Ads

Sufian Suhaimi Timang Anak Perempuan, “Rasa Sebak & Bahagia”

Sufian Suhaimi timang anak perempuan

Sufian Suhaimi timang anak perempuan! Tahniah diucapkan buat penyanyi, Sufian Suhaimi yang menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya Rania Al Sadat, selamat melahirkan anak pertama mereka.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sufian menerusi media sosial miliknya, lengkap dengan sebuah video yang merakam detik penuh bermakna tersebut. Perkongsian itu sekali gus menjadi tanda bermulanya perjalanan baharu buat pasangan ini sebagai ibu dan bapa.

Dalam video berkenaan, penyanyi berusia 33 tahun itu meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila penantian sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Momen Sufian Suhaimi timang anak perempuan ini jelas mencuri perhatian ramai.

Tambah Sufian lagi, bayi perempuannya itu dilahirkan seberat 2.71kg dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Serdang.

Sufian Suhaimi Timang Anak Perempuan, “Rasa Sebak & Bahagia”

“Assalamualaikum, Alhamdulillah. Akhirnya, sampai juga momen yang Pian tunggu selama ni. Hari ni, Pian dengan penuh rasa syukur nak kongsi yang Pian dah pun bergelar seorang ayah.

“Susah untuk Pian gambarkan perasaan kali ni… rasa sebak, bahagia, semua bercampur jadi satu.

Ads

“Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa support Pian dan juga baby Pian, daripada kosong sampailah ke tahap Pian dapat bina sebuah family yang Pian impikan hari ni,” kongsinya jujur.

Sufian Suhaimi Timang Anak Perempuan, “Rasa Sebak & Bahagia”

Perasaan Sukar Digambarkan

Tambah Sufian lagi dia melihat sendiri bagaimana zuriat pertamanya itu dilahirkan malah sentiasa menjadi peneman setia di samping isteri ketika detik bermakna itu.

“Saya teman dan melihat sendiri proses isteri bersalin. Satu pengalaman baru dan ia membuatkan saya lebih menghargai isteri dan ibu saya. Sukar nak diungkapkan bagaimana,” luahnya syukur diberikan peluang berharga itu.

Ads

Kata Sufian yang kini bergelar bapa, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh dari keluarga yang banyak membantu dari awal.

Sufian Suhaimi Timang Anak Perempuan, “Rasa Sebak & Bahagia”

Sudah Anak Nama Ada, Baby SR?

Pelantun lagu Di Matamu itu juga turut meluahkan rasa syukur atas sokongan keluarga yang membantu dari awal kehamilan hingga detik isterinya bersalin.

Ads

“Selepas bersalin, kami mendapat sokongan penuh dari kedua ibu bapa. Iyalah kami masih baru dan belum ada pengalaman menguruskan bayi. Jadi banyak yang perlu kami belajar.

” Untuk nama pula saya dan isteri belum membuat keputusan akhir lagi. Bagaimanapun yang pasti namanya bermula dengan huruf SR,” tambahnya berkongsi.

Terdahulu Sufian dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025.

Baca: Sufian Suhaimi Bakal Timang Anak Pertama, Tak Sabar Bergelar Bapa!   

Baru Tahu Bestnya Ada Anak, Sufian Suhaimi Percaya Rezeki Anak

Sumber: Mstar 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

detailed scan

‘Detailed Scan’ Ibu Hamil, Kenapa Penting & Wajib Buat Jika Mampu!

Ketahui kepentingan detailed scan untuk ibu hamil, fungsi, waktu terbaik, kos dan siapa yang wajib melakukannya demi kesihatan bayi.