Untuk dekorasi sesuatu ruang dalam rumah, kita perlu menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan look yang cantik. Tidak semestinya menggunakan bahan-bahan bermodal besar, kadang-kadang barang murah pun boleh nampak mahal jika kena pada caranya.
Untuk membuat dekorasi dinding dengan modal kecil, bolehlah ikut cara yang dikongsikan oleh Nani’s Makeover ini. Boleh ajak anak-anak buat bersama untuk digantung dalam bilik mereka.
Orang kata, ke mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Biasanya anak-anak akan ikut perangan ibu ayahnya. Anak perempuan pula dikatakan akan menjadi rapat dengan ayah mereka. Suka habiskan masa bersama-sama, rasanya kebanyakan ayah akan bersetuju yang anak perempuan ni umpama ‘partner in crime‘ mereka.
Sama juga dengan ahli kumpulan SA.YA, Yassin yang berkongsi sebuah video dia meluangkan masa dengan anak perempuannya. Biarpun video tersebut hanya hanya berdurasi 15 saat, tetapi ia sangat menghiburkan.
Dapat dilihat dalam video tersebut mereka berdua bergerak mengikut rentak lagu yang tular di aplikasi Tiktok. Kedua-dua membuat mimik muka yang lucu. Comel sungguh anak perempuan Yassin menghayati rentak lagu tersebut.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 50k tanda suka dan lebih daripada 1000 komen. Rata-ratanya mengatakan yang pasangan ayah dan anak ini mempunyai personaliti yang sama;
Comel betul anak Yassin, pandai buat ‘muka’ pula tu. Semoga dia membesar menjadi anak yang bijak dan terus membahagiakan kedua orang tuanya.
IMPAK POSITIF BILA ANAK PEREMPUAN RAPAT DENGAN AYAH!
1. Anak perempuan yang selalu dimanjakan oleh ayahnya akan membesar menjadi seorang yang bijak dan penyayang.
2. Layanan yang baik terhadap anak perempuan bukanlah tanda ayahnya tidak sayangkan anak lelaki, tetapi itulah lumrahnya. Ayah lebih bersifat pelindung terhadap anak perempuannya kerana mereka percaya anak lelaki lebih kuat dan pandai berdikari.
3. Bila anak perempuan rapat dengan ayah, menunjukkan IQ yang lebih tinggi.
4. Ayah yang rapat dengan anaknya akan melatih skil sosial yang lebih baik dan dapat mengelakkan masalah kemurungan.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam rumah tangga, tidak dinafikan ada pasang surutnya. Biasalah kalau berselisihan faham, itu semua dapat menguatkan lagi rasa sayang antara pasangan. Namun, kebanyakan isteri ada masanya teralpa kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga, mereka mengabaikan perasaan suami.
Biarpun suami nampak gagah dan seperti tidak kisah, sebenarnya jauh di sudut hati pasti ada terguris perasaan mereka. Mungkin juga mereka tertanya-tanya ke mana perginya isteri yang memberi perhatian dan memanjakan mereka. Wahai isteri, ketahuilah ada beberapa hal yang boleh membuatka suami tawar hati dan kasih sayangnya terhakis sedikit demi sedikit.
Pa&Ma kongsikan lima sikap isteri yang secara tidak langsung boleh melukakan hati suami dan mengganggu guat kebahagiaan perkahwinan seperti yang dinyatakan oleh familyshare.com
1. Boros & Berbelanja Melebihi Kemampuan
Sentiasalah bersyukur dengan setiap apa yang anda miliki. Jangan berbelanja berlebihan dan paling penting, mengikut kemampuan pasangan. Biarpun anda bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, lebih molek jika berbincang dengan suami sebelum berbelanja. Apabila seorang isteri sentiasa merungut akan kekurangan suami dari segi kewangan, ia sangat tidak bagus. Suami akan tertekan dan merasakan dirinya gagal menjadi ketua keluarga yang baik.
2. Asyik Negatif
Jangan terlalu banyak berfikir perkara yang bukan-bukan. Kebanyakan isteri cenderung membebel pada suami tentang perkara yang tidak berkaitan dengan hubungan mereka. Isteri oleh meluahkan perasaan kepada suami, tetapi jangan sampai menjadi rungutan dan membebel tanpa henti.
Lelaki tidak suka jika isteri terlalu banyak marah-marah dan berleter. Anda harus faham, cara lelaki menangani sesuatu masalah secara perlahan-lahan. Mereka lebih suka melakukannya satu per satu, tidak seperti wanita yang suka menyelesaikannya pada satu masa yang sama.
3. Hal Lain Jadi Keutamaan, Suami Tidak Dipedulikan
Apabila isteri terlalu banyak mengutamakan hal-hal lain, suami akan terasa seperti diabaikan. Mereka juga akan terasa dipinggirkan oleh isteri. Sifat lelaki sukakan perhatian, jadi apabila isteri tidak mengendahkan suami kerana sibuk menguruskan perkara lain, sedikit sebanyak ia akan mengguris perasaan mereka.
Bukanlah perlu duduk depan suami 24 jam, tetapi sekurang-kurangnya bertanyalah perihal mereka juga pada hari tersebut. Tidak dinafikan salah satu faktor penceraian hari ini adalah kerana kurang menghargai antara satu sama lain.
4. Tiada Lagi Sentuhan Manja
Suami sangat sukakan belaian dari isterinya. Apabila ereka mengajak isteri untuk ‘tidur’ bersama, tetapi ditolak pastinya ia akan melukakan hati suami. Oleh sebab itulah, di dalam Islam sekalipun menganjurkan supaya isteri sentiasa memenuhi permintaan suami, namun perkara inilah yang serin para isteri terlepas pandang.
Suami yang romantis biasanya suka berkongsi momen intimasi dan peribadi hanya dengan isterinya. Penat bekerja atau tekanan lain yang emngganggu sebenarnya boleh dilegakan denga hubungan intim.
5. Suka ‘Sembunyi’
Isteri biasanya suka protes dan tunjuk perasaan dengan tidak berterus terang dengan keinginan mereka yang sebenarnya. Suami tidak dapat ‘menangkap’ apa maksud tersirat di sebalik kata-kata isteri jika tidak straight to the point. Oleh itu, jika isteri ada apa sahaja perkara yang ingin diberitahu kepada suami, lebih baik jika ia disampaikan secara berterus terang.
Tiada salahnya untuk sesekali berbalah dengan pasangan. ia sebenarnya mengajar kita erti kasih sayang serta membuatkan kita lebih mengenali dirinya yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya apabila perselisihan pendapat begini terjadi, ia akan menjadikan kita dan pasangan lebih matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan anak remaja, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, terus meruntun hati masyarakat. Terbaru, hasil keterangan seorang pakar patologi dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner mengesahkan bahawa punca kematian arwah bukanlah kerana terjatuh secara tidak sengaja mahupun ditolak ketika berdiri di lokasi kejadian.
Menurut laporan Harian Metro, Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu, menjelaskan bahawa selepas meneliti rekod perubatan, imbasan CT, CTA dan juga pemeriksaan lokasi di asrama arwah, kecederaan yang dialami Zara Qairina tidak konsisten dengan jatuh biasa.
Pada 2 Ogos lalu, beliau membuat pemeriksaan di tempat kejadian. Ukuran jarak dari lantai ke rel besi paling atas di tingkat tiga ialah 118 sentimeter, manakala ketinggian arwah ialah 154 sentimeter. Perbezaan 36 sentimeter itu meletakkan rel lebih tinggi daripada pusat graviti arwah.
“Dengan ukuran sebegini, adalah mustahil seseorang jatuh secara tidak sengaja hanya dengan berdiri di tepi. Untuk berada di atas tembok itu, kemungkinan besar mangsa perlu memanjat tembok konkrit dan melepasi rel besi berkenaan,” jelasnya ketika membaca kenyataan bertulis setebal lima muka surat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Prosiding inkues kematian Zara Qairina bermula pada 2 dan 3 September, sebelum bersambung semula pada 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September ini. Inkues ini diadakan untuk mencari punca sebenar kejadian yang meragut nyawa pelajar tingkatan satu itu.
Dr Jessie yang berkhidmat sejak tahun 1998 turut memaklumkan bahawa beliau mengendalikan purata 100 hingga 150 bedah siasat setahun, serta sering dipanggil sebagai saksi pakar di mahkamah.
Di sebalik fakta perubatan yang dibentangkan, jiwa seorang ibu yang kehilangan anak tetap tidak akan terubat. Bagi keluarga Zara Qairina, apa yang mereka harapkan hanyalah kebenaran dan keadilan untuk anak syurga mereka.
Kisah ini menjadi peringatan besar buat semua ibu bapa bahawa keselamatan anak bukan sahaja perlu dipantau, tetapi juga wajar dipertahankan sekiranya sesuatu yang tidak adil menimpa mereka.
Semoga roh Allahyarhamah Zara Qairina ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga terus tabah menempuh ujian berat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri Diraja Johor selamat dilahirkan, membawa kegembiraan kepada Agong dan Raja Permaisuri yang kini menimang cucu ketujuh dalam suasana penuh syukur.