Sebenarnya pemakaian aksesori seperti gelang, gelang kaki, rantai atau subang pada anak-anak ni tak digalakkan terutamanya yang masih kecil dan belum tahu apa-apa lagi. Memang nampak cantik tetapi risau keselamatan anak jika berlaku perkara diluar jangkaan.

Malah sebelum ini dah pernah ada beberapa artikel yang dikongsikan untuk peringatan ibu bapa yang ingin memakaikan barang kemas pada anak atau pun aksesori agar sentiasa berhati-hati.

Seperti kisah adik Delisha Diana yang telinganya terkoyak akibat subang yang melekat pada kipas boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa.

Sama-samalah beringat

Menurut ibu adik Delisha, Puan Dewi Diana Samsudin, apa yang berlaku ini langsung tak terfikir sama sekali. Namun syukur alhamdulillah walaupun kecederaan agak teruk,  semuanya dipermudahkan. Pengalaman ini benar-benar buat kami serik!

Subang yang dipakai Delisha pada hari kejadian

Syukur alhamdulilah..terima kasih semua doakan kesihatan Delisha Diana. Maaf jika perkongsian ini nampak salah saya tapi tujuan saya berkongsi adalah untuk peringatan bersama.

Kipas yang menyebabkan subang anak tersangkut pada jaringnya

Kenapa dipakaikan subang untuk anak? Ramai yang tanya kan. Sebenarnya sebagai ibu, tak terlintas pun nak berlaku perkara yang diluar jangkaan.

Dari mula-mula bertindik dekat klinik dan dipakaikan pelbagai jenis subang memang saya selalu perhatikan. Maklumlah dia masih kecil. Jika nampak macam tak kena, saya akan bertindak cepat menukar subang yang lebih selamat.

Kita tak akan terfikir bila benda ni akan terjadi, kalau saya tahu, saya tak pakaikan. Dan saya tak akan suka-suka nak sakitkan anak. Siapa yang tak sayang anak kan?

IKLAN

Tersangkut subang pada jaring kipas 

Apa yang berlaku, dia berdiri pegang kipas (kipas tak hidup, kipas bawah), nak capai apa tak tahu belakang kipas, dia terduduk dan menangis (rupanya subang tu dah tersangkut pada jaring kipas. Suami tak sempat nak pegang kepala dia. Dia dah panik masa tu (terus dia rentap telinga dia dekat kipas tu) dan menangis.

Cuping telinga terkoyak

Waktu kejadian saya di dapur terus ambil dia. Sbb dia dekat bilik dengan ayah dia (selalu tak ada apa berlaku, bila kata nak jadi, jadilah kejadian itu). Kalau boleh putar masa, saya tak adalah nak biarkan. Saya ambil dia, seba dia menangis tak berhenti. Tengok-tengok cuping telinga dia dah terkoyak. Darah mengalir je.

IKLAN

Terus bawa pergi klinik (sampai klinik doktor tak boleh jahit sebab Delisha bawah umur 2 tahun). Terus rujuk hospital. Sampai hospital (kecemasan), terus masuk dalam, tunggu lagi (Delisha dah tak menangis sebab luka tu dah kebas, dah tak rasa apa).

Doktor dah tengok lukanya (pihak kecemasan tak boleh buat sebab koyaknya besar kena rujuk pakar telinga. Dapat appoiment dengan pakar jam 2 petang.  Jam 2 petang, saya masuk seorang sebab suami tak boleh masuk. Ketika masuk jumpa doktor, doktor tengok besar lukanya.

Doktor jahit tempat luka

Doktor cakap boleh buat (kita bagi ubat tidur) dan dia orang cakap nak gam je. Saya cakap bagi jahit (sebab Delisha sekarang aktif, bila-bila dia boleh tarik telinga dia tu. Doktor ambil keputusan untuk lakukan pembedahan dan biuskan satu badan.

Hampir satu jam Delisha dalam bilik pembedahan, alhamdulillah semuanya selamat. Selepas Delisha sedar dia tak nangis cuma minta air kerana kehausan.

IKLAN

Disebabkan kes Delisha ini, doktor pakar hampir-hampir nak hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bahagian kanak-kanak Malaysia sebab mereka ingat kes Delisha ini adalah penderaan.

Pihak hospital masih lagi keliru dan berkali-kali cakap tak logik macam mana boleh tersangkut dijaring kipas dengan kesan koyakan yang besar itu. Bila saya terangkan semula apa yang berlaku dan tunjuk cara Delisha kena masa itu, barulah semuanya faham.

Jahitan yang telah dibuka dan beransur pulih

Jahitan telinga dah dibuka

Alhamdulillah juga selepas hampir seminggu kejadian ini berlaku, doktor telah memeriksa semua telinga Delisha dan berpuas hati dengan keadaannya. Doktor juga bersetuju membuka jahitan tersebut.

Moga perkongsian saya ini dapat dijadikan peringatan buat ibu bapa lain. Benda nak jadi sekejap sangat dan tanpa kita sangka pun. Jika rasa membahayakan anak, sama-sama lah kita elakkannya.

Kredit: Dewi Diana Samsudin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)