Pemergiaan anak yang selama dibelai & dimanja amat menyedihkan. Apatah lagi jika perginya tanpa dijangka. Catatan bapa yang kehilangan bayinya ini amat menyentuh sanubari.

Bapa ini masih tidak langsung tidak menjangka demam yang dialami anaknya menjadi detik akhir buat si kecil yang dinamakan Haisha Rania. Anak yang selama ini dibelai dan dimanjakan terbujur kaku, tiada lagi tangisan dan gelak tawanya.

“Sumpah Papa Mama Rindu Rania…” Sebaknya Catatan Sedih Bapa Saat Terakhir Pemergian Anak

Encik Bustaman Rusli yang telah dihubungi Pa&Ma berpesan kepada ibu bapa lain agar tidak mengambil ringan demam pada anak terutamanya yang masih bayi. “Jangan ambik ringan bila bayi demam. Bila dah lebih 3 hari, lakukan blood test. Kalau ada nampak tanda macam ada kuman terus je admit walaupun kat swasta.. Biar bawah pemantauan doktor yang lebih arif,” kata bapa kepada 3 cahaya mata ini.

Bapa ini juga berkongsi sebuah catatan yang amat memilukan sesiapa sahaja yang membacanya. Bukan mudah menerima kenyataan anak bongsu yag dimanja dan dibelai kini sudah tiada lagi…

PINJAMAN ALLAH SETAHUN SAHAJA

Salam sayang utk kenangan abadi bidadari syurga kami Haisha Rania..
Haisha =kehidupan, sihat, riang.
Rania = kesenangan, kesukaan, ratu.
Pinjaman Allah kepada kami utk setahun sahaja.. 27.5.2018 – 8.5.2019

Fikiran masih keliru, lidah masih kelu. Betapa kami harapkan ini hanya lah sebuah mimpi.
Bgn pagi tercari cari helaian tawa yg biasa dihidangkan kpd kami. Bagaikn suatu semangat utk kami bile dihidangkan dgn coret wajahnya.

IKLAN

Namun semua itu takkan muncul lg. Kami redha ya Allah dgn Pinjaman ini. Setiap yg hidup akan pasti dipanggil kembali kepada sang pencipta.. Tidak lewt dan tidak cpt sesaat pun.

“Sumpah Papa Mama Rindu Rania…” Sebaknya Catatan Sedih Bapa Saat Terakhir Pemergian Anak

TIADA REKOD KESIHATAN BURUK

Rania anak baik, tak penah pn kami rasa ssh dgn kehadirannya. Rania takde sejarah kesihatan yg buruk, tak penah warded, takde apa2 penyakit. Pemergiannya btul2 sekelip mata. Bermula dgn kami rasa deman biasa pd hari jumaat ari tu 2.5.2019. Mlmnya kami bawa ke klinik dan doktor just ckp maybe deman biasa dan ada kemerahan pd tonsilnya. Seterusnya deman still on off dan kami bawak lg ke K* B****** pada hari isnin utk blood test.

KUMAN DALAM DARAH TAPI MASIH TERKAWAL

IKLAN

Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal.. Just perlu on antibiotic je.. Kami akur Dan ikut apa yg di suruh dgn maintain bg antibiotic on time.

DETIK AKHIR MAHU MAMA PAPA BERSAMANYA

Namun kemuncak pd hari rabu pukul 3 pagi, Rania mula lain dr kebiasaan. Rania tak dapat tidur lena, merengek sesekali, tidak mahu tidur. Rania semacam memberi kan isyarat utk kami bersamanya, utk sisa waktu terakhir..

“Sumpah Papa Mama Rindu Rania…” Sebaknya Catatan Sedih Bapa Saat Terakhir Pemergian Anak

TERUS KE ZON MERAH KECEMASAN, RANIA KRITIKAL
Pukul 8.30am kami ke emergency **** Medical Center.. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal.. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr.. 10.30 pagi 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya..

IKLAN

GELAP DUNIA LIHAT TUBUH  KAKU TIDAK LAGI BERGERAK

Kami kelu.. Bagaikn gelap dunia ni bila melihat sekujur tubuh yg kami belai selama setahun tidak bergerak, kaku.. Kami masih mengangap Rania hanya tido utk berehat. Berehat sambil menunggu kedatangan kami di pintu syurga nanti InsyaAllah.. Rania berehatlah..

“Sumpah Papa Mama Rindu Rania…” Sebaknya Catatan Sedih Bapa Saat Terakhir Pemergian Anak

GAMBAR, BAJU & VIDEO PENGUBAT RINDU

Papa mama redha dan sentiasa ingat setiap saat kenangan kita bersama.
Hanya gambar, video, pakaian, Rania je menjadi pengubat rindu papa mama skrg.

Sumpah papa mama rindukanmu.

Sumber: Bustaman Rusli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI