Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham. Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji. Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak, setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka sahaja. Kita harus memikirkan keseluruhan penyelesaian untuk masalah itu demi anak-anak juga.

 

Sekiranya pergaduhan sering berlaku di hadapan anak, ia bukanlah pemandangan sihat untuk mereka. Emosi mereka akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka. Dalam pada kita memperjuangkan apa yang betul (bagi kita), anak-anak yang menanggung akibatnya.

Artikel Menarik: [“Suruh Senyum Sampai Senget Kepala.” Comel Adik Ni Ambil Gambar Buat Passport!]

APAKAH KESAN TERHADAP ANAK-ANAK JIKA IBU AYAH MEREKA SELALU BERGADUH?

1. Keyakinan Diri Terganggu
Anak-anak yang sering diabaikan kerana kemelut yang emlanda kedua ibu bapanya akan sering merasakan merelah punca kejadian itu. Kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan mereka selalu menyalahkan diri sendiri kerana tidak membantu untuk menyelesaikan perkara itu.

Selalu Tengok Mak Ayah Bergaduh, Anak Dah Besar Suka Buat Orang!
Sumber foto: www.freepik.com

Kerana tekanan itu mereka menjadi kurang yakin dengan diri sendiri dan mengalami kekeliruan. Apabila kerap berlaku, ia boleh menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.

2. Emosi Tercalar
Tekanan melihat pergaduhan ibu bapa di depan anak menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain. Segala kata cacian dan perlakuan ketika sedang bergaduh akan menyebabkan anak-anak mengalami trauma dan tantrum kerana ia ibarat mimpi ngeri buat mereka.

Artikel Menarik: [Taktik Elak Mandi, Tidur Sambil Senyum. Gelagat Bayi Ni Cuit Hati Warganet!]

IKLAN

Kemurungan ini akan menjadikan mereka menjadi anti sosial dan kerap menjauhkan diri dai persekitaran yang sihat dan tidak mahu disayangi sesiapa kerana rasa khuatir diabaikan.

3. Tidak Menikmati Kehidupan Yang Bahagia
Memandangkan ibu ayah yang selalu bergaduh, anak-anak terbentuk menjadi dewasa sebelum usia mereka. Apatah lagi jika selalu ditinggalkan, mereka dilatih dari awal untuk menjaga dan menguruskan diri sendiri.

4. Tidak Menunjukkan Emosi
Apabila terlalu kerap mendengar pergaduhan ibu ayah menyebabkan mereka lebih cenderung untuk memendam perasaan dan tidak mahu memihak kepada sesiapa. Ini adalah kesan daripada kejadian terpaksa mendengar dan berada dalam situasi di mana ibu dan ayah bergaduh teruk. Setiap apa yang mereka rasakan akan dipendam dan menjadikan mereka orang yang mempunyai krisis dengan emosi dan identiti sendiri apabila meningkat dewasa.

5. Tingkah Laku Bermasalah
Ketika membesar, anak-anak memandang ibu ayah mereka sebagai idola. Setiap perlakuan ibu ayah akan menjadi ikutan. Jika sering berdepan dengan keadaan yang tidak baik ketika mereka membesar, itulah yang akan mereka ikuti. Mereka cenderung untuk bertindak kasar. mereka juga sukar menilai kasih sayang sebenar kerana tidak pandai menilainya.

IKLAN
Selalu Tengok Mak Ayah Bergaduh, Anak Dah Besar Suka Buat Orang!
Sumber foto: www.freepik.com

6. Cenderung Untuk Mengalami Gangguan Pelajaran
Apabila selalu melihat pergaduhan yang berlaku, anak-anak akan mengalami gangguan emosi sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka. Bukan sahaja mengalami masalah disiplin, anak-anak ini juga akan mengalami kesukaran memahami pelajaran dan hilang semangat untuk belajar kerana tekanan yang dihadapi.

Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]

7. Kesihatan Terjejas
Bukan sahaja emosi, tetapi kesihatan anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan. Biasanya anak-anak ini akan mengalami sakit kepala, sakit perut, serangan lelah atau penyakit yang berulang.

8. Gangguan Tabiat Makan
Beberapa kajian mendapati anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan antara ibu ayah mereka akan berkait dengan masalah pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.

IKLAN

Ketika marah, macam-macam boleh terjadi. Kita cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak baik atau mengeluarkan kata-kata kesat yang memberi impak bukan kepada pasangan tetapi anak-anak juga. Sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab, carilah penyelesaian yang terbaik dalam keadaan emosi yang stabil.

Capailah kata sepakat dengan cara yang baik supaya tidak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anak-anak yang disayangi.

Sumber: Verywellfamily

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik.

Nak hantar gambar anak klik sini 👉 https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

Selalu Tengok Mak Ayah Bergaduh, Anak Dah Besar Suka Buat Orang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI