Ads

“Dekat Rumah Tak Nak Makan, Masuk Hospital Licin Hirup Sup!” Ibu Cari Resipi Sup Hospital, Rupanya Ini Rahsia Sedapnya

Bila anak baru mula makan pada usia 6 bulan, memang ada ibu ayah yang pening kepala apabila si kecil tiba-tiba menolak makanan. Dah cuba macam-macam menu, tetap dikemam atau diluah semula. Tetapi lain pula kisah seorang ibu ini apabila anaknya yang sebelum ini susah makan tiba-tiba berselera menghirup sup baby hospital ketika dimasukkan ke hospital.

Tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik sup tersebut, si ibu kemudian meminta bantuan warga maya untuk mengetahui resipinya.

“Sesiapa yang pernah kerja buat makanan hospital, please… Ini sup untuk baby 6 hingga 12 bulan. Saya nak tahu ini sup apa ya? Anak saya tak nak makan sejak baru masuk 6 bulan. Masuk hospital, elok pula dia hirup sup ni.”

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, malah ada yang pernah bekerja di hospital dan mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari turut berkongsi cara menyediakan sup yang hampir sama.

“Dekat Rumah Tak Nak Makan, Masuk Hospital Licin Hirup Sup!” Ibu Cari Resipi Sup Hospital, Rupanya Ini Rahsia Sedapnya

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Sup Baby Hospital Rupanya Ringkas, Tapi Rasa Manis Semula Jadi

Menurut perkongsian daripada akaun azyytzhrh_, jika di Hospital Cyberjaya, sup kosong untuk bayi disediakan menggunakan bahan yang cukup mudah.

Katanya, isi ayam direbus bersama lobak merah, celery, bawang, halia dan sup bunjut, kemudian kuah tersebut ditapis sebelum diberikan kepada bayi. Ada juga sesetengah tukang masak yang menambah sedikit serbuk rempah sup.

Menariknya, walaupun nampak seperti sup kosong biasa, gabungan bahan-bahan ini sebenarnya mampu menghasilkan rasa yang cukup sedap secara semula jadi. Inilah antara perkara yang membuatkan sup baby hospital kelihatan ringkas tetapi tetap mempunyai rasa daripada bahan yang direbus bersama.

“Dekat Rumah Tak Nak Makan, Masuk Hospital Licin Hirup Sup!” Ibu Cari Resipi Sup Hospital, Rupanya Ini Rahsia Sedapnya

Chicken Broth + Mirepoix, Tak Perlu Garam Atau Gula

Ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman memasak dan menjelaskan bahawa rasa sup tersebut mungkin terhasil daripada gabungan chicken broth dan mirepoix.

Ads

Mirepoix merupakan gabungan sayuran seperti lobak merah, bawang dan celery yang digunakan untuk memberikan aroma serta rasa semula jadi kepada sup atau stok.

Menurut perkongsian tersebut, bahan tidak semestinya perlu ditumis. Ayam dan sayuran boleh direbus sehingga kuah mencapai kepekatan serta rasa yang diinginkan.

Paling penting, untuk bayi, sup seperti ini sebenarnya sudah mempunyai rasa manis dan gurih daripada ayam serta sayuran.

“Dekat Rumah Tak Nak Makan, Masuk Hospital Licin Hirup Sup!” Ibu Cari Resipi Sup Hospital, Rupanya Ini Rahsia Sedapnya

Tak perlu tambah garam atau gula.

Boleh Cuba Resipi Sup Baby Hospital Ini

Antara bahan yang dikongsikan ialah:

  • Isi ayam
  • Lobak merah
  • Celery
  • Bawang Holland
  • Sedikit halia
  • Air secukupnya

Caranya juga cukup mudah. Masukkan ayam bersama air dan rebus sehingga ayam benar-benar lembut dan pati ayam mula keluar. Kemudian masukkan lobak merah, celery, bawang Holland dan sedikit halia.

Biarkan semuanya mereneh dengan api perlahan supaya rasa daripada ayam dan sayuran keluar ke dalam kuah. Kaedah ringkas ini membantu menghasilkan sup baby hospital yang mempunyai rasa daripada pati ayam dan sayuran tanpa perlu bergantung kepada banyak bahan tambahan.

Ads

Selepas kuah cukup berperisa, tapis sup sebelum diberikan kepada bayi. Untuk bayi yang baru belajar makan, tekstur makanan juga perlu disesuaikan mengikut tahap kebolehan mereka makan.

“Celery Tu Dah Macam Pengganti Garam”

Seorang lagi individu berkongsi bahawa celery antara bahan yang membantu menghasilkan rasa lebih sedap dalam sup.

“Celery tu dah pengganti garam. Tu yang sedap.”

Ada juga yang pernah belajar dalam bidang kulinari menjelaskan bahawa cara tersebut hampir sama seperti menghasilkan stok ayam.

Ayam direbus lama sehingga benar-benar lembut dan pati daripada ayam keluar ke dalam air. Kemudian barulah ditambah celery, bawang Holland, halia dan lobak merah.

Walaupun hanya menggunakan bahan asas, proses merebus dalam tempoh yang mencukupi boleh menghasilkan kuah yang lebih pekat dan mempunyai rasa semula jadi. Sebab itu, rahsia sup baby hospital mungkin bukan terletak pada penggunaan terlalu banyak bahan, sebaliknya pada kombinasi bahan dan cara penyediaannya.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Ads

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Ibu Lain Pun Perasan Makanan Baby Hospital Sedap

“Dekat Rumah Tak Nak Makan, Masuk Hospital Licin Hirup Sup!” Ibu Cari Resipi Sup Hospital, Rupanya Ini Rahsia Sedapnya “Dekat Rumah Tak Nak Makan, Masuk Hospital Licin Hirup Sup!” Ibu Cari Resipi Sup Hospital, Rupanya Ini Rahsia Sedapnya

Rupanya bukan seorang sahaja yang melalui pengalaman sama.

Seorang ibu turut berkongsi bahawa ketika anaknya dimasukkan ke hospital, makanan bayi yang diberikan memang sangat sedap dan mempunyai tekstur yang cukup halus.

“Hari tu anak saya warded, makanan baby sangat sedap betul. Dia punya puri tu betul-betul puri, tak ada ketul-ketul langsung. Anak pun lalu je makan.”

Perkongsian tersebut menunjukkan bahawa selain rasa, tekstur makanan juga mungkin memainkan peranan besar dalam membuatkan bayi lebih mudah menerima makanan, terutama ketika baru melalui fasa pengenalan makanan pejal.

Kadang-kadang bukan bayi tidak suka makan, tetapi mereka masih belajar menerima rasa dan tekstur baharu.

Buat ibu ayah yang sedang melalui fasa anak susah makan, mungkin boleh cuba sup ayam ringkas berasaskan stok ayam dan sayuran ini. Tak perlu terlalu banyak bahan, perasa tambahan ataupun garam dan gula. Kadang-kadang, rasa asli daripada ayam dan sayuran itulah yang paling membuka selera si kecil.

Jika mahu mencuba sendiri sup baby hospital di rumah, pastikan penyediaannya tetap mengambil kira usia, tahap perkembangan dan keupayaan bayi menerima tekstur makanan.

Nota: Untuk bayi yang baru memulakan makanan pejal, pastikan bahan, tekstur dan saiz hidangan bersesuaian dengan usia serta perkembangan bayi. Jika anak mempunyai alahan, masalah menelan atau isu pemakanan tertentu, dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan.

“Dekat Rumah Tak Nak Makan, Masuk Hospital Licin Hirup Sup!” Ibu Cari Resipi Sup Hospital, Rupanya Ini Rahsia Sedapnya

Jom sertai Edutainment Fest 2026! 🎈 Festival kanak-kanak yang menggabungkan pembelajaran 📚 dan keseronokan 🎨 sambil memberi pendedahan tentang kepentingan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak 🌟 📅 Tarikh: 5–6 September 2026 ⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam 📍 Lokasi: Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur Lebih menarik, 500 peserta terawal yang mendaftar akan menerima: 💰 Akaun Simpan SSPN bernilai RM30 🎁 Goodies istimewa 📜 Sijil penyertaan Daftar sekarang dan bawa anak-anak menikmati pengalaman belajar yang menyeronokkan! 👇 https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/

Sumber: kupukupu.2508

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

11 Makanan Untuk Otak, Ikuti Nasihat Doktor Ini Bantu Rangsang Minda...

11 makanan untuk otak anak yang mudah didapati di dapur. Daripada telur, ikan hingga pisang, ini pilihan yang boleh dipelbagaikan dalam menu anak.