Bagi yang sedang merancang untuk hamil atau trying to conceive, tabiat merokok perlu dihindari. Ia boleh menyebabkan ketidaksuburan kepada lelaki dan menyebabkan pasangan sukar untuk hamil.
Merokok menggugat peluang isteri untuk hamil. Menurut Dr Norintan Binti Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Hospital Seremban, wanita yang berusaha untuk hamil tetapi mempunyai suami yang merupakan perokok tegar boleh menggugat peluang mereka untuk hamil. Ia memberikan besar kepada kepada kualiti dan kuantiti air mani.
Ads
8 KESAN MEROKOK KEPADA KESUBURAN LELAKI
Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang sebanyak 20 peratus.
Mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang ke arah ovum wanita sebanyak 10 peratus.
Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang lalu menyebabkan sperma menjadi ‘lembap’.
Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal!
Kecacatan sperma bertambah. Hal ini termasuk insiden coiled sperm (ekor sperma tersimpul antara satu sama lain) di samping bermacam kecacatan lain.
Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.
Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.
Ads
SECOND HAND SMOKER MEMBAHAYAKAN ORANG SEKELILING
Selain daripada itu, Dr Norintan juga memberitahu bahawa asap rokok yang disedut oleh isteri (yang tidak merokok) adalah sama bahayanya dengan bahaya terhadap si perokok.
Ada juga laporan yang mendapati bahawa ia LEBIH merbahaya jika disedut oleh isteri dan orang sekeliling yang tidak merokok. Tahap kesuburan isteri juga boleh berkurangan akibat secondhand smoking ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita yang disahkan hamil dan berada dalam trimester pertama akan mudah berasa loya dan mual. Kadang tu sepanjang hari mulut terasa mual sehingga menjejaskan rutin harian.
Bagi yang bekerja juga, ia turut memberi kesan sehingga menganggu kerja yang ingin dilakukan. Disebabkan masalah ini kebanyakan wanita lebih suka makan asam untuk mengurangkan loya dan seolah-olah menjadi tabiat pula.
Sebenarnya untuk kehamilan yang sihat, ibu hamil tidak digalakkan untuk makan asam atau jeruk. Pada waktu diawal trimester ini perkembangan bayi dalam kandungan perlu dititikberatkan. Bagi mengatasi masalah ini, ibu hamil boleh menggunakan beberapa tip sihat ini untuk mengelakkan kebergantungan pada asam dan jeruk semata-mata.
1) Lemon
Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar.
2) Halia
Halia dihiris nipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.
3) Peppermint
Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. Ataupun boleh ambil Peppermint-Ginger Plus
4) Vitamin B6
Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75miligram sehari.
5) Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit
Jangan biarkan perut kosong. Nanti ibu dan bayi tak sihat. Makan sikit-sikit dan perlahan-perlahan.
6) Banyakkan Minum Air
Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk.
7) Selalu Isi Perut Dengan Biskut
Kalau boleh biar ada biskut dalam beg. Tak kisah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan. Cara ini juga terasa mual boleh jadikan pengganti asam.
8) Makan Makanan Yang Kurang Menarik
Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pun kadang-kadang nak tengok tak boleh. Masa nilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet
Makan Karbohidrat
Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau!
Makan Makanan Tinggi Protein
Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke, atau yang berkaitan.
Yang penting jaga kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Asam jeruk semua kalau boleh elakkan lah. Tapi kalau dah teruk sangat silalah dapatkan nasihat doktor ye. Selain itu, ibu-ibu hendaklah menjaga diet yang sihat.
Siapa yang tidak mahu mencuba untuk bersalin normal. Malah kelahiran melalui pembedahan atau czer sering menjadi pilihan kedua untuk menyelamatkan ibu dan bayi.
Pun begitu bagi ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan dan mahu mencuba untuk bersalin normal pada kehamilan seterusnya, panduan dan informasi ini perlu anda ketahui supaya lebih bersedia.
Sekiranya ibu berhasrat ingin bersalin secara normal selepas bersalin czer, ini adalah yang anda perlu tahu:
1. Pembedahan caesarean yang terdahulu bukan disebabkan oleh masalah proses kelahiran yang lambat akibat rahim tidak mengecut (dystocia).
2. Kehamilan sekarang tidak mempunyai masalah yang sama dengan kelahiran lalu yang memerlukan pembedahan Caesarean (contohnya posisi songsang- kaki keluar dahulu).
3. Pernah melakukan proses kelahiran secara normal sebelum ini
4. Proses kelahiran kali ini telah bermula dan rahim mula mengecut dengan baik serta pangkal rahim untuk jalan kelahiran mula membuka.
5. Ibu yang hamil berumur kurang dari 35 tahun.
6. BMI ibu kurang bacaan 30.
Walau bagaimanapun, sekiranya proses kelahiran secara normal membahayakan nyawa ibu dan anak, doktor akan memilih bersalin czer untuk keselamatan kedua-duanya.
Ramai doktor tidak mahu mengambil risiko dengan membenarkan ibu bersalin normal kerana ia mungkin boleh menyebabkan nyawa ibu dan anak dalam bahaya.
Antara sebab permintaan ibu untuk bersalin normal ditolak adalah kerana:
* Ibu hamil terlalu obes
* Wanita itu berumur lebih 35 tahun
* Saiz bayi dalam kandungan yang besar melebihi 4.0 kg
* Kehamilan melebihi 40 minggu
Selain itu, terdapat juga kelebihan bersalin secara normal selepas 1 pembedahan caesar iaitu:
* Komplikasi dibandingkan dengan czer sangat kurang
* Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
* Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
* Duduk hospital hanya sekejap
* Senang nak mulakan breastfeeding
Biar apapun pilihan anda pastikan semuanya di bawah pemantauan dan doktor yang merawat. Doktor sememangnya lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
Semasa hamil, payudara ibu akan membesar seiring dengan usia kandungan. Coli lama ketika dipakai sebelum mengandung mungkin sudah tidak sesuai dan mulai ketat kerana ukur lilit dada ibu ketika hamil akan berubah. Ibu perlu bijak mencari coli yang sesuai sewaktu hamil dan mengandung bukanlah alasan untuk tidak memakai coli. Pemilihan coli yang elok sangat penting untuk mengelakkan kesan payudara kendur selepas bersalin dan menyusukan bayi.
Coli ketika hamil dan menyusukan sangat berbeza dengan coli biasa. Dari segi bentuk, jenis material dan rekaannya juga tidak sama kerana ia dibuat khas untuk keselesaan ibu mengandung. Kalau dahulu, mungkin rekaannya kurang menarik, tetapi sudah banyak pilihan coli hamil dan menyusu yang cantik-cantik sekarang. Coli untuk wanita hamil dan menyusu lebih mudah dilaraskan mengikut kesesuaian payudara. Pada usia kehamilan 20 minggu, sangat sesuai untuk ibu menukar coli mereka.
Sekiranya anda sedang hamil dan sedang mencari coli yang sesuai, pastikan anda memfokuskan ciri-ciri ini untuk keselesaan:
Beli coli di kedai yang mempunyai jurujual bertauliah yang dapat membuat ukuran tepat payudara anda. Ini bagi memastikan coli yang dibeli sesuai dan muat pada payudara. Setelah mencuba, gerakkan badan dan angkat lengan. Biarkan seketika supaya anda dapat mengenal pasti jika anda tekanan atau lebihan ruang pada coli berkenaan. Ciri ini sangat penting supaya coli tersebut dapat menyokong payudara dengan baik sepanjang tempoh kehamilan.
Dapatkan coli yang boleh dilaraskan. Selain saiz cup yang berubah dan perut yang membesar, postur tubuh mungkin akan ‘lari’ sedikit. Sepanjang kehamilan, anda mungkin perlu melaraskan tali payudara mengikut keselesaan.
Pilihlah coli yang diperbuat daripada material kapas. Fabrik ini dapat meresap peluh dan ringan, jadi payudara akan terasa selesa. Elakkan membeli coli yang mempunyai renda atau jenis sintetik kerana ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.
Ketika hamil, carilah coli dengan sokongan yang baik. Payudara perlu ditampung sepenuhnya dan dilindungi untuk keselesaan maksimum.
Payudara memerlukan sokongan, tetapi ketika hamil elakkan penggunaan bra berwayar. Coli dengan wayar boleh menekan payudara dan menyebabkan ketidakselesaan.
Coli ini memenuhi setiap ciri yang perlu dititikberatkan ketika memilih bra hamil. Ia diperbuat daripada fabrik jahitan kait ultra lembut serta elastik yang menjamin keselesaan si ibu. Selain itu, ia juga tidak mempunya wayar dan didatangkan dengan underband yang lebar dan tidak mudah terlipat. Lebih menarik lagi, coli XIXILI Pansy Nursing Bra ini juga mempunyai kain mesh pada bahagian tengah coli untuk memberi keselesaan bernafas. Bukan sahaja boleh digunakan ketika hamil, coli ini juga boleh digunakan ketika menyusukan bayi kerana mempunyai klip mudah laras bagi memudahkan proses penyusuan.
Jika rasa tidak selesa mengenakan coli dengan pad, jangan risau. Pad pada coli XIXILI Pansy Nursing Bra ini boleh dikeluarkan mengikut keselesaan si ibu. Ukur lilit tubuh yang mungkin berubah sepanjang tempoh kehamilan bukan masalah. Coli ini turut didatangkan dengan cangkuk tiga baris untuk menampung perubahan saiz payudara. Rekaan belakangnya berbentuk U untuk memberi sokongan padu pada payudara.
Coli ini boleh dibeli bersama seluar dalam khas ibu hamil Pansy Nursing Panty. Ia mempunyai efek regangan yang lembut untuk melindungi perut yang semakin membesar. Satu lagi kelebihan seluar dalam ini adalah ia jahitan tanpa kelim yang membalut 360 darjah dengan perlindungan perut 3D.
Sempena pelancaran Pansy Nursing Bra, XIXILI menawarkan promosi istimewa untuk masa terhad. Mama boleh dapatkan 2 helai Pansy Nursing Bra dengan harga RM150.00 (harga asal RM109.90/sehelai) sahaja! Untuk Mama yang berminat untuk mendapatkan koleksi Pansy ini, klik XIXILI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.