Rindu yang tiada penghujung! Berat ujian ditanggung Mohd Mizi Abu Hasan apabila terpaksa menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi tanpa isteri tercinta, Nur Hanis Abd Rahman yang dijemput Ilahi pada 28 Mac lalu.
Nur Hanis meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat jangkitan Covid-19 dan barah payudara tahap empat.
Biarpun sudah genap sebulan Nur Hanis pergi, Mohd Mizi, 37, mengakui masih bersedih dan terkenangkan saat indah bersama isterinya itu walaupun semuanya kini tinggal kenangan.
Lebih menyedihkan Mohd Mizi apabila tidak berpeluang berada di sisi sewaktu Nur Hanis menghembuskan nafas terakhir kerana isterinya itu meninggal dunia di wad hospital pesakit Covid-19 yang tidak membenarkan kehadiran pelawat.
“Arwah memang isteri yang terbaik, taat, menghormati saya sebagai suami dan sentiasa uruskan keperluan iaitu makan serta pakai saya.
“Dia juga anak yang baik dan menyayangi keluarganya jadi kami semua terkesan dengan pemergiannya,” katanya.
Mohd Mizi berkata, dia dan isteri mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan hidup bahagia walaupun tiada rezeki dikurniakan cahaya mata.
Oktober tahun lalu, Nur Hanis disahkan menghidap barah payudara dan sejak itu tinggal dengan keluarganya di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, di sini sebelum disahkan positif Covid-19 awal Mac.
Ads
“Berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, arwah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan dan ditidurkan sepanjang dua minggu di wad.
“Arwah ada tersedar beberapa kali dan kami kerap berhubung menerusi panggilan video namun arwah tidak boleh bercakap kerana ada wayar pada mulutnya.
“Kiranya, kali terakhir saya bercakap dengan arwah adalah sebelum dia dimasukkan ke hospital dan arwah sempat berpesan untuk menjaga rumah serta keluarganya,” katanya.
Arwah tunjuk sikap pelik
Katanya, Nur Hanis ada menunjukkan beberapa tanda sebelum meninggal dunia yang disedarinya dan ahli keluarga.
Ads
“Antara sikap peliknya adalah bersungguh beri nombor pin kad bank miliknya kepada saya dan adiknya (Nur Nazirah Abd Rahman, 30) selain meminta maaf dengan mak dan ayahnya.
“Dia juga tidak menempah baju raya tahun ini seperti tahun terdahulu sebaliknya hanya ingin membeli pakaian yang sudah siap saja malah memujuk saya serta keluarga memakai pakaian sedondon berwarna kuning cair.
“Ditakdirkan, arwah meninggal dunia jadi tidak sempat bergambar dengan baju raya yang diimpikan dan kami tak sangka sikap aneh ditunjukkan menjadi petanda arwah akan pergi buat selamanya,” katanya.
Berkongsi kisah di sebalik videonya menangis sambil memegang bingkai gambar isteri mendapat perhatian di TikTok, Mohd Mizi mengakui tidak dapat menahan sebak ketika itu.
Ads
“Video itu dirakam ketika sesi fotografi saya bersama keluarga isteri di studio pada Ahad lalu.
“Saya jadi sebak kerana melihat ada ahli keluarga isteri yang menangis dan mengenangkan arwah tiada bersama kami ketika itu.
“Terima kasih kepada yang mendoakan walaupun tidak mengenali arwah. Semoga Allah makbulkan doa untuk kami sekeluarga dan beri kebaikan untuk mereka yang mendoakan,” katanya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak ni, sepanjang nak membesar ada saja kerenah dia yang buat kita geli hati. Kadang-kadang apa yang mereka buat tu di luar kotak, tak tercapai dek akal kita sebagai orang dewasa ni. Bila dikenangkan, ia menjadi satu memori indah yang tak mungkin boleh kita lupakan.
Rakamlah memori tersebut, bila mereka dah besar bolehlah tunjukkan kepada mereka. Seperti yang dikongsikan oleh Tya Adnan melalui laman Instagram, ada sebuah video yang menunjukkan anaknya Maleeq Miqayl yang sedang sibuk menyental lantai.
Sumber foto: Instagram Shukri Yahaya
Menggunakan sebatang mop, Maleeq tak henti-henti mengelap lantai kerana tak puas hati lantai masih kotor. Sebenarnya, lantai tidaklah kotor tetapi ia sememangnya berwarna coklat.
Biarpun dah puas disental, masih lagi begitu. Mulutnya juga membebel-bebel tanda tak puas hati. Beria-ia dia memanggil Tya supaya melihat lantai tersebut. Puas Tya nak explain yang lantai rumah mereka memang begitu.
Sumber foto: Instagram Tya Adnan
Memang rajinlah Maleeq ni, untung mommy ada anak macam awak. Lepas ni, bolehlah mommy kemas rumah dengan Maleeq. Biar satu rumah ‘berkilat’!
Dalam suasana penuh hiba dan linangan air mata, seorang anak lelaki berusia 12 tahun melangkah ke hadapan dengan penuh keberanian dan reda mengimamkan solat jenazah bapanya sendiri yang terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Suasana sepi bertukar pilu apabila suara kecil itu mula memimpin takbir, menggambarkan betapa besar kehilangan yang ditanggung oleh seorang anak yang masih mentah usianya, namun cukup kuat untuk berdiri demi menghormati insan yang paling disayanginya.
Rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh ahli keluarga mangsa menyatakan bahawa anak sulung Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri, bernama Amirul Firdaus berdiri tabah di hadapan jenazah ayahnya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai imam.
“Mamateh bangga dengan Abang Amirul. Di umur 12 tahun sudah mampu imamkan jenazah abah.
“Insya-ALLAH, Amir, anak lelakimu anak yang hebat… Abang Amirul boleh jaga ibu dan adik-adiknya,” kata salah seorang ahli keluarga.
Pada Selasa, sebuah kenderaan FRU telah bertembung dengan lori muatan batu dalam satu nahas jalan raya di Jalan Chikus, Sungai Lampam, Teluk Intan yang berlaku sekitar jam 8.30 pagi, menyebabkan sembilan anggota polis terkorban.
Sembilan anggota yang terkorban ialah Sarjan S. Perumal, 44; Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit a/l Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.
Lebih menyayat hati, isteri Allahyarham, Norazian Mohd Joned, 38, memaklumkan bahawa arwah menanti selama 10 tahun untuk memiliki anak perempuan, namun kini segalanya tinggal kenangan.
Katanya, pemergian suaminya amat dirasai kerana mereka begitu teruja apabila dikurniakan anak perempuan selepas penantian hampir sedekad.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Membiaknya’ Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor, Jangan Hanya Salahkan Guru – Asyraf Wajdi. Faktor rumah tangga dan peranan ibu bapa dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
‘Membiaknya’ Buli Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor, Jangan Hanya Salahkan Guru – Asyraf Wajdi
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook pada hari Rabu, beliau menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada guru atau pelajar semata-mata.
“KITA TIDAK BOLEH HANYA MENYALAHKAN PELAJAR ATAU PENDIDIK. KEADAAN DALAM KELUARGA SERTA SIKAP IBU BAPA TURUT MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM MENCORAKKAN TINGKAH LAKU ANAK-ANAK, TERMASUK KECENDERUNGAN KEPADA PERBUATAN MEMBULI YANG AKHIRNYA TERBAWA KE SEKOLAH ATAU ASRAMA,” JELAS BELIAU.
Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan oleh media pada Isnin yang menyatakan bahawa pihak MARA telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap satu kes buli yang dikatakan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bahagian utara negara.
Insiden tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas satu video berdurasi 1 minit 31 saat tular di media sosial, memaparkan beberapa pelajar yang bertindak memijak dan duduk di atas seorang pelajar lelaki lain. Lebih membimbangkan, mangsa turut diikat kakinya menggunakan tali pinggang tanpa menunjukkan sebarang usaha untuk melawan.
Berikutan siasatan dalaman yang dilakukan, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa tujuh pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut telah disyorkan untuk diberhentikan daripada pengajian di institusi berkenaan.
Hasil keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mendapati bahawa daripada tujuh pelajar terbabit, dua daripadanya memainkan peranan utama dalam tindakan membuli, manakala lima lagi dikenal pasti bersubahat.
“Kesemua mereka telah dicadangkan untuk ditamatkan pengajian di MRSM sebagai langkah tegas terhadap sebarang bentuk salah laku yang mencemarkan nama institusi pendidikan,” ujarnya lagi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.