Rezeki untuk bertemu dan beramah mesra dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup mesra menjadi detik terindah buat seorang ibu hamil, Nor Asmalina Abdullah.

Tanpa diduga, niat untuk menyapa Permaisuri dan bergambar bersamanya disambut baik oleh Permaisuri kesayangan ramai ini.

Menerusi video yang tular, kelihatan Permaisuri yang sedang berjalan di sebuah premis didekali wanita ini yang menyuarakan hasratnya untuk bersalam.

Mendengar permintaan itu, Raja Permaisuri Agong yang sememangnya begitu dikenali dengan keramahan dan kemesraannya segera mendekati ibu mengandung berkenaan dan bersalaman.

Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan, Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah!

“Mengandung ke ni? Kadang-kadang orang tu gemuk, saya kata mengandung… malu.

“Berapa bulan ni, enam bulan?” tanya Tunku Azizah sambil mengusap-usap perut wanita itu.

IKLAN

Dalam pertemuan singkat itu, paling yang tidak disangka Asmalina adalah Tunku Azizah berkenan mengusap perutnya yang bakal menimang cahaya mata perempuan pertama.

Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan, Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah!

“Apabila tuanku pegang perut saya, siap dapat teka usia kandungan enam bulan, memang saya tak terkata. Tapi saya percaya tuanku ada naluri keibuan dan mempunyai ramai putera dan puteri, jadi baginda meneka berdasarkan pengalaman,” katanya.

Apa yang lebih menarik lagi, Asmalina yang menganggap pertemuan ini sebagai rezeki anak, dia dan suami mahu menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Permaisuri.

IKLAN

“Mulanya, netizen yang mencadangkan nama anak sempena nama tuanku. Saya dan suami pun belum lagi terfikir letak nama sebab masih terlalu awal.

Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan, Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah!

“Tapi rezeki ini membuatkan kami bercadang untuk menamakan nama anak perempuan ini dengan nama Azizah Aminah sempena nama tuanku.

“Kebetulan anak lelaki saya ada huruf ‘AA’ iaitu Ayyash Anaqi, jadi sesuai juga ada ‘AA’ untuk anak kedua ini. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi yang begitu teruja dengan pertemuan itu.

IKLAN

 

@asmalynaa Rezeki berjumpa dengan Tuanku Permaisuri Agong tersangat peramah orangnya #permaisuriagong #tiktokmalaysia ♬ original sound – Ci’naa🌷

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan, Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah!

Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.

JOM DAFTAR SEGERA DI https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-baby-merangkak-

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI