Bayi yang dilahirkan pada 13 Mac lalu yang diberi nama Raden Muhammad Rafael ini adalah anak ketiga Raf Yaakob dan pertama buat Mawar.
Tidak menunggu lama untuk mendedahkan wajah Raden, Mawar berkongsi kegembiraan itu dan ternyata semua peminatnya teruja melihat Raden yang dikatakan mirip mommynya.
Rata-rata yang melihat Raden berasa geram kerana berkulit cerah, hidung mancung, mata sepet. Paling membuatkan peminat Mawar lagi bertambah geram kerana pipinya yang begitu gebu.
Ketika dilahirkan berat Raden 3.4 kilogram dan netizen juga turut membuat andaian seperti anak Jepun.
Sebagai menghargai peminat yang mendoakan kesihatannya dan Raden, Mawar berterima kasih kerana sehingga kini Raden tiada masalah dan membesar dengan sihat dan kuat.
Ads
Mawar juga bersyukur Allah bagi peluang untuknya bergelar ibu kerana baru tahu nikmat ini selepas memeluk anak sendiri.
Pengambilan epidural untuk mengurangkan rasa sakit semangnya digalakkan. Pelakon Elfira Loy yang baru melahirkan anak keduanya turut sama menasihati untuk mengambil epidural jika punya lebihan kewangan.
Menurut kata Elfira, dua pengalamannya dengan pengambilan dan tanpa mengambil bahan sokongan itu begitu banyak bezanya kata Elfira.
Menerusi Insta Storynya, Elfira berkongsi cerita selepas menerima pelbagai persoalan dari peminatnya di IG.
“Masa first baby, dengan yakin tak nak ambik epidural. Biasalah sebab semua advice tak yah ambikkan. So El dah tahan contraction sehari, 12 malam tu terpaksa jugak pergi emergency sebab memang tak tahan sangat rasa nak mati, check bukaan baru 2cm tapi sebab contraction tinggi Dr suruh admit.
“Bayangkan doktor seluk nak check pun tak rasa sakit sebab memang contraction tu lagi sakit. Yang kali ni barulah tahu sakit seluk tu.
“Bila masuk ward, nurse kasi painkillers supaya boleh tidur dan beranak the next day. But no, tak boleh baring tak boleh tidur ye. El berdiri sambil menangis sebab sakit sangat. Give up rasa.
“Then waktu subuh, nurse check tak boleh tidur so dia suggest epidural so El pun ambik.
“Sama jugak, doktor cucuk Epidural tak rasa sakit langsung ye sebab contraction lagi sakit. Yang kedua ni baru tahu heheh, sakit jugak cucuk epidural ni. Cucuk pagi beranak 5pm,” kongsinya.
Kata Elfira lagi, jika berkemampuan dari segi kewangan, ambillah epidural ini untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
“Bayangkanlah betapa lamanya kalau kena tahan. Memang berbeza sangat ambik & tak ambik. Kalau takde kekangan kewangan ambik lah epidural,” kongsinya lagi.
Sama tarikh! Bukan mudah untuk merancang kelahiran anak jatuh pada tarikh yang sama. Namun pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri membuktikan bahawa ia sama sekali tidak mustahil.
Pelakon popular itu menimang cahaya mata keduanya selepas isterinya selamat bersalin bayi lelaki hari ini. Berkongsi tarikh yang sama dengan anak sulungnya, itu yang dikongsikan Hafidz melalui instagram miliknya.
Berita gembira itu dikongsikan Hafidz, 26, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagramnya pagi tadi.
“Alhamdulillah sama tarikh, sama baju. Little beast is here.
“Sepasang lelaki dan perempuan. Allah merupakan sebaik-baik perancang,” tulisnya berkongsi kegembiraan.
Melalui entri tersebut, Hafidz berkongsi gambar dirinya yang sedang mendukung bayi lelakinya, sama seperti gambar yang pernah dikongsikannya pada kelahiran anak pertamanya pada tahun 2016.
Malah Hafidz juga turut menyarungkan baju yang sama ketika dirinya menyambut kelahiran anak pertamanya, Humairah pada 9 September 2017.
Paling menarik pastinya tarikh kelahiran kedua anaknya yang cukup cantik iaitu pada 9 September. Terbaik!
Dalam pada itu, Hafidz tidak henti-henti menerima ucapan tahniah di atas kelahiran anak keduanya. Malah para pengikutnya memuji kehebatan pelakon ini dan memintanya agar turut berkongsi tip.
Di ruangan komen, pengikut dan rakan artis mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata barunya itu.
“Wah so amazing lah Hafidz dan isteri. Semoga anak-anak membesar dengan sihat. Tahniah dah dapat sepasang”
“Congratss! Nanti share tips bang”
“Omg!! Dua dua birthday sama,” tulis salah seorang pengikutnya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016. Tahniah diucapkan buat Hafidz dan isterinya!
Sekadar informasi, selain Hafidz, penyampai radio Suria FM dan pelawak Ajak Shiro juga turut memiliki tarikh kelahiran anak yang sama. Hebat!
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Pengalaman melahirkan cahaya mata memang indah. Namun, terselit juga getir di sebaliknya. Selepas melahirkan, adalah perkara biasa bagi kebanyakan ibu untuk mengalami kesakitan. Hal ini terutamanya bagi anda yang melalui prosedur episiotomi untuk membolehkan bayi keluar dengan mudah dan lancar.
Walaupun akan sakit, anda tidak perlu risau keterlaluan. Jangan khuatir kerana anda boleh bersiap sedia untuk menangani rasa sakit atau ketidakselesaan selepas bersalin itu dengan melakukan tip-tip ini. Dengan mengamalkannya nanti, diharapkan anda lebih selesa dan lega.
1. Sediakan padsicle
Padsicle sering digunakan oleh ibu lepas bersalin di negara Barat. Ia diakui dapat mengurangkan rasa sakit. Pembuatannya juga amatlah mudah. Sebab itulah ibu di sana gemar menggunakannya.
Apa yang anda perlukan adalah krim Witch Hazel. Anda boleh mendapatkan krim ini di farmasi atau membelinya di kedai online. Selain itu, diperlukan juga gel aloe vera, tuala wanita bersaiz overnight dan pati minyak lavender atau apa-apa jua wangian yang ada sukai. Berikut adalah cara membuatnya.
Sebelum anda berangkat ke hospital untuk bersalin, jangan lupa bawa sekali padsicle ini!
2. Makan ubat penahan sakit
Selepas selamat melahirkan, anda akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat bagi membantu anda mengurangkan kesakitan. Antara yang biasa diberi doktor ialah paracetamol yang sememangnya berkesan dalam mengurangkan rasa sakit. Selain itu, ibuprofen yang merupakan ubat bersifat anti-keradangan dan membantu mengurangkan bengkak rasa sakit serta oxycodone. Ia adalah ubat opioid yang berkesan dalam menangani rasa sakit sederhana hingga serius.
Untuk makluman anda, ubat-ubat ini mungkin boleh memberi kesan sampingan. Jadi, pastikan anda mengambilnya dalam dos yang telah ditetapkan.
3. Gunakan pek ais
Anda juga boleh cuba untuk meletakkan pek ais pada bahagian yang sakit selama 10 hingga 20 minit.
Sebelum itu, anda digalakkan untuk melapik bahagian luka episitomi dengan kain nipis terlebih dahulu. Kemudian, letakkan pek ais ke bahagian berkenaan.
4. Gunakan air garam suam
Menggunakan air garam suam untuk mencuci bahagian intim turut boleh membantu anda mengurangkan rasa sakit.
5. Gunakan pelampung
Untuk melegakan rasa sakit bahagian intim, anda perlu mencari posisi yang sesuai sebelum duduk terutamanya ketika memangku bayi. Ada juga di kalangan ibu bersalin yang mengunakan pelampung kecil berbentuk bulat untuk duduk di atasnya. Jadi, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.
6. Aplikasi teknik pernafasan
Salah satu lagi cara untuk mengatasi rasa sakit yang dialami selepas bersalin adalah dengan menggunakan teknik pernafasan yang diperlajari di kelas antenatal. Ia adalah teknik yang sama yang anda gunakan ketika dalam proses bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barang dalam katil bayi seperti bantal, selimut, patung dan pelapik katil boleh meningkatkan risiko lemas serta SIDS. Ketahui 7 barang yang perlu dielakkan demi memastikan ruang tidur bayi lebih selamat.