Ada sesetengah ibu sudah bagi bayi makan makanan pejal sebelum anaknya genap usia 6 bulan. Ibu kena tahu ia mempunyai risiko pada kesihatan si manja?
Pernah tak melalui pengalaman orang tua dengan selamba menyuruh anda memberikan bayi anda makan apabila dia tidak berhenti menangis. Padahal usia si kecil tak sampai sebulan lagi.
Alasannya anak lapar sebab itu dia menangis. Kalau zaman tok nenek kita memang menjadi lumrah mereka memberikan bayi makan sebelum usia enam bulan. Biasanya makanan yang diberi adalah nasi lembik atau pisang lenyek dan mereka memberitahu tiada sebarang masalah berlaku kepada anak-anak zaman tersebut.
Tetapi sekarang kita tidak boleh mengikut lagi saranan orang tua-tua tentang memberi bayi makan sebelum usia enam bulan kerana zaman sudah berubah. Ilmu perubatan dan teknologi juga turut mengalami perkembangan dan berubah berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh para penyelidik.
Hasil kajian dan penyelidikan, akhirnya para pakar perubatan kanak-kanak menyarankan pemberian makanan pejal perlu diberi kepada bayi sebaik mereka mencecah usia enam bulan. Mengapa? Inilah sebab-sebabnya.
1. MEMBERI PERLINDUNGAN DARIPADA PENYAKIT
Ads
Pemberian makanan setelah bayi berusia enam bulan dapat memberikan perlindungan besar dariapda pelbagai jenis penyakit. Ini disebabkan sistem imun bayi kurang daripada enam bulan masih belum sempurna. Pemberian makanan pejal awal boleh menyebabkan masuknya pelbagai jenis kuman dalam badan bayi.
Bayi yang diberi makan sebelum usia enam bulan, cenderung untuk dijangkiti cirit-birit, sembelit, batuk dibandingkan bayi yang hanya mendapat susu ibu eksklusif sepanjang enam bulan usianya.
2. SISTEM PENCERNAAN SUDAH SEMPURNA
Ads
Sistem pencernaan dalam badan bayi yang berusia enam bulan ke atas sudah cukup sempurna dan bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu. Beberapa enzim pencerna protein seperti asid gastrik, lipase, enzim amilase hanya akan sempurna berfungsi apabila bayi berusia enam bulan ke atas.
Jika bayi berusia bawah enam bulan diberi makan, sistem pencernaannya perlu bekerja lebih keras untuk mencerna makanan. Kesannya boleh menimbulkan gangguan pencernaan seperti sembelit atau kembung perut.
3. KURANG RISIKO ALAHAN PADA MAKANAN
Ads
Apabila bayi berusia kurang daripada enam bulan diberi makan, sel-sel di sekitar usus belum bersedia untuk menerima bahan-bahan makanan sehingga makanan yang masuk dalam perut boleh menyebabkan tindak balas imun dan berlakunya alahan.
4. MELINDUNGI BAYI DARIPADA OBESITI
Dengan menunda pemberian makanan pejal sehingga bayi berusia enam bulan dapat melindungi bayi daripada risiko obesiti di masa hadapan. Proses pemecahan bahan-bahan makanan belum sempurna jika bayi diberi makan sebelum usia enam bulan. Ia hanya akan menyebabkan risiko meningkatnya kandungan lemak dan berat badan.
Ada beberapa kes yang ekstrem memerlukan bayi menjalani pembedahan akibat pemberian makanan pejal terlalu awal. Oleh itu pastikan anda ada maklumat dan ilmu yang tepat dari sumber mereka yang pakar. Bukan sekadar dengar cerita dan pengalaman orang sahaja. Yang penting adalah kesihatan anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita risau dengan pengambilan makanan ketika berpantang. Orang melayu memang kaya dengan adat berpantang. Tapi sebenarnya ada makanan yang boleh dimakan ketika berpantang yang dulunya dianggap berbisa dan tak bagus untuk ibu berpantang. Ikuti perkongsian doktor ini tentang makanan dalam pantang.
STATUS PASAL MAKAN MINUM DALAM PANTANG LEPAS BERSALIN
Macam biasa, tulisan saya memang panjang. Ambil masa baca dan hadam.
Tahniah untuk suami yang sudi meringankan tulang dan membantu isteri yang dalam pantang selepas bersalin. Bab pantang ni kalau di FB, nama saya antara doktor yang mesti kena seru oleh netizen.
Saya pernah menulis yang sebenarnya pantang ni benda yang bukan satu beban pun. Tapi ia jadi batu yang mesti galas dan bata yang mesti dipikul dek segala pantang larang ciptaan dan rekaan adat dan budaya yang langsung tidak berasas.
Bab makan dalam pantang lepas bersalin ialah topik yang suka sangat diperbesarkan oleh orang kita. Ni dah jadi macam hidup untuk makan, dan bukan makan untuk kelangsungan hidup.
Badan kita ni tetap sama. Tak kiralah sebelum mengandung, semasa hamil dan selepas bersalin. Tidak berubah. Kita bukan makhluk asing. Tak ada transformasi yang berlaku selepas 44 hari kita berpantang lepas bersalin. Tu fakta. Tak ada kena mengena dengan ‘antibodi orang lain-lain la’ bagai. Kalau tak tahu pun apa maksud antibodi, antigen, sel darah putih, radang dan bahan kimia yang dalam sistem pertahanan tubuh, tolong jangan guna ikut suka hati, sebab nanti kalian nampak dangkal walaupun kalian kononnya nak tunjuk bijak.
KKM dah keluarkan garis panduan pinggan sihat Malaysia seperti yang saya tunjukkan dalam gambar. Kecuali lah, ada arahan tertentu oleh doktor dan pegawai dietetik, kita sepatutnya amalkan cara makan ni SEPANJANG HAYAT. Untuk 1 hidangan: 1. Suku pinggan karbohidrat 2. Suku pinggan protein 3. Separuh pinggan sayur dan buah
Tu asasnya. Senang kan? KKM bagi saranan cara makan ni bukan saja petik dari langit ya. Ni adalah berdasarkan kajian saintifik.
Makanan yang dimasak dengan kaedah rebus, kukus, singgang, sup, dan bakar memang cara yang sihat . Menumis dengan minyak yang sikit tu lebih baik dari menggoreng. Yang tu semua orang tahu. Dan ia seharusnya menjadi pilihan kita SEPANJANG HAYAT. Bukan hanya dalam pantang selepas bersalin. Tak ada makna la 44 hari saja makan beria cara macam saya sebut, habis pantang terus pergi cari mekdogol dan kepci. Tu menipu diri sendiri namanya.
Makanan yang bersantan, dalam masak lemak dan kari tu kalorinya tinggi. Jadi, kenalah kurangkan makanan macam tu. Tu pun kena amalkan SEPANJANG HAYAT.
Masa dalam pantang, tak kiralah lepas bersalin ke, lepas pembedahan ke, atau lepas patah riuk tulang ke, selalu kan kena makan masakan yang tawar. Kurang manis dan kurang masin. Tu betul. Masalahnya, orang kita makan macam tu dalam pantang saja. Habis pantang? Melantak segala tak ingat dunia. Padahal makanan kurang garam dan gula tu kena amalkan SEPANJANG HAYAT.
Karbohidrat penting sebagai sumber tenaga penting. Tak boleh diketepikan dalam diet. Mesti ada. Tak kisahlah nasi ke, mee ke, bihun ke, roti ke, pasta ke, bijirin ke. Cuma kena jaga porsi.
Protein juga sangat penting dalam diet. Bila dalam pantang, ada fahaman menghalang atau menghad pengambilan protein atas alasan nanti luka menjadi gatal, atau bernanah bagai, itu adalah SANGAT SALAH.
Frasa ikan tu bisa la, tajam la tu datang dari mana? Memang la bisa kalau makan ikan buntal. Boleh mati ya. Tajam la kalau makan ikan tak buang tulang. Tercekik wei.
Protein menjadi asas untuk 1. Pertahanan tubuh 2. Pembentukan otot, tulang, kulit dan darah 3. Penghasilan enzim, vitamin dan hormon dalam badan
Kalau setakat makan ikan kering atau ikan bilis dalam pantang, mana ada protein pun. Yang ada hanyalah garam semata-mata. Macam mana nak sembuh cepat? TAK CUKUP ZAT TU!
Ikan, ayam, daging, telur dan makanan laut tu semua boleh diambil dalam pantang. Susu tu penting untuk keperluan kalsium, kena ambil 1000mg sehari.
Kalau sebelum ni tak ada alahan pada protein tertentu, jadi lepas bersalin pun sama lah. Ingat, saya kata, badan kita tak berubah pun. Tak kiralah bersalin secara normal atau Caesarean sekali pun. SAMA SAJA. Luka jadi bernanah sebab ada jangkitan kuman dan mesti dirawat oleh doktor. Bukan dengan pantang makan yang hujungnya mudarat.
TAK WUJUD SAYUR ATAU BUAH SEJUK ATAU ANGIN. Tolonglah jangan dok perturunkan ilmu sesat tu pada setiap generasi. Pelbagaikan sayur dan buah tu. Untuk satu hari, pastikan makan 2 jenis buah dan 3 jenis sayur. Lagi banyak jenis dan warna sayur dan buah, lagi bagus.
Sayur dan buah tak boleh tak ada dalam diet sebab: 1. Sumber serat yang tinggi – maka tak adalah sembelit yang boleh menyebabkan buasir. Serat bagi rasa kenyang, maka nafsu makan dapat dikawal. Serat tu kurangkan penyerapan kolesterol dalam darah. Serat juga bekalkan kandungan tenaga yang rendah sebab ia ada gula semulajadi. 2. Sumber vitamin dan mineral tertentu bergantung pada jenis. 3. Merendahkan risiko penyakit jantung, obesiti, kencing manis dan kanser. Yang penting, jaga kuantiti. Kalau makan rambutan pun dah 1kg, memang melampau la. Apa pun yang disumbat dalam mulut tu, tolong la JANGAN BERLEBIHAN.
Gunakan rempah ratus dan herba yang ada di sekeliling kita dengan kadar yang sederhana untuk tambah perisa dalam masakan. Halia, kunyit, lengkuas, serai, halba, lada hitam bagai tu ada kandungan phytonutrien yang berguna pada badan kita. Tapi tak perlu pun sampai kena minum air rebusan bagai.
Tolong! MINUM AIR. Lebih kurang 2-3 liter sehari. Tak kisahlah air tu ada ais ke, sejuk ke, panas ke, suam ke. Yang mesti, minum air! Tak payah minum air akar kayu siap bersukat dengan sudu. American Society of Sport Medicine cakap, kalau air tu ada sedikit berperisa, dan sejuk, ia lebih sedap dan maknanya kita akan minum lebih banyak.
Dan yang paling penting, waktu berpantang ni tak ada bezanya dengan waktu lain dalam hidup kita. Hentikan petua dan mitos mengarut ni. Kenapa lah nak kompleks kan lagi hidup kita sedangkan ni hanya bab makan saja.
KALAU DAH MAKAN SECARA SIHAT SELAMA HIDUP NI, tak payah la dok kalut bila waktu berpantang. Teruskan saja apa amalan tu. Makan secara sihat tu kan RUTIN SEPANJANG HAYAT.
Saya dah berleter panjang dan membebel berjela ni. Tolong tepek status bab makan minum dalam pantang lepas bersalin ni pada mana-mana kengkawan kalian yang masih keliru. Sampaikan salam saya, katakan, meh lah keluar dari gua gelap gelita tu. Ni saya dah tunjuk jalan yang betul dah ni.
Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh manusia. Ia bertindak sebagai pelindung utama daripada sebarang gangguan luaran. Dalam usaha menjaga kesihatan kulit bayi yang masih kecil, anda perlu pandai memilih produk penjagaan dirinya. Pastikan ia selamat dan sentiasa semak kandungan bahan yang digunakan dalam produk berkenaan. Seharusnya, produk berkenaan adalah bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Sistem badan bayi yang masih kecil belum matang dan mudah sensitif. Oleh sebab itu, dia mudah terdedah kepada risiko ruam, kegatalan, iritasi, alergik dan pelbagai penyakit kulit lainnya. Pasti anda bimbang dan tidak mahu kulitnya yang masih lembut diganggu masalah kulit, bukan?
Salah satu punca hal tersebut boleh berlaku, mungkin disebabkan penggunaan produk mandian yang mengandungi bahan kimia tertentu. Sekiranya terlalu kerap terdedah kepadanya, ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan kulit si manja.
Cara memilih produk mandian si kecil ini tidak susah. Anda hanya perlu teliti dengan apa yang mahu dibeli agar kulit anak kekal lembut dan sihat. Jom tinjau informasi yang patut anda tahu.
1. Teliti label produk
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu tahu komponen dalam produk mandian sebelum menggunakannya pada anak. Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti glycol, propylene dan paraben.
Produk mandian yang terbaik untuk kulit bayi yang lembut itu seharusnya mengandungi bahan-bahan seperti minyak badam dan aloe vera. Antara bahan lain yang sesuai adalah seperti susu, madu dan minyak zaitun.
Jadi, sebelum membeli, pastikan produk mandian itu hanya mengandungi bahan formulasi ringan dan mampu menjaga pH kulit dan tidak memedihkan mata.
2. Pilih produk khusus untuk bayi
Produk mandian yang kasar boleh menyakitkan kulit bayi dan menyebabkannya kemerahan. Jadi, hindari produk yang biasa digunakan oleh orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah produk mandian bersifat lembut dan khas untuk bayi.
Untuk makluman, kulit bayi juga tidak perlu disental dengan kuat seperti kulit orang dewasa. Lapisan kulitnya yang masih nipis dan sensitif memerlukan penjagaan khusus dengan menggunakan produk mandian lembut.
3. Mesti bebas alkohol
Semak label pada produk yang mahu dibeli terlebih dahulu. Elakkan produk yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan kulit kering, gatal dan ruam. Nama lain alkohol yang terdapat pada label ialah ethanol, ethyl alcohol dan cetearyl alcohol.
4. Elakkan produk ada sabun
Cara penjagaan kulit bayi dan dewasa jauh bezanya. Kulit bayi hanya perlukan produk mandian lembut dan bebas bahan kimia berbahaya tanpa sabun dan boleh berbuih. Bahan kimia yang ada pada buih produk mandian dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan kulit bayi lebih-lebih lagi jika dia memiliki jenis kulit yang sensitif.
5. Pastikan ada formula hipoalergenik
Sekiranya bayi mengalami masalah kulit seperti kering ataupun ekzema, rawatnya dengan menggunakan rangkaian produk yang mengandungi formula hipoalergenik ketika mandi.
Formula ini jika ada di dalam produk mandian terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena alahan kulit. Oleh yang demikian, simptom penyakit kulit dapat dikurangkan daripada terkena bayi anda.
6. Mempunyai kadar pH seimbang
Kadar pH kulit bayi adalah pada purata 5.5 hingga 7. Ini bererti, kulit bayi lebih bersifat asid hingga normal. Oleh itu, pilihlah produk yang mempunyai pH paling seimbang agar sesuai dengan keadaan kulit bayi. Dengan itu, ia dapat membantu kesihatan kulit bayi.
7. Hindari produk antibakteria
Disarankan tidak menggunakan produk dengan label antibakteria untuk bayi. Bahan antibakteria tidak digunakan pada produk penjagaan kulit yang diformulasikan untuk bayi kerana berisiko menyebabkan iritasi dan kulit kering.
8. Pilih produk mandian kaya dengan lembapan
Cetaphil Baby adalah produk mandian yang mengandungi semua kriteria pemilihan produk mandian bayi yang selamat dan sesuai untuknya. 10 daripada 10 orang ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash, secara lembut membersihkan dan melembutkan kulit bayi.
Tambahan pula ia sememangnya disarankan oleh pakar pediatrik. Produk ini dipercayai ramai kerana mengandungi 1/3 bahan pelembap iaitu minyak badam dan aloe vera. Malah, ia bebas paraben, bebas sabun dan merupakan formulasi tidak memedihkan mata. pH juga seimbang dan ia merupakan formula hipoalergenik.
Jika semua tip sudah diikuti tetapi masih ragu-ragu, anda boleh menguji produk baharu itu ke atas anak. Hal ini bertujuan menghindari risiko reaksi alergi. Caranya, sapu sedikit produk ke bahagian pergelangan tangan atau lengan anak. Jika timbul kemerahan atau iritasi, itu bermakna produk tidak sesuai dengannya. Selain iritasi atau kemerahan, ada juga bayi yang mengalami ruam, kulit kering dan pecah selepas penggunaan produk tertentu.
Pada tahap bayi mula mengembangkan perasaan ingin tahu, dia suka meniru mimik muka. Masa kini memang ramai ibu bapa yang gemar merakam gambar aksi-aksi bayi sebegini. Hah! Cetaphil Malaysia membuka peluang kepada anda untuk memenangi Hadiah Utama 3x baby car seat yang bernilai RM1000 manakala Hadiah Saguhati pula berupa 10x hamper Cetaphil Baby bernilai RM250.
Peraduan ini bermula sejak 17 September hingga 14 Oktober ini. Anda boleh menyertai Peraduan My Little Mimic ini dengan hanya menghantar gambar bayi meniru ekpresi wajah dan aksi ibu dan bapa yang menarik. Setiap foto perlu dirakam bersama dengan mana-mana rangkaian produk Cetaphil Baby.
Penyertaan perlu dihantar sebagai komen pada pos yang dipin dalam laman Facebook Cetaphil Malaysia. Post berkenaan boleh dicari di http://bdj.bz/mylittlemimic
Jangan lupa untuk sertakan kapsyen gambar tentang pengalaman anda bagaimana produk Cetaphil Baby menjadikan masa mandi anak itu menggembirakannya. Letakkan juga tanda pagar #MyLittleMimic dan CetaphilMY.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahaya Untuk Anak! Tujuh Kawasan Di Semenajung Alami Cuaca Panas Dalam Tempoh Tiga Hari bukan sekadar tajuk sensasi. Ia adalah realiti yang sedang berlaku dan ibu ayah tak boleh ambil ringan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.
Bulan puasa ni memang bulan yang kita tunggu-tunggu. Suasana dia lain macam tenang, penuh sabar, penuh pahala. Tapi dalam kita sibuk kejar ibadah, ada satu benda yang ibu ayah tak boleh ambil ringan… cuaca panas yang makin mencabar.
Sebagaimana laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) telah dikeluarkan melibatkan tujuh kawasan di Semenanjung.
Antara yang terlibat ialah negeri Perlis serta enam daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu. Suhu maksimum harian dijangka mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Nampak macam biasa “alah, panas je pun” tapi hakikatnya suhu konsisten melebihi 35°C boleh beri risiko kepada kesihatan, terutama kanak-kanak, warga emas dan individu yang banyak buat aktiviti luar.
Bila Bahaya Untuk Anak! Tujuh Kawasan Di Semenajung Alami Cuaca Panas Dalam Tempoh Tiga Hari jadi realiti, ibu ayah memang kena lebih berjaga-jaga.
Bila cuaca terlalu panas, badan anak mudah alami:
Kanak-kanak cepat hilang cecair sebab:
Anak kecil pula tak pandai nak explain mereka pening atau loya. Tiba-tiba je nampak lesu, meragam, atau muntah.
Anak-anak yang berpuasa mungkin nampak kuat di rumah, tapi bila masuk waktu sekolah — tambah pula ada aktiviti luar seperti kokurikulum — badan mereka sebenarnya bekerja dua kali ganda.
Aktiviti kokurikulum macam latihan sukan, perbarisan, kawad kaki, bola sepak, olahraga atau latihan rumah sukan biasanya dibuat di kawasan terbuka. Tengah hari pula tu. Dalam keadaan tak minum berjam-jam, badan anak lebih cepat hilang cecair melalui peluh. Risiko pening, pitam dan heat exhaustion memang ada.
Dalam situasi Bahaya Untuk Anak! Tujuh Kawasan Di Semenajung Alami Cuaca Panas Dalam Tempoh Tiga Hari, ibu ayah kena lebih bijak urus pengambilan air anak.
Jangan bagi anak minum sekaligus masa berbuka. Bahagikan macam ni:
Tak semestinya gelas besar. Yang penting cukup jumlah.
Selain air kosong, boleh tambah:
Elakkan teh atau kopi untuk anak sebab kafein boleh buat badan lebih cepat hilang air.
Nasi lemak sambal pedas masa sahur memang sedap… tapi sodium tinggi buat anak cepat haus siang hari.
Fokus pada:
Protein bantu rasa kenyang lebih lama.
Kalau boleh, elakkan aktiviti luar antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Badan anak lebih cepat kehilangan cecair waktu ni.
Kalau ada latihan sukan sekolah, pastikan anak cukup minum malam sebelumnya.
Ibu ayah kena alert kalau anak:
Kalau anak nampak terlalu lemah atau muntah, jangan paksa teruskan puasa. Kesihatan lebih utama.
Ajar anak bahawa puasa bukan sekadar tahan lapar. Ia tentang jaga badan juga.
Kalau anak bawah 7–9 tahun, boleh buat puasa separuh hari dulu. Jangan terlalu keras.
Bahaya Untuk Anak! Tujuh Kawasan Di Semenajung Alami Cuaca Panas Dalam Tempoh Tiga Hari bukan cerita biasa. Cuaca panas + puasa memang kombinasi yang mencabar untuk badan kecil.
Anak mungkin tak pandai mengadu. Kadang dia cuma diam, baring, tak aktif macam biasa. Itu pun dah tanda badan dia perlukan perhatian.
Puasa memang ibadah, tapi Islam tak pernah ajar kita sampai memudaratkan diri.
Bulan Ramadan ni, kita bukan sekadar ajar anak tahan lapar. Kita ajar mereka disiplin, kesederhanaan dan cara menjaga kesihatan dengan bijak — terutama bila berdepan cuaca panas yang berisiko.
Sebagai ibu ayah, kepekaan kita hari ini mungkin jadi penyelamat kepada kesihatan anak esok hari.
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?