Suspek kes dera fizikal dan seksual bayi berumur 11 bulan mendedahkan yang dia telah h memandikan mangsa pada hari kejadian.
Dalam kes tular ini, mangsa adik Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di sebuah hospital di Serdang.
MANGSA TELAH DIMANDIKAN OLEH SUSPEK
Suspek yang berusia 36 tahun dalam kes yang membabitkan kes bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut akibat didera secara seksual didapati telah membuat pendedahan yang dia memandikan mangsa pada pagi hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pendedahan berkenaan dibuat suspek yang juga suami kepada pengasuh bayi itu kepada pihak polis.
“Sebelum ini, suspek tidak mengaku dia uruskan bayi ini, namun perkembangan hari ini dia mula dedahkan telah mandikan dan salin pakaian bayi tersebut. Setakat itu sahaja, suspek tidak nyatakan dia telah buat perkara tidak elok kepada mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Ads
SIASATAN LANJUT KEPADA AHLI KELUARGA MANGSA & MAJIKAN SUSPEK SEDANG DIJALANKAN
Selain itu, Ahmad Dzaffir juga turut mengesahkan yang pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dari semua sudut termasuk memanggil anggota keluarga mangsa dan majikan suspek berkenaan untuk membantu siasatan.
SUSPEK POSITIF DADAH METHAPHETAMINE
Hasil siasatan juga mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada suspek mengalami masalah mental atau pun tidak.
Ads
“Beberapa individu lagi akan turut dipanggil dan kita juga akan menyiasat sama ada suspek yang positif Methaphetamine mempunyai masalah mental atau tidak.
“Tempoh reman pengasuh bayi yang berakhir hari ini dan reman suspek berakhir esok akan disambung selain kes akan ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini yang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, bayi perempuan berkenaan Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di sebuah hospital di Serdang.
Ads
Hasil bedah siasat Jabatan Patologi mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di kepala hingga tempurung bayi pecah.
Pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa dan dubur mangsa juga mengalami koyakan.
Dalam keadaan negara yang masih lagi berjaga-jaga untuk menghalang wabak COVID-19 ini daripada terus menular, apabila mendapat tahu angka positif wabak ini meningkat, pastinya ramai yang cukup risau. Tambah lagi kes kematian juga meningkat setiap hari.
Bukannya apa, wabak ini masih belum ada ubatnya dan hanya rawatan awal dan sistem imunisasi badan yang kuat akan mampu melawan serta dengan izin Allah untuk sembuh.
Hidap Leukemia
Bagaimanapun, apa yang menyedihkan melalui perkongsian dalam Facebook Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang menghidap kanser darah (Leukemia) turut telah disahkan positif COVID-19.
Ujian darah sahkan positif Covid-19
Dalam perkongsian tersebut, adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee sememangnya akan menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti COVID-19.
Justeru itu, pihak Pesona memohon orang ramai dapat mendoakan kesihatan adik Fateh agar terus kuat berjuang melawan penyakitnya serta dapat teruskan perjuangan walaupun diuji dengan dua ujian sekaligus.
Sembuhkan anak syurga ini Ya Allah
Setelah kisah adik Fateh ini dikongsikan, semua mendoakan agar anak kecil ini terus diberi kekuatan melawan penyakit dan diberi kesembuhan yang baik.
Moga Allah permudahkan urusan adik Fateh ini dan dapat membesar seperti kanak-kanak yang sebaya. Perjalanannya masih jauh lagi.
Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental menikam mati adiknya yang berusia sembilan tahun dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Kinapulidan di sini pada Khamis lalu.
Suspek berusia 19 tahun menikam adiknya menggunakan pisau pada jam 5.40 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira enam jam kemudian di Hospital Ranau.
Ketua Polis Daerah Ranau, Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.27 pagi hari yang sama.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan kanak-kanak lelaki yang telah ditikam oleh abangnya sendiri di bahagian perut semasa berada di ruang tamu rumah mereka.
“Suspek menikam dengan menggunakan sebilah pisau dan mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan oleh jirannya sejurus selepas kejadian.
“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi semasa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,”
Simiun berkata, suspek berjaya ditangkap pada hari yang sama di sekitar lokasi kejadian.
“Pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental.
Semakin membesar anak akan menunjukkan personaliti masing-masing. Anak perempuan selalunya akan dipengaruhi kuat oleh ibu atau orang yang paling rapat. Seperti Aishah, sudah mula minat barang kemas yang diperbuat daripada emas. Like mother, like daughter.
Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu selebriti Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan menginjak ke usia 5 tahun 1 November dikatakan tidak hairan untuk membeli mainan apabila di bawa ke kedai permainan. Tapi bila dibawa ke kedai barang kemas, barang kemas yang dimintanya.
“Bawak dia p toys r us , tk heqan pun nk bli apa.. dia ikut kami p @habibjewelsofficial , dia qeyau nak qantai .. mati la nak?♀️?♀️ tak boleh keqap2 bawak dia p @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada .
“Btw Kesukaan budak2 bkn kita yg mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yg dia nmpak depan mata .. kalau dh celik mata nmpak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bau , mmg tu yg dia mau !
“So pls tk payah nk dok komen mcm2.. org lain cara pun lain.. jgn ingat org lain pun mcm kita.. cara masing2 berbeza ? .
Para follower aktres ini memberikan komen yang menyokong minat Aisyah. Rata-rata mengatakan emas adalah baik untuk pelaburan masa depan. Ramai juga yang mengakui minat kepada barang kemas oleh kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu dan orang di sekeliling.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.