“Suap Anak Pakai Tangan Yang Terbaik.” Cara Bersahaja Ozylnn Dapat Pujian!

Share

Seorang ibu, apa-apa mesti akan utamakan anak dulu. Tak kisahlah bab makan atau beli apa-apa keperluan. Begitu jugalah situasinya bagi pelakon Ozylnn. Mengakui sifat keibuannya membuatkan dia tidak kisah orang memandang walaupun tengah menyuap nasi pada anak-anak biarpun ketika berkunjung ke restoran mewah.

Kata Ozylnn menyuap nasi pada anak-anak menggunakan tangan sendiri adalah yang terbaik.

“Mak-mak..buh (tempatkan) lah restoran mahal tang (di) mana pon..kalau kata kena suap anak.. Confirm pakai tangan mesti yang terbaik dan terpaling best. Anak kena hadap la kan..” katanya.

Isteri kepada pelawak Johan itu berkongsi perkara tersebut di akaun instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ozylnn memuat naik foto menyuap anak-anaknya itu makan.

Tambah Ozylnn lagi, tugas menyuap anak ketika keluar makan ada ketikanya membuatkannya tidak sempat untuk menjamu selera kerana sibuk menguruskan anak-anak.

“Kadang kala, kalau makan kat luar, lepas kita suap anak-anak giliran kita pulak..pastu anak kecil dah nangis.

“Jadi tak sempat la nak makan, cuma dapat rasa saki baki di jari dan pinggan bekas suap anak sikit..ahh terus kenyang.

“Siapa sama macam saya? Jadi yang terakhir selepas itu terus tak sempat makan tapi kenyang..” ceritanya lagi.

Seronok tengok Ozylnn layan anak

Sementara itu, ramai peminatnya bersetuju dan suka tengok cara Ozylnn layan anak-anak. Gayanya yang bersahaja tu memang nampak sifat keibuan. Di sebalik ketegasan, sikap penyayangnya itu patut dipuji.

Ozylnn dan Johan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Kredit: IG jozylnnhanania

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

IKLAN