampak kulit anak sendiri dipotong guna kaedah Laser.
Banyak Kotoran Bawah Lapisan Terkumpul
Doktor cakap tengok ni. Kotornya bawah lapisan ‘kudup’ baby ziyad. Ibu tengok banyak selaput keputihan terkumpul. Itu terhasil dari air kencing yang tak keluar sepenuhnya.
Islam Galakkan Bayi Lelaki Disunat Awal
Doktor cakap, sebab tu islam galakkan bayi lelaki disunat awal. Ada anak lelaki terpaksa disunat on the spot sebab jangkitan pada kemaluan dia. Setengah ada yang bahagian lubang kemaluan tertutup dek kotoran tadi tu.
Selesai Proses Tersebut, Ibu Susukan Baby Ziyad
Selesai saja proses bersunat, ibu susukan baby ziyad. Ibu lega sebab dia dah berhenti nangis. Masa dalam kereta on the way balik rumah pon cool ja.
Sejam berlalu, kesan ubat bius habis. Baby ziyad nangis sekuat-kuatnya. Ibu abah pujuk tak jalan. Nak bagi ubat tahan sakit. Baby ziyad ada g6pd deficiency.
Jadi ibu redha saja la. Saat tu ibu rasa menyesal sunatkan anak ibu awal. Abah pujuk suruh ibu kuat. Dan kena cool. Benda baik bukan menyusahkan anak.
Kami bergilir-gilir dukung baby ziyad. Bagi susu xnak. Maklumla tengah sakit. Ibu pam susu suap guna sudu saja. Semalaman baby ziyad nangis. Dalam pukul 10 tu baby ziyad dah betul-betul lapar. Ibu cuba riba dan bagi susu. Alhamdulillah, baby ziyad tak menolak. Lama dia menyusu sampai tertidur.
Sentiasa Pastikan Pampers Dia Tak Berlaga Dengan “Bebird” Dia
Malam tu baby ziyad terjaga 5-6 kali macam tu. Ibu tengok abah tak tidur pon sebab pantau baby ziyad. Sentiasa pastikan pampers dia tak berlaga dengan bebird dia. Sentiasa tukar pampers setiap 2 jam sekali. Setiap kali dia kencing pon tukar.
Baby Ziyad Mula Senyum
Pukul 4.30 pagi baby ziyad bangun celik mata luas. Masa tu dia dah start senyum. Happy ibu. Maklumla rindu semalaman tak tengok senyuman dia. Hari kedua baby ziyad dah semakin okay. Nangis pon bila pampers berlaga bebird dia saja.
Saja ibu sharing kisah pengalaman sunat baby boy. Sebab apa yang ibu search sebelum ni. Semua yang ibu jumpa manis dan indah saja. Ibu saja bagitau perkara sebenar supaya ibu ayah yang nak sunatkan baby kuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sekian dari ibu
*ibu harap suatu hari nanti anak ibu dapat baca pengalaman sunat ni.
Sekadar perkongsian, ada beberapa teknik khatan bayi lelaki yang ditawarkan di klinik-klinik. Banyakkan membaca yang mana lebih baik.
Ini antara teknik-tekniknya : i) Laser ii) Smart Klamp iii) Plastibel iv) Tissue Glue
*baby ziyad guna kaedah laser. Jadi kena jahit. Huhu. Ibu survey clamp is better. Tapi area subang takda kaedah clamp. Dan x banyak klinik buat sunat bayi lelaki.
Harapkan kehadiran anak kedua tahun ini tapi tiada rezeki lagi. Itu yang dialami oleh pelakon, Datin Elvina Mohamad yang memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.
Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 27, memberitahu dia sedar jantung bayi dalam kandungannya berhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.
“Namun Isnin, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada Selasa,” katanya.
Dalam pada itu, Elvina turut meluahkan perasaan sedih kerana terlalu berharap akan memperoleh anak kedua memandangkan anak pertamanya, Karl Mateen sudah berusia tiga tahun.
Bagaimanapun, pelakon drama Seadanya Aku ini reda dengan apa yang berlaku.
“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa down sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.
“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” jelasnya.
Sementara itu, suami Elvina iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan memberitahu keguguran berlaku bukan disebabkan aktres itu terlalu aktif bekerja.
Haniff menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
“Doktor maklumkan punca keguguran bukan sebab aktif bergerak atau bekerja kerana rahim isteri sangat kuat dan disebabkan itu kandungan tidak keluar secara semula jadi.
“Seperti kata orang mengikut perspektif Islam, mungkin anak ini tidak mahu dilahirkan ke dunia. Jadi ia bukan rezeki kami,” ujarnya.
Untuk rekod Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun kita hidup dalam era serba moden, tak dapat dinafikan petua-petua turun-temurun masih diamalkan oleh ramai. Terutama bila dah rasa sendiri keberkesanan petua tu, pasti kita tergerak hati nak kongsikan dengan orang lain.
Begitu juga kisahnya dengan seorang doktor pakar otak yang dikenali ramai, Dr. Rizal Abu Bakar. Dia sendiri mengamalkan beberapa petua tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Dalam satu posting di Facebook, Dr. Rizal berkongsi cara-cara dia menjaga kesihatan, terutama dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, supaya terhindar dari jangkitan selesema dan batuk.
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.