Macam mana nak tahu perahan susu badan dah expired atau masih boleh diberikan kepada bayi? Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah tamat. Penting untuk mommies tahu!
Perahan susu badan boleh tamat tempoh?
Tiada apa yang lebih menyedihkan para ibu apabila mengetahui susu badan yang dipam sudah tidak boleh digunakan lagi.
Sesungguhnya susu ibu sangat bernilai dan sudah tentu tidak ada mommies yang sanggup membuang susu tersebut dengan sewenang-wenangnya.
Walau bagaimanapun, tidak seperti susu lembu, perahan susu badan boleh rosak jika dibiarkan di tempat terbuka atau berada di dalam peti sejuk melebihi tempoh yang seharusnya.
Tetapi bagaimana untuk tahu perahan susu badan telah pun rosak dan tidak boleh diberikan kepada si manja?
5 tanda tempoh hayat susu ibu telah tamat
Mesti runsing para ibu sekalian untuk menentukan sama ada susu yang sudah tersedia dipam itu masih boleh digunakan lagi atau tidak, kan?
Berikut dikongsikan 5 tanda menunjukkan tempoh hayat susu ibu telah pun terjejas. Moga ia membantu mommies di luar sana.
Bau kurang menyenangkan
Dikatakan jika susu ibu telah basi, ia akan mempunyai bau yang sama seperti keadaan susu lembu yang rosak.
Jika anda menghidu bau yang kurang menyenangkan, busuk atau masam, ia mungkin petanda perahan susu badan itu telah pun basi.
Pun begitu, ada sebilangan ibu yang melaporkan susu yang diperah berbau seperti bau logam atau sabun.
Ads
Menurut pakar, bau tersebut disebabkan oleh tahap enzim lipase yang lebih tinggi dihasilkan oleh sesetengah ibu.
Susu tidak bercampur
Biasanya, susu ibu yang dipam dan disimpan akan dilihat terasing menjadi lapisan berlemak dan tidak berlemak.
Walau bagaimanapun, jika tempoh hayat susu ibu masih baik, kedua-dua lapisan itu akan bercampur dan bersatu apabila digoncang dengan lembut.
Tetapi sekiranya selepas goncangan lembut dilakukan lapisan susu tersebut tidak bergabung atau terdapat ketulan susu, ia menunjukkan susu itu tidak lagi sesuai untuk diberikan kepada si manja.
Rasa sayangkan kalau nak buang? Tetapi itulah tindakan sewajarnya atau akan menimbulkan masalah kesihatan pada si manja jika anda berkeras memberikannya kepada bayi.
Disimpan dalam peti sejuk melebihi 3 hari
Perahan susu badan yang disimpan dalam peti sejuk biasanya masih elok untuk digunakan antara tempoh 3 hingga 5 hari.
Namun, ia bergantung kepada suhu dan lokasi susu diletakkan di dalam peti sejuk.
Ads
Untuk mendapatkan tempoh hayat susu ibu yang lebih lama, ia perlu diletakkan berhampiran tempat keluar suhu.
Ini kerana ia memberikan suhu paling tinggi dan bukannya di pintu peti ais, di mana perubahan suhu naik turun berlaku dengan kerap, sekali gus menjejaskan kondisi susu.
Tidak ditutup dengan betul
Apa sahaja makanan yang tidak ditutup dengan betul atau bekas plastik terkoyak, ia pasti merosakkan makanan tersebut, kan?
Sama jugalah kesnya dengan perahan susu. Jika ia tidak disimpan dalam bekas dengan betul atau penutupnya tidak rapat, risiko untuk susu basi adalah tinggi.
Terdapat pelbagai cara menyimpan susu ibu yang boleh dilakukan. Sama ada menggunakan bekas plastik keras atau dalam beg yang direka khas untuk susu ibu.
Elakkan daripada menyimpan susu ibu dalam bekas terbuka!
Rasa yang masam
Sudah tentu, ini cara untuk mengetahui sama ada perahan susu badan masih dalam keadaan elok atau basi dengan merasainya sendiri.
Ads
Selalunya, susu ibu yang basi akan terasa masam dan tidak enak. Jadi pastinya pilihan terbaik adalah untuk tidak memberikan susu badan tersebut kepada si manja, okay?
Panduan penyimpanan perahan susu badan
Terdapat 2 fasa berkaitan perahan susu badan:
-Segar -Digunakan semula
Segar bermakna susu tersebut terus diberikan kepada bayi sebaik sahaja dipam. Di mana ia penuh dengan nutrien dan sistem pertahanan badan khas daripada susu ibu.
Manakala istilah ‘digunakan semula’ telah melepasi masa idealnya iaitu sejurus diperah daripada payudara, namun masih baik untuk diberikan kepada bayi.
Ia perlu disimpan dengan betul sama ada di dalam peti ais atau peti sejuk beku agar tidak menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh mengancam tahap kesihatan si manja anda.
Susu ibu yang disejuk beku ini masih mempunyai nutrien yang baik untuk bayi cuma sesetengah manfaatnya mungkin sudah tidak lagi sebaik waktu ia masih segar.
Tempoh hayat susu ibu:
Pada suhu bilik – 4 jam (ideal) hingga 6 jam (masih boleh diberikan pada bayi)
Peti ais – 72 jam (ideal) hingga 6 hari (bergantung pada keadaan susu)
Peti sejuk beku – 3 hingga 6 bulan
Deep freezer – 6 hingga 12 bulan
Ibu harus merasainya dahulu
Sebaiknya, anda disyorkan untuk merasai terlebih dahulu perahan susu badan sebelum diberikan kepada anak.
Sekurang-kurangnya anda boleh memastikan dahulu tempoh hayat susu ibu tersebut masih baik atau sudahpun basi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comel dan manis sekali anak perempuan Puteri Sarah, lebat rambutnya. Sumayyah ialah nama pilihan buat puteri ini, ringkas tapi penuh makna.
Aktres, Puteri Sarah Liyana baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya, Sumayyah Shamsul Yusof pada 16 Mac yang lalu.
Sumayyah ialah cahaya mata kedua Sarah dan suaminya pengarah filem terkenal, Shamsul Datuk Yusof. Para peminat memuji kecantikan yang diwarisi Sumayyah daripada ibu ayahnya.
puterisarahliyana My name is Sumayyah binti Mohd Shamsul. I am 8 days old ❤️
Melalui ruangan komen, Puteri Sarah membalas komen peminat dan memaklumkan Sumayyah tidak mengalami jaundis. Sumayyah nampak kuning disebabkan oleh sinaran lampu yang bercahaya kuning.
PEMINAT KATA WAJAH SUMAYYAH SEPERTI ABANG & DADDY
Para peminat teruja dengan kecomelan Sumayyah. Ada yang mengatakan ia seperti wajah abangnya, Shaikhul Islam dan daddynya, Shamsul Yusof.
LEBATNYA RAMBUT!
Masing-masing geram dengan kelebatan rambut Sumayyah, menampakkan kecomelan si kecil ini.
NAMA RINGKAS PENUH MAKNA
Para peminat juga memuji pilihan nama bayi kedua Puteri Sarah & Shamsul Yusof ini. Ringkas tapi mempunyai erti yang baik & penuh makna. Sumayyah ialah nama srikandi Islam yang hebat.
Sejak dua menjak ni anak asyik batuk je, bukan anak sahaja yang batuk boleh dikatakan satu keluarga alami penyakit batuk-batuk. Kalau anak yang masih kecil mesti mama papa risau nak beri ubat batuk di pasaran kan?
Kalau nak buat sendiri pun boleh, jom ikuti perkongsian dari doktor ini. Selamat mencuba!
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
Tanggal 17 Ogos 2020 sudah semestinya menjadi detik paling indah buat Dayah Bakar dan suaminya, Muhammad Hanif Hamidi. Mana tidaknya, putera sulung mereka yang dinantikan sekian lama kini hadir menyinari hidup kedua-dua sambil melengkapi kehidupan berumah tangga mereka.
Selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubatan di Damansara Setia, Petaling Jaya, pada hari ketujuh kelahirannya, Dayah tampil mengumumkan nama si comel mereka.
Waktu yang terbaik untuk memberikan nama bayi adalah hari kelahirannya. Manakala pengisytiharan nama tersebut boleh dilakukan pada hari ketujuh daripada kelahirannya. Begitu kata Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, seperti yang dikongsikan menerusi instagram Dayah.
Achbar Muhammad Fahri Bin Muhammad Hanif, begitu nama indah yang diberikan pasangan sejoli ini. Dayah berkongsi nama ini diinstagram miliknya disekalikan dengan maksud nama yang membawa maksud Achbar (dihormati), Muhammad (yang terpuji) serta Fahri (kebanggaanku). Cukup indah di dengar.
Malah kata Dayah, nama Achbar juga merupakan nama pilihan suaminya. Sementara Fahri pula merupakan pilihan nama hatinya sendiri. Gabungan nama yang sedap dengan maksud yang cukup hebat.
ACHBAR MUHAMMAD FAHRI BIN MUHAMMAD HANIF
Achbar = Dihormati
Muhammad : Yang terpuji
Fahri : Kebanggaanku
Nama pilihan Baba. Apa Baba suka , Ibu turutkan 🤍 Tapi, nama Fahri tu memang pilihan tepat hati Ibu la 🥰
Kini Achbar sudah pun berusia seminggu dan Dayah juga berpantang dengan baik bersama keluarga tercintanya. Walaupun tanpa suami kerana terpaksa bertugas di Australia dan tidak dapat bersama sewaktu kelahiran Achbar, namun sokongan padu terus diberikan kepada isterinya setiap masa.
Sokongan suami yang tak berbelah bagi
Malah saat Achbar bakal melihat dunia, suamilah orang yang sentiasa menyokong kuat Dayah.
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” kata Dayah selepas melahirkan anaknya.
Berkongsi mengenai detik kelahiran anaknya, pengacara Borak Kopitiam ini bersyukur segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari,” katanya berkongsi selepas detik kelahiran Achbar.
Kini Dayah menempuh tempoh berpantang sambil ditemani keluarga serta keluarga mentuanya yang sentiasa menyokongnya kuat biarpun suami terpaksa berjauhan dengan suami.
Semoga Achbar terus membesar dengan sihat dan Dayah menjalani tempoh berpantang dengan lancar di samping keluarganya.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.