Untungnya Amyra Rosli bila dilayan bagai menatang minyak yang penuh oleh suami tercinta. kerana risaukan keadaan Amyra yang sedang hamil dan dalam masa yang sama sibuk melakukan penggambaran drama terbaru berjudul Cemburu Seorang Wanita, Amar dikatakan mengambil upah seorang pembantu peribadi untuk isteri tercinta bagi membantu melancarkan urusan

Namun Amyra akui bersyukur tidak mengalami sebarang alahan atau insiden tidak diingini sepanjang penggambaran berlangsung. Amar yang turut membintangi drama tersebut dapat memantau keadaan isteri supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Ketika tawaran ini datang saya belum hamil lagi, tapi disebabkan penggambaran ini dilanjutkan tarikhnya saya disahkan hamil namun memilih untuk meneruskannya.

Isteri Kalau Hamil Memang Kena Jaga Lebih Sikit, Untung Amyra Rosli Suami Sediakan Pembantu Peribadi Untuk Jaga Dirinya

“Bagi saya selagi tak cuba kita tak rasa pengalaman pahit manis apabila menjalani penggambaran ketika hamil. Jika kehamilan pertama dulu saya berehat hampir setahun dan tidak menerima sebarang tawaran.

“Namun memandangkan tawaran ini saya sudah memberi kata putus dan tidak mahu menyusahkan pihak produksi saya teruskan juga,” katanya.

Menurut Amyra, walaupun ada hari penggambaran berakhir sekitar jam 3 pagi, dia tiada masalah untuk meneruskan penggambaran.

IKLAN

Katanya, kehadiran suami tercinta Amar Baharin yang turut bertindak sebagai pelakon utama dalam drama terbabit membuatkan dia sentiasa dipantau supaya berada dalam keadaan baik.

Cari baju hamil yang sesuai

“Cabaran utama yang perlu saya hadapi cuma perlu mencari pakaian bersesuaian dengan keadaan diri. Semakin hari perut makin membesar dan saya perlu mencari baju yang menutup bahagian perut.

“Selebihnya semua berjalan dengan baik. Kehadiran Amar juga menyenangkan kerana kali ini dia mendapatkan saya seorang pembantu peribadi serta dia yang sentiasa berada di sisi.

Isteri Kalau Hamil Memang Kena Jaga Lebih Sikit, Untung Amyra Rosli Suami Sediakan Pembantu Peribadi Untuk Jaga Dirinya

“Amar akan risau jika saya penat atau tidak sedap badan. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak tertekan,” ujarnya lagi.

IKLAN

Panduan Beli Pakaian Ketika Hamil:

  1. Sebelum anda mahu membeli pakaian hamil, pastikan anda membuat sedikit kajian tentang butik-butik atau gedung-gedung pakaian yang menawarkan koleksi pakaian tersebut. Ini adalah untuk memudah dan menjimatkan masa anda ketika mahu membeli-belah nanti.
  2. Apabila memilih untuk menggayakan pakaian ketika hamil, pastikan anda tidak memilih rekaan pakaian membosankan. Tidak perlu cuba sembunyikan perut anda yang semakin membesar dengan memakai pakaian seperti khemah atau sweater yang saiznya terlalu besar.
  3. Elakkan daripada membeli pakaian hamil yang tidak selesa untuk dipakai seperti terlalu ketat, menyebabkan kulit gatal dan sebagainya.Pakaian hamil yang tidak sesuai mungkin akan memudaratkan kesihatan dan emosi anda.
  4. Jika anda mempunyai suami yang potongan badannya besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja kepunyaan mereka. Sememangnya kemeja lelaki (button-up shirt) cukup bergaya, selesa dan sesuai dipakai oleh ibu-ibu hamil.
  5. Fabrik yang paling sesuai untuk rekaan pakaian ibu hamil ialah jersi kapas dan likra. Fabrik ini boleh meregang, sekali gus boleh dipakai sepanjang peringkat kehamilan anda.
  6. Kadangkala semasa hamil saiz tapak kaki menjadi besar sedikit, oleh itu dapatkan kasut yang lebih selesa dan tidak bertumit tinggi. Paling penting anda tidak perlu untuk membongkok ketika mahu menyarungkannya. Pastikan kasut anda dapat meyokong berat badan yang semakin bertambah.
  7. Elakkan kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Keselesaan adalah kunci utama dalam pemilihan kasut yang anggun digayakan ketika anda hamil.
  8. Pemilihan pakaian dalam yang betul juga penting dan perlu diambil kira ketika melalui peringkat-peringkat hamil. Sila dapatkan baju dalam dan seluar dalam yang paling selesa untuk dipakai.
  9. Belilah pakaian yang mudah disuai padan. Dapatkan pakaian dalam rona hitam, perang, kelabu, khaki, putih, denim, rona neutral serta rona yang anda selalu pakai. Untuk kelainan, gabungkan pakaian anda bersama helaian bercorak atau berona terang.
  10. Apabila memilih pakaian, cuba berikan tumpuan kepada bahagian tubuh badan yang menjadi kegemaran anda. Contohnya, jika anda mempunyai lengan yang cantik, mungkin anda boleh pilih baju (top) dengan potongan cap-sleeved, jika memiliki leher yang menarik pula, anda boleh pilih baju dengan tebuk leher yang menarik serta mampu memberi fokus pada leher dan wajah.
  11. Konsep lapisan (layering) – baju (blaus, stretchy tank top, baju-T), seluar, skirt, kardigan dan blazer adalah kumpulan pakaian paling mudah untuk disuai padan. Konsep ini juga sesuai dan mudah bagi mereka yang mempunyai suhu badan yang kadangkala berubah-ubah.
  12. Kemeja dan gaun potongan A atau empire cukup bergaya dan sentiasa menjadi pilihan kerana potongannya yang tidak melekat pada bahagian perut.
  13. Dapatkan kemeja atau blaus ceria dengan perincian seperti ropol dan reka corak flora dalam warna-warna feminin. Pilih kemeja yang labuh daripada biasa pada bahagian hadapan supaya anda mendapat ruang yang cukup bagi menutup perut yang semakin membesar.
  14. Anda bebas bereksperimentasi dengan skaf dan aksesori bagi menambah seri pada pakaian hamil anda. Skaf dalam warna dan reka corak yang ceria mampu menaikkan aura hebat pemakainya. Aksesori yang menarik juga boleh menjadikan penampilan yang biasa menjadi luar biasa.
  15. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, belilah pakaian yang sememangnya direka khas untuk tujuan tersebut. Ia sopan, praktikal, selesa dan memudahkan anda apabila tiba masa menyusukan bayi anda.
  16. Bagi wanita hamil profesional pula, tema keseluruhan pakaian yang perlu diaplikasikan ketika di tempat kerja adalah sopan, mempunyai kelas tersendiri, anggun dan sedikit konservatif.

Sumber: Harian Metro & Majalah Nona

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI