Bagi isteri yang pertama kali nak bersalin, bayangan tentang sakit bersalin tu memang misteri. Orang kata macam sakit senggugut campur sakit pinggang campur rasa nak putus nafas tapi realitinya, lain orang lain rasa. Yang pasti, bila kontraksi datang, memang bukan main-main. Tapi tahu tak apa yang boleh jadikan momen ni lebih bermakna dan kurang menakutkan?
Suami yang bersedia dan supportive
Jangan panik ya abang-abang semua. Kalau isteri boleh kuatkan semangat, anda pun boleh jadi sumber kekuatan dia masa bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat kalian. Jom tengok apa yang mungkin si isteri alami… dan apa peranan besar anda sepanjang perjalanan ke delivery room.
Sakit Apa Yang Isteri Rasa?
Bila dah masuk fasa aktif bersalin, serviks akan mula meregang dan kepala bayi mula menolak keluar. Tekanan ni buatkan faraj rasa sakit dan pedih. Suami boleh bantu dengan tenangkan isteri dan ajar dia tarik nafas dalam-dalam, lepas tu hembus perlahan sambil sebut “fuhhh…” panjang dan penuh kasih.
Kalau bayi berada dalam posisi posterior, sakit belakang boleh jadi sangat mencucuk. Mula-mula okey, tapi makin lama makin dalam. Di sinilah pentingnya urutan lembut dari suami. Tak perlu kuat, cukup ikhlas.
Bila pinggang sakit, kaki pun akan rasa lenguh, lebih-lebih lagi bila air ketuban dah pecah. Suami boleh bantu dengan angkat kaki isteri atau sapu minyak urut ringan. Nampak simple, tapi hati isteri cair wehh!
Ads
Kepala bayi yang makin tekan ke bawah akan buat isteri rasa macam nak buang air besar. Rasa ni kadang-kadang mengelirukan, tapi sebenarnya tanda baby dah sangat dekat nak keluar. Jadi tolong jangan biar isteri masuk tandas sorang-sorang.
Bila sakit datang bertubi-tubi, tubuh isteri boleh menggigil dan peluh mencurah macam tengah demam. Jangan panik, ini normal. Just pastikan dia selesa dan sejukkan badan dia perlahan-lahan.
Suami Tak Perlu Jadi Doktor, Cukup Jadi Peneman Jiwa
Kalau isteri dah panik, jangan tambah panik. Jadi hero yang cool dan stabil. Kehadiran anda dengan tenang dan sabar tu dah cukup buat isteri rasa lebih kuat dan berani.
Ads
Urutan magik suami ni sangat besar impaknya. Cuba urut belakang, bahu, atau tempat yang isteri minta. Kalau boleh, tuam dengan pad panas untuk ringankan ketegangan otot. Jangan lupa, urutan dari orang tersayang tu ada healing power dia tersendiri.
Bantu isteri bernafas ikut rentak. Bila kontraksi datang, jangan suruh dia tahan. Sebaliknya, ajar dia tarik nafas perlahan, tahan sekejap, dan lepaskan perlahan. Ulang je macam tu sampai kontraksi reda.
Sentuhan kasih macam genggaman tangan, peluk dari belakang, atau ciuman di dahi boleh bagi isteri semangat luar biasa. Benda simple macam ni lah yang sebenarnya buat dia rasa “aku tak sorang”.
Ads
Isteri mungkin lapar atau haus, jadi standby air mineral, kurma atau snek kecil. Jangan sampai dia lesu. Kadang dia takkan cakap, tapi kalau awak peka, dia akan rasa sangat dihargai.
Kalau boleh, bacakan zikir atau ayat Al-Quran. Suara suami yang baca perlahan di telinga tu akan masuk ke hati. Buat dia tenang, buat baby pun rasa selamat nak keluar jumpa dunia.
Hero Cinta Yang Tak Perlu Jubah
Proses bersalin bukan hanya ujian fizikal untuk isteri, tapi ujian emosi dan jiwa untuk suami. Masa inilah awak boleh buktikan cinta tu bukan sekadar janji masa nikah, tapi satu bentuk sokongan paling tulus saat dia paling lemah.
Pegang tangannya. Tengok matanya. Bisik kata semangat. Dan bila bayi lahir, percayalah… momen tu akan kekal dalam hati isteri sampai bila-bila.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Abby Abadi selebriti yang sering kali tampil membantu ibu yang tidak berkemampuan untuk mencari keluarga angkat bagi menjaga anak yang baru dilahirkan. Sebelum ini dia sendiri dan suami turut mengambil dua orang bayi yang diberi nama Dayyan dan Dayana.
Kali ini Abby membantu melangsaikan bil hospital yang berjumlah RM5,300 dengan bantuan yang disalurkan oleh orang ramai menerusi dirinya. Menurut perkongsian Abby di Instagram miliknya, ibu bayi tersebut serba salah untuk beri bayinya pada orang lain namun tiada pilihan kerana tiada wang untuk bayar bil hospital.
Oleh itu, Abby memohon warga net yang menjadi pengikutnya untuk hulurkan sumbangan meskipun hanya RM10.
Saya usahakan utk Baby ni 😷
Walaupun masa dah suntuk, esok memang kena settlekan, Sy cuba juga nk mengajak Sahabat2 Sy disini kita kumpul duit sorang sikit.. utk Mak Baby ni settlekan bilnya buleh? Maknya serba salah nk bg baby ni pada org.. tapi sebab tiada pilihan (tiada duit nk settle bil) dia terpaksa buat keputusan ni. Sy pulak yg sedih & rasa bersalah 😭
Mohon bantuan semua… walaupun sekadar RM10, amat bermakna utk Mak Baby ni.. Jomlah sorang sikit. Kita bantu org dalam kesusahan, InshaALLAH ALLAH bantu kita nanti 😇
DM Sy ye kalau sudi. Doakan Sy berjaya bantu Mak baby ni.. Amin
Dalam satu posting yang lain, Abby memanjatkan rasa syukur dan gembira dengan sumbangan orang ramai. Dalam perkongsian itu, menurut Abby tak sampai sejam duit yang diterima lebih kurang RM10 ribu. Memang pemurah rakyat Malaysia, Singapore dan Brunei ni.
Assalamualaikum Sahabat Malaysia, Singapore, Brunei (Indonesia ada ke?) & semualah…I loveee you all Lillahi Taala. Muah ciked 🥰
sangat gembira & terharu pagi ni. Berkait dgn sumbangan yg Sy umumkan utk bantu bayarkan bil hospital Mak Baby di Klang malam tadi, . Alhamdullillah, Kita BERJAYA yeyyyyy!!!😍 Dalam masa lebih kurang sejam, dah terkumpul hampir RM10k 😭
Hebat semua.. memang kejutan buat Saya juga sebenarnya sbb Sy jarang kumpul sumbangan mcm ni. Bila nk buat apa2 sblm ni, Sy diam2 je layan diri 🙊 Seriusss! Tak terbayang.. dalam masa kurang sejam, terkumpul lebih kurang RM10K.. Gilerr gempakk weeiii!😭
Berderu2 DM masuk minta no acc utk sama2 menyumbang kul 1-2am semalam. Ada yg bagi sampai rm1k, rm100,200, rm300, 10,30.. ada pelajar tu dia bagi rm12 comel je hehe.. Rasa nak nangisss melayan sampai Sy tertidur. Nasib buleh copy paste aje no acc Sy hihi 🤭
Pagi ni bangun, cek DM.. ramai lagi yg nk bersama Sy utk bantu Mak Baby tu…. tapi Sy rasa cukup setakat apa yg ada tu dulu. Doakan Sy lepas ke sana pagi ni bersama suami @jaiezzany ye, kul 11am nanti inshaALLAH ☺️Syukur sangat2! Musim2 PKP ni.. mmg tiada pilihan selain dari membantu berjemaah hehe.. Sy dah pernah buat perkara yg sama beberapa kali sebelum ni. Bantu Mak Baby, dulukan duit Sy yg tak seberapa nak ada tu. Janji nk byr semula, hilang terus 🙊. Terpaksa telan sorang2 sbb buatpun sorang2 masa tu, suami je tahu 😅
Jadi kali ni, bila melibatkan dana awam, Sy kena kongsi semua cerita supaya tidak timbul fitnah ye. Doakan dapat penyelesaian yg terbaik utk kes Mak Baby di Klang ni harini. Aminnn
Menerusi posting yang lain, Abby dilihat memuat turun gambar baby yang dipanggil Noah. Abby mengucapkan rasa syukur pada Allah dan berterima kasih pada semua yang menyumbang dan mempermudahkan segara urusan baby tersebut.
Baby dah keluar hospital yey 😍
Alhamdullillah Terima Kasih ALLAH
Terima Kasih Semua yg berkongsi
Permudahkan segala urusan Baby ni
Comel sangattt baby ni
Rasaaaa nk bawak balik tadi
Tapi nangis pulak Maknya nnti hihi 🙊
ps: Nanti Sy share details semua ye. Sy bayarkan bil tadi dalam rm5.3k & serahkan RM2k dulu sbb baki dah limit hihi 🤭 esok sy uruskan bakinya ye. Jangan risau. Sy hamba ALLAH yg beriman 😇
Sumbangan yang dibuat oleh orang ramai itu membantu Abby untuk selesaikan bil hospital ibu dan bayi tersebut. Dengan langsainya bil, maka dua beranak ini pun tidaklah terpisah. Abby juga sempat bawa bayi yang dipanggil Noah ni bertemu dengan suaminya, Jaiezzany. Sempat suaminya bertanya untuk bawa pulang si kecil yang comel itu, tapi jelas Abby mereka bantu untuk tidak memisahkan antara ibu kandung dan bayi comel tersebut.
Baby Noah 😘
Waaaaa sukahati je letak nama anak orang.. mood BCL sangat kan hihi Rinduuuu… nk baby lagii… 🙊
Alhamdullillah atas keprihatinan bersama , Mak & Baby tak berpisah. Terima Kasih pada semua yg membantu. Hanya ALLAH dpt membalas budi baik kalian… Semoga redha ALLAH milik kita bersama… Amin 🥰😇
ps: Yg tak membantu, asyiik cari salah je tu jangan masuk sinilah.. Ni IG utk berkasih dan sayang. Yg busuk anda tidak perlukan disini ye. Tunggu Mama Yebby blocked 😝😹🤣
Baby Noah sempat Mama bawak jumpa Abahh tadi hehe 😍
Abah tanya buleh bawak balik ke?Sy kata mana buleh, kan Maknya sayang Baby ni.. tak mampu nak lepaskan. Sebab itu kita tolong ajak reramai bantu settlekan bilnya sbb dia tak mampu
Terusss suami taknak pegang, tengok jauh jerr.. takut tersayang & terbawak balik hihi.. (Terlebih sangat kasih sayang kami ni hihi 😆 )
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Johan dan isterinya, pelakon Ozlynn Wati yang selamat menimang cahaya mata keenam mereka pada Jumaat lalu.
Pastinya keluarga besar Johan dan isteri semakin bertambah meriah dengan kehadiran insan baru dalam keluarga mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan menerusi satu posting di Instagram Era FM yang turut memaparkan foto Johan sedang tidur memegang bayi di atas sofa.
“Alhamdulillah, isteri Johan selamat melahirkan cahaya mata baru mereka pada 3 September 2021.
“Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas daripada Team ERA!” tulis kapsyen tersebut.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama, isteri Johan, Ozlynn turut meninggalkan komen di entri berkenaan.
“Selamat berjaga malam tu, macam kuat ye idgham dia,” katanya sambil berseloroh.
Melewati Instagram pasangan itu, @jozlynnhanania, Ozlynn turut sama memuat naik beberapa keping gambar anak-anaknya setelah beberapa hari tidak bertemu.
“Rindu..tunggu mama balik ok,” tulisnya di kapsyen.
Pun begitu, sehingga ini pasangan ini tidak memaklumkan mengenai jantina bayi anak mereka.
Rakan-rakan selebriti turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi comel mereka.
Perkongsian tersebut pastinya turut sama mengejutkan para peminat memandangkan pasangan itu tidak pernah berkongsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.
Rata-rata wargamaya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas kehadiran cahaya mata keenam mereka itu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah akhirnya penantian Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya untuk memberi adik kepada anak sulungnya, Lara dipermudahkan setelah kelahiran bayi kedua di pagi Jumaat (12 Februari) yang penuh berkat.
Kelahiran bayi kedua ini cukup ditunggu-tunggu oleh Awal dan Scha setelah Scha berjaya melalui proses membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) Januari tahun lalu. Selepas beberapa bulan mereka mendapat khabar gembira akan menimang cahaya mata.
Menerusi perkongsian di Instagram Scha Al-Yahya, dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana selamat melalui fasa bersalin setelah 6 tahun berehat.
Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Kedua-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
Sebelum ini, Awal pernah berkongsi Scha mempunyai perangai pelik untuk kehamilan keduanya apabila rimas dengan media sosial hingga pernah terdetik untuk menyah aktifkan.
“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami muntah dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya, katanya.
Ketika episod TV Pa&Ma baru-baru ini pun, semasa Scha dan Awal buat pemeriksaan kandungan, memang bayinya tak mahu tunjuk jantina. Sehinggalah Awal buat keputusan untuk umumkan jantina bayi pada hari kelahirannya. Kini semuanya dah terjawab.
Selamat berpantang Scha dan semoga mommy dan baby membesar dengan sihat!
Kredit: IG Scha Al-Yahya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?