Sembelit adalah keadaan di mana seorang bayi atau kanak-kanak menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis.
Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Jadi ibu kena pantau dan tengok apa keadaan ini, lagi-lagi apabila anak dah mula makan dan mungkin menjadi salah satu faktor. Disebabkan masalah ini ibu risau apa perlu dilakukan.
Selain bagi minum air putih, buah-buahan juga membantu. Tapi kena tengok juga jenis buah yang sesuai.
Menerusi perkongsian dari Puan Syaza Yasmin dia berkongsikan pengalamannya menghadapi anak sembelit dengan memberi buah pear dan naga serta memasak sup singo pear untuk penghadaman yang baik.
Disebabkan Maryam dah mula sembelit, mama memang usaha untuk bagi Maryam membuang.
Ads
Buah pear ✅ Buah naga ✅
Maryam juga kurang minum air. Minum susu pun main-main. Bila dah bagi buah pear dan buah naga, Maryam membuang sikit sangat malam tadi. Tu pun selepas mama buat urutan ILY dan senaman basikal.
Mama stop bagi nasi, sebab sebelum ni Maryam ada sejarah sembelit disebabkan beras putih.
So mama pun cari inisiatif lain. Baru teringat haritu mama ada beli singo pear kat Aeon.
Ads
Mama buat sup singo pear harini. Singo pear ni elok untuk sembelit. Dan ada yang kata sup singo pear ni elok juga untuk mengurangkan kahak dan selesema.
SUP SINGO PEAR
Ads
Bahan-bahan: – Singo pear – Bawang – Isi ayam – 4 beradik – Cbs – Baby corn dan celery (optional) – Minyak masak (untuk menumis) – Serbuk ikan bilis homemade
Rasanya sedap. Singo pear tu rasanya macam pear yang lain. Manis-manis. Tapi bila dah buat sup, sup tu rasa macam sup ayam ja sebab dah letak sup ayam kan.
Setiap ibu pastinya menjadi cukup teruja dan gembira bila anak sudah memasuki usia 6 bulan. Mana tidaknya, mempersiapkan anak dengan makanan pejal dan proses untuk memperkenalkan bayi dengan deretan makanan adalah satu momen yang cukup indah.
Ditambah rasa berdebar dengan penerimaan bayi menjadikan ibu cukup bimbang. Begitulah proses perkembangan bayi kita. Namun semua ini tidaklah menjadi sesukar mana bila ibu berusaha untuk mencari semua ilmu berkaitan pemakanan ini, demi bayi tercinta.
Bagi mencari apa yang sesuai dan terbaik buat bayi anda, Puan Rose Hanizan Mat Hassan, Pakar Pemakanan daripada KPJ Perdana, Kota Bharu menyediakan nota lengkap untuk ibu jadikan panduan.
Menurutnya, selepas bayi berusia enam bulan, susu badan sahaja tidak memberikan nutrien yang cukup kepada bayi terutamanya zat besi, dan yang lain – lain dimana kita perlu memberikan makanan lain selain daripada susu badan.
Pemberian makanan pejal tidak sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah kerana risau akan tumbesaran usus belum matang serta mempercepatkan risiko obese apabila dia besar nanti.
Makanan pejal juga bagus diperkenalkan selepas usia 6 bulan bagi mengurangkan risiko alahan kepada makanan terutamanya bagi keluarga yang mempunyai sejarah teruk kepada alahan makanan.
Sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, seeloknya anda perlu berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda.
Bagaimana anda tahu bayi anda telah bersedia untuk makanan pejal?
1. Bayi boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi.
Ini adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil sekiranya dia mahu mengambil makanan dan disuap dengan sudu.
2. Melakukan pergerakan mengunyah.
Bayi boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dengan efisien, dimana bila anda perhati bahawa air liur sudah kurang meleleh.
3. Bayi anda kelihatan seperti minat dengan makanan yang anda makan.
Bayi mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut.
Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu sudah tentu tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel anda malah ada ibu yang tidak sabar. Ada beberapa perkara yang perlu di beri perhatian agar makanan si kecil kita sihat dan berkhasiat.
• Sebaik – baiknya makanan pertama si kecil kita di masak sendiri menggunakan bahan – bahan segar dan tiada bahan pengawet.
• Sayur – sayuran perlulah di rendam sebaik yang mungkin manakala buah – buahan seharusnya di cuci serta dikupas dengan elok bagi menjaga sistem pencernaan bayi dan memastikan selamat untuk bayi kita.
Tip Perlu Tahu
Pada usia enam bulan bayi hanya disarankan makanan dalam bentuk puri, separa pejal , bubur atau makanan di kisar. Makanan pertama bayi kita digalakkan yang kurang sensitif kepada bayi serta perut nya.
Dari segi rasa juga tidak digalakkan meletakkan penambah perisa yang boleh mendorong bayi menjadi suka kepada benda yang tidak bernutrisi. Rasa makanan yang semulajadi atau rasa asli lebih baik untuk bayi.
Bijirin beras adalah makanan pertama yang sesuai kepada bayi, ibu juga boleh mencampurkan sedikit sayur – sayuran yang dilecek atau di puri kan.
Bagi makanan dalam bentuk puri, buah – buahan perlu di kukus atau direbus terlebih dahulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan tersebut.
Sekiranya anda merebus sayuran ubi – ubian seperti kentang, brokoli, lobak merah, sebaik – baiknya gunakan air rebusan tersebut untuk mengisar makanan kerana ia mengandungi nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi untuk keperluan bayi.
Selepas di kisar pastikan tekstur makanan tersebut tidak terlalu pekat, sebaik – baik nya sedikit cair supaya ia serasi dan lebih kurang dengan tekstur susu ibu sahaja.
Bila bayi kita sudah terbiasa lama kelamaan kita boleh memekatkan tekstur tersebut sedikit pekat secara berperingkat dan sedikit pejal seterusnya seperti makanan orang dewasa. Kepekatan makanan bayi akan membantu bayi berlatih menyunyah (dengan gusinya) dan menelan makanan.
Semasa penyediaan makanan kepada bayi, ibu juga boleh menambah perasa asli seperti bawang dan sedikit garam mengikut kepada tahap bayi. Minyak zaitun juga elok diperkenalkan kepada bayi kerana mengandungi banyak khasiat.
Selera bayi kita akan berubah – ubah, masa untuk berikan makanan tidak perlu banyak berubah dari sehari ke sehari, jenis makanan juga perlulah pelbagai dan bukan benda yang sama.
Ibu juga haruslah bijak memerhatikan tanda – tanda bayi sudah kenyang. Biasanya seorang bayi yang sudah kenyang adalah seperti bayi tidak mahu membuka mulutnya untuk terus disuap atau berpaling muka, atau mula bermain dengan makanannya.
Selepas bayi anda lebih berpengalaman, anda boleh menambahkan kepekatan makanan yang diberi serta ketulan – ketulan lembut dan makanan lecek.
Bila bayi sudah membesar mereka sudah bersedia untuk mengambil makanan jenis jejari dengan saiz potongan, cukup untuk sekali suap.
Beberapa makanan jejari yang sesuai dikisar dengan gusi dan mudah dicerna adalah seperti roti, pisang, ubi keledek yang dimasak lembut, bijirin beras rapuh atau beras paf (rice puff), dan masakan pasta beranika potongan.
Peringatan penting buat ibu, elakkan meninggalkan bayi seorang diri ketika makan kerana bimbang dengan risiko tercekik dan sebagainya.
Elakkan Tiga Perkara Ini
* Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda sekiranya dia tidak mahu (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Bayi mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika kita terus memaksa, ini akan membuat kan bayi tidak mahu mencuba makanan lain.
* Elakkan makanan yang terlalu manis, terlalu masin, makanan berlemak, makanan pedas serta terlalu berempah. Ini akan menyebabkan kerengsaan kepada perut bayi seperti kembung atau cirit.
* Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Seeloknya gunakan pelukan, ciuman dan berikan perhatian sepenuhnya kepada bayi kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita mula buntu bila anak yang batuk berterusan semakin kurang selera untuk makan. Apa makanan sesuai untuk anak? Sebaiknya elakkan makanan yang terlampau manis kerana akan tambah memburukkan lagi kesihatan anak kita.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, disaat anak berdepan masalah kesihatan berpanjangan ini, pilihlah makanan yang bersifat antiradang dan mempunyai unsur penyembuhan. Sangat membantu anak!
Jadi makanan apa yang baik untuk anak kita? Ikuti perkongsian beliau.
7 makanan untuk batuk dan selsema.
Banyakkan makanan macam ni, bila anak batuk selsema. Semua makanan ni, ada unsur penyembuhan. Bersifat antiradang.
Anak batuk selesema, radang dalam diorang tinggi. Jadi kita banyakkan makanan yang boleh kurangkan radang dalam badan anak.
Boleh masuk dalam masakan, boleh jugak bagi anak makan begitu saja mana-mana yang sesuai.
1. Halia -Halia sebaiknya cari selain dari China. 2. Bawang putih -Bawang putih pun sama, selain China. 3. Madu -pilih yang asli tanpa campuran 4. Kunyit -Kunyit antibakteria antiviral. 5. Lemon -Lemon pun bagus. 6. Nenas -Empulur nenas jangan buang, khasiat tinggi kat situ. 7. Delima -Delima bagus untuk batuk.
Halia, bawang putih, kunyit, boleh masuk dalam makanan anak.
Madu, lemon, nenas dan delima, boleh makan begitu saja.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan manis memang menjadi kegemaran anak-anak. Kadang-kadang waktu pagi pun anak-anak dah minta buatkan air coklat kegemaranya.
Namun tahukah anda, gula yang tinggi boleh memberi pelbagai masalah kepada tubuh badan anak? Ikuti perkongsian Dr Mazliana bagaimana gula boleh merosakkan otak anak.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak. Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut. Roti. Aiskrim. Jus buah. Jem. Bar coklat. Cereal. Keropok. Pes pasta. Sos. Kicap. Sos tiram. Pes masakan.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah.
Kredit: Dr Mazliana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.