Kedatangan Ramadan disambut dengan penuh kesyukuran walaupun negara masih lagi belum bebas sepenuhnya dari wabak Covid-19. Namun pastinya ramai yang ‘rindu’ untuk pergi ke masjid bersolat tarawih secara berjemaah.
Walaupun masjid dah dibuka, namun ia masih lagi terhad. Bukan itu saja, bagi anda yang mempunyai anak kecil, mungkin agak sukar sedikit dan risaukan keselamatannya. Jadi bagi ingin menunaikan solat terawih ini, buat secara berjemaah dengan ahli keluarga di rumah. Tetap dapat ganjarannya!
Malah cara ini juga dapat memudahkan ibu yang ada anak kecil untuk solat dengan lebih selesa sama ada selepas anak dah tidur atau mood anak ok waktu itu. Berikut dikongsikan syarat paling basic dan juga tips untuk solat tarawih secara berjemaah di rumah bagi mereka yang pertama kali menjadi imam tarawih.
Solat tarawih
1. Solat tarawih ini dilakukan selepas solat Isyak. Jadi anda kena solat Isyak terlebih dahulu secara berjemaah sebelum menunaikan solat tarawih.
2. Selepas selesai solat Isyak, anda boleh nak berdoa dahulu dan menunaikan solat 2 rakaat selepas Isyak. Kalau anda nak teruskan solat tarawih pun boleh juga.
3. Perlu ambil bilangan rakaat paling minimun iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat.
4. Sebelum menunaikan solat tarawih, pusing belakang dan beritahu makmum bahawa anda bakal menunaikan solat tarawih.
Tatacara solat terawih paling ringkas
Terdapat 4 tatacara solat tarawih yang paling ringkas boleh dilakukan dan perlu tahu:
1. Lafaz niat solat tarawih iaitu, ‘sahaja aku solat tarawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala’.
Ads
2. Kemudian, solat 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam.
3. Selepas itu, teruskan 2 rakaat lagi. Lepas cukup 4 rakaat bagi salam.
4. Selesai 4 rakaat, boleh ambil sedikit masa untuk berehat. Kalau nak betulkan urat saraf yang sakit dan lenguh tu pun boleh.
5. Terakhir, sambung 2 lagi rakaat diikuti 2 lagi rakaat sehingga cukup 4 rakaat. Secara keseluruhannya anda dah tunaikan 8 rakaat.
Surah cadangan
Surah Al-Fatihah merupakan surah yang perlu dibaca setiap rakaat. Memandangkan ada 8 rakaat untuk solat tarawih, berikut merupakan cadangan surah yang boleh di baca setiap malam.
Ads
Rakaat Pertama: Surah Al Ma’un
Rakaat Kedua: Surah Al-Kautsar
Rakaat Ketiga: Surah Al-Kafirun
Rakaat Keempat: Surah An-Nasr
Rakaat Kelima: Surah Al-Masad
Rakaat Keenam: Surah Al-Ikhlas
Rakaat Ketujuh: Surah Al-Falaq
Ads
Rakaat Kelapan: Surah An-Nas
Soalan-soalan lazim mengenai solat terawih
Boleh baca surah-surah lain semasa solat tarawih?
Buat anda yang nak baca mana-mana surah, jawapannya boleh. Kalau nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh. Manakala, buat anda yang tak hafaz surah-surah, anda boleh buka Al-Quran dan letak di bahagian hadapan. Nak baca ayat panjang alang-alang pun boleh.
Kena solat witir tak lepas solat tarawih?
Jawapannya ialah terpulang. Nak solat pun boleh kalau tak nak pun boleh. Kalau anda nak buat secara individu pun boleh, kalau nak berjemaah juga pun boleh.
Nak kena baca apa-apa ke selang antara 2 rakaat solat tarawih dan masa rehat selepas 4 rakaat?
Jawapannya pun terpulang. Nak baca boleh, tak nak pun boleh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya bagi ibu bapa yang baru mempunyai anak kecil kebanyakan belum dapat rentak jadual anak terutama cara untuk mengendalikan situasi jika anak menangis nak tidur, nak susu, rasa tak selesa atau tak sihat.
Kebanyakan ibu bapa akan cepat gelabah dan risau hingga rasa stres. Tambah pula badan penat selepas seharian bekerja.
Kepada ibu ayah yang berdepan masalah anak susah nak tidur bolehlah amalkan surah Al Qadr ni. Baca surah ni mohon pada ALLAH supaya anak dapat tidur & tiup di ubun ubunnya. Ini antara doa berkesan yang berjaya tidurkan bayi yang merengek tak mahu tidur (dengan izin ALLAH)
Ada ibu yang stres sebab tak tahu kenapa anak menangis. Selain buat check up dengan doktor, ibu boleh amalkan zikir-zikir ni sebanyak-banyaknya:
1. HasbiAllahwanikmalwakil…
2. LahaulawalaQuataillabillahillaliilazim…
3. Astaghfirullahalazim…
Banyakkan juga mohon doa pada ALLAH. Selain tu, ibu boleh letakkan surah Yasin di sebelah bantal anak.
Sebelum tidur, ibu & ayah bacalah :
1. Ayat qursi
2. Al Fatihah
3. 3 Qul
Mohonlah pada ALLAH agar keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah.
InsyaALLAH.. ALLAH lindungi kita sekeluarga. aamiin….
Bila anak kecil anda 0-3 tahun membuat perangai…menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba-tiba dia meragam dan ADA ORANG MENYURUH ANDA MEMUKULNYA…USAH diikutkan permintaan mereka itu dan USAH TERTEKAN dengan kata-kata mereka.
Kenapa?
Kerana ketika anak anda mengamuk, dia sedang berperang emosinya, ibarat lemas dalam perasaannya…memukul anak itu tidak akan membawa apa-apa kesan baik. Malah kesan buruklah yang bakal datang.
Bawa anak itu ke tempat yang lebih tenang dan tenangkan dia. Basuhkan muka dan kepalanyanya perlahan-lahan dan bacakan doa-doa menenangkannya.
Jika orang itu menyuruh anda memukul anak itu supaya nanti anak itu tidak naik kepala dan jadi degil serta sebagainya..senyum sahaja dan di dalam hati berdoalah supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang itu.
Kita orang dewasa, kita diberi Allah kekuatan dan kuasa keatas anak kecil. Dan ingatlah dengan kuasa dan kekuatan datangnya tanggungjawab. Kita bertanggungjawab memberikan anak itu rasa selamat di dunia ini dan dikasihi bukan dibenci.
Anak-anak kecil ini memerlukan timbang rasa dan kasih-sayang serta contoh yang baik daripada kita orang dewasa dan bukan punca menjadikan mereka itu manusia yang membenci anak-anak kecil bila mereka dewasa nanti.
Bagi mereka yang suka sangat menyuruh ibu bapa muda memukul dan menjerkah anak kecil mereka yang sedang meragam itu…sudah sudahlah tu…berhentilah memberi ibu bapa itu lagi stress.
Bantu ibu bapa itu untuk menenangkan anak mereka dengan anda menenangkan ibu bapa itu dengan memberi semangat bahawa dia boleh bersabar dan bukan memberi mereka berasa tertekan dan serba salah dengan paksaan anda.
Salam Sayang
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun kesum antara daun herba yang cukup popular untuk membuat laksa dan juga asam pedas. Tak perlu beli, apa kata anda tanam sahaja di rumah.
Nak jadikan daun kesum bersaiz lebar, elok dan segar walau hanya di tanam tepi rumah sahaja, cikgu yang cukup popular dalam dunia penanaman, Cikgu Kebun berkongsi tip menanam daun kesukaan ramai ini.
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni. Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni.
CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe. Jadi CK nk kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
13 Teknik mudah tanam daun kesum :-
1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.
3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
5. Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. Jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.
7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.
8. Kenapa CK semai dahulu? Tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan ke dalam pasu.
10. Jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
11 . Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
12. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
13. Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
Haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? Kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.