Azad Jazmin memang rapat sangat dengan anak-anak. Betullah orang kata anak perempuan memang geng dengan papanya.
BONDING AMAT PENTING
Semasa sesi fotografi baru-baru ini, Azad berkongsi dengan PA&MA beberapa tip untuk mencipta hubungan yang rapat dengan anak. Bila anak rapat, bermakna mereka lebih percaya. Maka proses didikan juga lebih lancar.
Amarra Sofea Rose, 5, Ameisya Leanne Rose, 1 dan Areisya Suri Rose, 5 bulan buah hati yang menjadi keutamaan dalam jadual hariannya. Jadi tidak hairanlah kalau anak-anak semua manja dengannya.
“Ibu bapa saya begitu rapat dengan kami adik beradik. Saya mengaplikasikan apa yang mummy & daddy saya lakukan iaitu sentiasa bercakap dengan anak-anak dan melatih kami agar saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Kasih sayang dan perhatian diberikan sama rata.
Rupanya Azad ini anak kacukan Serani Melayu di mana ayahnya berketurunan Serani dan ibunya pula Melayu. Cara didikan yang diberikan kepada Azad dan adik-adiknya adalah kombinasi kedua-duanya.
Kata Azad, ayahnya dahulu suka melayan anak-anak bercakap dan itulah yang telah dipraktikkan olehnya kepada anak-anak.
PERLU PANDAI KAWAL KEADAAN
Ads
Selain itu, bagi Azad, seorang ayah bermakna dia perlu pandai mengawal keadaan. Apa yang dilakukannya ialah meninggalkan segala urusan perniagaan dan kerja di luar pintu sebelum masuk ke dalam rumah. Di rumah, dia bukan ahli perniagaan atau pelakon tetapi suami dan ayah kepada anak-anak. Jadi, dia lebih fokus kepada keluarga.
Azad memang suka berbual dengan anaknya walau pun ketika masih di dalam kandungan. Azad juga melayan anak-anaknya bermain dan bercakap seperti kanak-kanak yang sudah besar supaya pemikiran anak lebih berkembang. Definitely no baby talk, mesti gunakan bahasa yang biasa.
Kelebihan kepada Azad ialah dia boleh mengatur jadual hariannya dengan lebih baik dan mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga.
Membesar sebagai anak sulung, Azad juga melatih Amarra untuk menjadi pelindung dan pemimpin untuk adik-adiknya. Setiap anak mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing. Azad menyayangi ketiga-tiga anak perempuan sama rata dan berharap semuanya menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat.
Jangan lupa saksikan Azad & Eira dalam rancangan keibuapaan Pa&Ma setiap Selasa, jam 12 tengah hari di saluran Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135. Jika terlepas, boleh tonton ulangan pada jam 9 malam. Banyak isu keibubapaan dan kupasan info penting di utarakan seperti Obses Gajet, Tahfiz Cilik, Homeschool dan lain-lain.
Sejarah Baby On Board bermula pada tahun 1984 oleh Michael Lerner, yang mendapat idea ketika menaiki kenderaan bersama anak saudaranya.
Lerner mendapati pengguna kenderaan lain memotong kenderaannya dengan laju dan merbahaya, tidak begitu bertimbangrasa dengan dia dan anak saudaranya. Beliau merasakan insiden tersebut berlaku apabila kenderaan lain tidak nampak kehadiran anak kecil di dalam keretanya.
Pernah menggunakan sticker atau sign Baby On Board di kenderaan anda?
Sebagai tanda amaran atau alert kepada pemandu lain
Ianya harus diletakkan hanya apabila ada bayi atau kanak-kanak di dalam kereta.
Lekatkan di bahagian yang berhampiran anak-anak, elakkan daripada bahagian yang menghalang penglihatan pemanduan anda.
Tanda Baby On Board dapat memberitahu pemandu kenderaan lain untuk lebih bertimbang rasa terhadap kereta yang mempunyai penumpang kecil.
Baby On Board juga bertindak sebagai tanda atau signal apabila terdapat kemalangan. Ianya memberitahu pasukan penyelamat bahawa terdapat bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan ini.
” Dalam satu kes kemalangan, seorang wanita telah dijumpai di bahagian pemandu, seorang diri. Tiada kanak-kanak dijumpai. Namun, pasukan penyelamat mengambilkira tanda Baby On Board dan mengandaikan kehadiran anak kecil di dalam kenderaan. Seorang bayi telah dijumpai di dalam carseat di bahagian bawah kenderaan yang remuk” – sumber daripada quartz.com
Gunakan tanda Baby On Board anda dengan bijak dan sebaik mungkin, ianya bukanlah bertujuan untuk memberitahu dunia yang anda membawa “the cutest baby in the world” semata-mata.
Bagi ibu bapa yang paranoid, kononnya menggunakan sticker ‘Baby On Board’ lebih memudahkan penjenayah menculik bayi anda…’tepuk dada tanya selera’.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Walau sehabis baik menjaga SOP, siapa kita untuk menidakkan ujian Allah bila mana keluarga terdekat diuji dengan jangkitan Covid-19. Pun begitu, sekiranya ada ahli keluarga kita didapati positif dan terpaksa membawa keluarga menggunakan kereta sendiri, pasti terasa bimbang.
Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dan inilah yang dijelaskan oleh Dr Hana Hadzami melalu perkongsian videonya di aplikasi Tik Tok.
Apa yang perlu anda lakukan?
Langkah 1: Pastikan anda memakai PPE asas iaitu pelitup muka N95, Face Sheild dan juga sarung tangan. Jika tiada, apron plastik boleh juga dipakai pada tubuh dan itu adalah lebih baik.
Langkah 2: Pastikan pesakit Covid-19 yang anda bawa perlu memakai pelitup muka 3-ply sahaja dan tidak perlu memakai PPE seperti anda.
Langkah 3: Pastikan ada penjarakan fizikal ketika di dalam kereta. Contohnya, jika anda duduk di bahagian pemandu, pastikan pesakit berada di belakang dan berlawanan dengan pemandu. Pastikan jarak sejauh mungkin dengan pesakit.
Langkah 4. Ruang udara perlu dialirkan dengan baik ketika di dalam kereta. Pastikan pengaliran udara yang cukup di dalam kereta. Elak menggunakan aircond dan bukalah tingkap. Membuka tingkap semasa kereta bergerak boleh menurunkan tranmisi virus 50%.
Jika anda memilih untuk memandu dengan kelajuan sederhana, anda bolehlah membuka semua tingkap. Namun jika hujan atau agak laju, pilihlah untuk membuka tingkap separuh berlawanan dengan tempat duduk penumpang. Jika tidak buka tingkap setiap 10 minit.
Langkah 5: Setelah pulang ke rumah, mandi dan bersihkan diri. Lakukan juga proses nyahkuman untuk seluruh bahagian kereta.
Ini panduan secara jelas yang dikongsikan oleh Dr Hana Hadzrami.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang selalu cakap bila dah dapat anak nanti ibu tak boleh tidur nyenyak lagi terutama waktu malam.
Biasanya sebelum mempunyai anak, ramai yang macam tak percaya kata-kata tersebut. Tetapi bila sudah melalui pengalaman tersebut barulah ramai mengakui tak cukup tidur itu adalah realiti.
Rupa-rupanya selebriti terkenal tanahair, Neelofa juga mempunyai tanggapan yang sama. Ummi Muhammad Bilal ini mengakui hal tersebut semasa temubual dalam program Nona terbitan TV3 baru-baru ini.
Foto: IG Neelofa
“Tak Cukup Tidur Tu Sangat Betul Ye”
Video perkongsian Neelofa tentang pengalaman selepas bergelar ibu dikongsi oleh peminatnya di akaun TikTok @seorangnur
Ya Allah itu sangat betul ye. I ingat dulu I cakap, propa je orang cakap tidur tak cukup. Pandai-pandailah kena train anak tu.Tapi tidak.
Masalahnya anak ni bukan macam robot yang kita boleh set. Sebab dia macam kena go with flow juga pembesaran anak.
Anak ada fasa-fasa berbeza pembesaran. Masa 1st two month memang tidur bertukar. Lepas tu baru boleh tidur malam dan siang kurang tidur.
Fahami Perkembangan Bayi
Neelofa yang dilihat gemar membaca buku perkembangan bayi ini turut berkongsi ilmu tentang perubahan tumbesaran si comel.
Menurutnya, bayi akan mudah meragam apabila mereka melalui perubahan bulan atau hendak tumbuh gigi.
Foto: IG neelofa
Jadi, sebagai ibu sememangnya semua itu di luar kawalan dan perlu bersedia untuk melaluinya dengan sabar.
Kalau dia nak tumbuh gigi akan cranky at night. Kalau nak bertukar bulan pun cranky. Kita tak boleh nak control benda tu. Kita kena hadap dengan sabar & tabah sebenarnya.
Ramai pengikut Neelofa meninggalkan komen yang mengakui dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Kebanyakannya sudah melalui pengalaman yang sama memberitahu itu antara sebab kenapa orang tua-tua pesan masa mengandung tidurlah sepuas-puasnya kerana bila dah dapat anak, ibu kena ucapkan selamat tinggal pada tidur nyenyak.
Nak dapatkan info & ilmu persediaan bergelar ibu? Jom join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.