“Suka Dengan Chryseis Sebab Pilih Nama Anak Kemelayuan” Kacukan Melayu & Cina, Chryseis Dedah Wajah & Nama Bayi Kedua

Share

Pasangan usahawan terkenal, SM Faliq dan Chryseis Tan akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya dan turut berkongsi nama bayi lelaki di usia 21 hari.

Cahaya mata kedua yang juga cucu kepada ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan itu selamat dilahirkan pada 18 januari lalu seberat 3.05kg.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Chryseis Tan melalui laman rasmi instagramnya.

“Introducing our precious baby boy..SM Arman Naza SM Faliq. 18.01.2023. 3.05kg”

Rata-rata warga maya teruja melihat kecomelan Arman dan mengucapkan tahniah kepada pasangan usahawan ini. Ada juga yang turut memuji Chryseis kerana tak kisah memilih nama anak yang lebih kemelayuan.

nurul.barik
Suka dgn Chrystan sbb pilih nama kemelayuan❤️

ali.tuy.33
Congrats! What does SM mean? Sorry not from Malasyia

zanzeus
Baby Arman looking like mommy !

avocadorablewhat
Searched on google, Arman means hope and aspiration in Islamic. Welcome baby Arman!!

Chryseis Tan mendirikan rumah tangga bersama Faliq dan dikurniakan dua cahaya mata, Arianna Kyla 2, dan SM Arman Naza.

Kredit:

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran

IKLAN