Ramai yang memilih melakukan rawatan In Vitro Fertilization (IVF) sebagai jalan akhir untuk mendapatkan zuriat tanpa mengetahui pelbagai ilmu mengenai rawatan itu.
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan & Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre stres atau tekanan bakal ibu yang menjalani rawatan itu turut mempengaruhi keputusan rawatannya. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
IVF – Efek stress. “Effect of Stress on Each of the Stages of the IVF Procedure: A Systematic Review, 2024”
Kajian sistematik terkini mengenai kaitan antara stres & kejayaan IVF mendapati bahawa S T R E S :
• yang kronik & akut memberi kesan negatif kepada kualiti telur
• menjejaskan kadar kejayaan implatasi
• memberikan kesan negatif terhadap rawatan IVF
Hubungan antara stres sama ada fizikal, mental/emosi dan kejayaan IVF adalah kompleks serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Ads
Walaupun terdapat pelbagai kajian yang turut menidakkan kaitan stres & kejayaan IVF, secara peribadi, saya berpendapat stres turut mempengaruhi bukan sahaja keberhasilan IVF, malah perjalanan #ttc sepanjang kembara IVF.
Strategi pengurusan tekanan yang berkesan boleh memberikan sokongan yang berharga untuk pasangan yang bakal/sedang menjalani proses IVF.
Maka, adalah penting untuk memilih pusat kesuburan & pakar kesuburan yang memahami kerumitan ini & menyokong anda melalui setiap langkah sepanjang proses IVF.
Terdahulu Uyaina bersama dua anaknya serta ibunya dilihat menghabiskan masa bersama di taman cahaya penuh dengan lampu di I-City, Shah Alam.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Tahniah buat Dr Amalina Che Bakri dan suami tercinta, Alexander Charles yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka! Pasangan ini selamat menyambut kehadiran seorang bayi perempuan comel yang diberi nama Aurora.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr Amalina menerusi akaun Instagram beliau dengan kapsyen yang cukup manis dan menyentuh hati. Dalam coretannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas kelahiran si comel yang kini melengkapkan lagi keluarga kecil mereka.
“Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora.
“Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah,” kata Dr Amalina.
Berdasarkan perkongsian itu, Dr Amalina menandakan Hospital St. Thomas di London sebagai lokasi dipercayai tempat kelahiran Aurora.
Dr Amalina turut memuat naik empat keping gambar bersama bayinya termasuk gambar suaminya, Alexander Charles dan puteri sulung, Arabella Mia.
Ruangan komen media sosial beliau dihujani ucapan tahniah dan doa daripada para pengikut, rakan selebriti dan netizen yang turut tumpang gembira dengan kelahiran Aurora. Ramai yang teruja melihat wajah si kecil dan tak sabar nak lihat Arabella bermain bersama adik tersayang.
Selamat berpantang buat Dr Amalina dan tahniah atas kelahiran Aurora!
Semoga keluarga ini sentiasa diberkati, dan kedua-dua puteri membesar sihat, bijak serta dikelilingi kasih sayang yang melimpah ruah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hamil pada usia 35 tahun agak berisiko, Fasha Sandha memberitahu keguguran yang dialami bukan kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata dia menganggap apa yang terjadi bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu.
“Sebenarnya ia bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu sebelum. Sebelum ini saya hamil Raysha saya ada umum juga ketika kandungan peringkat awal.
“Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku.
“Tapi saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik kepada soal rezeki,” kata Fasha.
Fasha yag ditemui di majlis hari terbuka sebelum ini mengalami keguguran pada usia kandungan hampir mencecah tujuh minggu pada 7 Jun lalu.
AKAN LEBIH BERJAGA-JAGA JIKA HAMIL LAGI
Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima ini memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga sekiranya diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
“Pada usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif di masa hadapan.
“Jika hamil lagi, saya perlu berehat dan tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung,” ujar Fasha yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan aktor Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Khabar duka perkongsian pelakon Shah Iskandar yanga redha isterinya perlu menjalani prosedur mengugurkan kandungan akibat Sindrom Edwards telah membuatkan ramai tertanya mengenai sindrom ini.
Sebenarnya Sindrom Edwards atau Trisomi 18 merupakan salah satu kecacatan kromosom paling serius yang boleh berlaku kepada janin. Ia terjadi apabila bayi mempunyai satu salinan tambahan kromosom ke-18, menyebabkan gangguan besar pada pembentukan organ, otak, dan sistem saraf sejak awal kehamilan.
Kebanyakan bayi dengan sindrom ini tidak mampu bertahan lama dalam kandungan, dan sebahagian besar meninggal dunia sebelum atau sejurus selepas dilahirkan. Hanya kira-kira 10 peratus sahaja yang hidup melepasi minggu pertama, itu pun dengan bantuan alat sokongan hayat.
Dalam keadaan tertentu, kehamilan seperti ini turut mendatangkan risiko tinggi kepada ibu, terutamanya bagi mereka yang baru menjalani pembedahan Caesarean atau mempunyai sejarah komplikasi rahim. Atas sebab itu, doktor biasanya akan mencadangkan pengguguran secara perubatan (induksi) apabila janin disahkan mengalami kecacatan kromosom yang teruk.
Keputusan sebegini bukan mudah, tetapi ia dibuat dengan penuh kasih demi melindungi nyawa dan mengurangkan penderitaan ibu serta anak.
Menurut perkongsian di norayahyascan, ibu bapa boleh melakukan imbasan awal yang dikenali sebagai Nuchal Translucency Scan (NT Scan) untuk mengetahui risiko sindrom kromosom seawal usia kehamilan.
Imbasan ini dapat mengesan tanda awal tiga jenis sindrom utama iaitu:
Pemeriksaan NT Scan dilakukan seawal usia kandungan 11 hingga 13 minggu untuk mengukur ketebalan cecair di belakang leher bayi. Jika ketebalan melebihi 3 milimeter, ada kemungkinan bayi mengalami salah satu daripada sindrom tersebut. Namun, selepas usia kandungan melebihi 13 minggu, cecair di bahagian tersebut akan mula beransur hilang menjadikan pengesanan lebih sukar.
Dr. Nor Ayahya menjelaskan bahawa NT Scan dilakukan oleh doktor fetomaternal atau sonographer bertauliah menggunakan 2D scan sahaja, dengan kriteria ukuran yang sangat spesifik. Namun, perlu diingat bahawa kesilapan usia kehamilan atau teknik imbasan boleh menghasilkan keputusan palsu (false positive/false negative).
Walau bagaimanapun, ketebalan NT melebihi 3.0mm memang dikaitkan dengan risiko tinggi masalah trisomi. Pemeriksaan awal ini sangat penting bagi membolehkan rawatan susulan dan keputusan lebih tepat diambil oleh ibu bapa dan pakar.
Secara asasnya, Sindrom Edwards berlaku apabila kesilapan genetik terjadi semasa pembentukan sel telur atau sperma bukan disebabkan gaya hidup atau salah ibu bapa. Ia berlaku secara rawak (spontaneous mutation).
Namun, risiko meningkat apabila usia ibu melebihi 35 tahun, kerana semakin meningkat usia, semakin tinggi kemungkinan berlakunya ketidakseimbangan kromosom semasa persenyawaan.
Walaupun ia jarang berlaku kira-kira 1 dalam 5,000 kehamilan sindrom ini antara yang paling kritikal kerana hampir semua organ utama terjejas.
Biasanya, doktor akan melakukan ujian lanjut seperti amniocentesis atau chorionic villus sampling (CVS) untuk mengesahkan keadaan kromosom bayi selepas NT Scan menunjukkan keputusan mencurigakan.
Apabila berhadapan dengan risiko Sindrom Edwards, ibu bapa perlu bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal. Berikut beberapa panduan penting:
Apabila doktor menyampaikan keputusan seperti ini, ramai ibu bapa akan melalui kejutan emosi yang besar. Ada yang menafikan, ada yang menangis berhari-hari, dan ada yang memerlukan masa panjang untuk menerima hakikat bahawa anak mereka mungkin tidak dapat hidup lama.
Bagi pasangan seperti Shah Iskandar dan isterinya, keputusan menggugurkan bayi bukanlah kerana hilang kasih tetapi kerana tidak sanggup melihat anak kecil menanggung derita yang tiada penghujung akibat Sindrom Edwards.
Pakar psikologi menjelaskan bahawa fasa kehilangan kandungan akibat masalah kromosom boleh memberi kesan sama beratnya seperti kehilangan anak selepas kelahiran. Maka, ibu bapa perlu diberikan ruang berduka dengan cara yang sihat dan sokongan profesional yang mencukupi.
Setiap ujian yang Allah turunkan pasti ada sebab dan hikmah walaupun kadangkala ia datang dalam bentuk kehilangan.
Sindrom Edwards mungkin jarang disebut, tetapi bagi yang pernah melaluinya, ia akan kekal dalam ingatan sepanjang hayat. Setiap imbasan, setiap denyutan jantung kecil yang pernah dilihat di skrin ultrasound semuanya meninggalkan makna yang mendalam.
Hakikatnya, bayi-bayi ini tidak datang untuk tinggal lama, tetapi mereka hadir untuk mengajar erti sabar, reda dan cinta tanpa syarat.
Dalam setiap kehilangan, ada cinta yang kekal. Dalam setiap ujian, ada kekuatan yang baru lahir dalam diri seorang ibu dan ayah.
Semoga kisah seperti Shah Iskandar ini membuka mata ramai, bahawa setiap kehamilan perlu dipantau dengan teliti, dan pemeriksaan awal seperti NT Scan bukan sekadar rutin tapi langkah menyelamatkan nyawa.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.