Biarpun disahkan hamil anak kedua, keinginan untuk terus menyusukan anak sulung yang masih kecil pastinya ada. Malah langsung tidak terfikir untuk memberhentikan anak dari terus menyusu.
Biarpun hal ini tidak menjadi masalah bagi ibu hamil, namun ada beberapa perkara yang ibu harus elakkan. Salah satunya adalah meningkatkan perahan susu dan melakukan power pumping untuk meningkatkan jumlah susu. Ada sebabnya.
Menurut Dr Nurhaya Yaakob dari Prexious Lactation Center, meningkatkan kadar perahan susu dan power pumping hanya akan meningkatkan risiko keguguran. Elakkan!
Soalan: Dr, saya sekarang hamil 8 minggu, tapi saya masih menyusu anak sulung saya yang berusia 1 tahun 6 bulan. Boleh kah saya terus menyusu sebab saya tak ready untuk wean off lagi.
Haaa siapa macam ni? So sebenarnya selamatkah untuk menyusu ketika hamil?
Sebenarnya tidak ada masalah sekiranya ibu ingin menyusui anaknya ketika sedang hamil. Namun ada beberapa hal perlu ibu perhatikan untuk memastikan semua dalam keadaan baik.
Antaranya adalah: 1. Ibu tidak ada pendarahan atau spotting ketika menyusu atau sesudah menyusu. Sekiranya berlaku pendarahan pada bila-bila masa sekali pun, adalah sebaiknya untuk ibu berhenti menyusu.
2. Ibu tidak merasa sakit/tidak selesa/senggugut pada bahagian perut bawah/ ari-ari ketika menyusu seolah-olah seperti datang haid.
3. Ibu tidak ada sejarah keguguran sebelumnya. Ini kerana seperti yang kita tahu, proses penyusuan akan meningkatkan kadar rembesan oksitoksin di dalam darah dan dapat mengecutkan rahim.
Ads
Di khawatirkan proses penyusuan tersebut boleh mengalakkan proses pengecutan rahim dan terjadinya keguguran terutama di awal-awal kehamilan.
4. Ibu tidak ada sejarah kelahiran pramatang.
5. Ibu tidak terlalu lesu terutama ketika awal-awal kehamilan. Apatah lagi bagi mereka yang ada morning sickness dan tidak selera makan.
Namun apabila hamil: ☑️Susu ibu akan mulai drop kerana meningkatan hormon estrogen dan progesteron(hormon kehamilan). Sekiranya ibu sedang menyusui bayi di bawah 1 tahun, adalah sebaiknya untuk ibu mencari ibu susuan sekiranya stok susu tidak ada. So jangan panik ok bila nampak bayi seperti tak puas menyusu dan mula tarik-tarik puting ketika menyusu atau gelisah.
☑️Puting ibu akan mulai rasa ngilu dan sensitif kerana perubahan paras hormon di atas.
Ads
☑️Rasa susu ibu akan berubah menjadi sedikit masin. Untuk anak-anak yang lebih sensitif akan merasa terganggu dengan perubahan rasa susu. Ada juga yang wean off dengan sendirinya kerana tak selesa dengan rasa susu tersebut.
Sekiranya ibu sudah mengetahui hamil, dan susu mulai drop, jangan sekali-kali meningkatkan kadar perahan dan buat power pumping.
Hentikan sebarang aktiviti memerah susu dan teruskan dengan direct feeding sahaja. Sekiranya ibu berasa tidak selesa dan atau penuh, boleh perah sedikit dalam tempoh pendek sehingga mencapai keselesaan.
Meningkatkan kadar perahan susu dan power pumping hanya akan meningkatkan risiko keguguran.
Jagalah kondisi ibu, makan makanan yang berkhasiat dan minta bantuan suami dalam membantu menguruskan emosi anak.
Ads
Apa-apa pun keraplah berbincang dengan pakar perbidanan anda untuk keadaan janin ya.
Dr Nurhaya Yacob Merancang dengan baik sekiranya ingin menyusu dalam tempoh yang di inginkan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah Maha Mengetahui Segalanya. Setiap yang berlaku jadi rahsiaNya. Sama juga situasi yang dilalui oleh Ainul Mardhiah yang kini dilaporkan dalam keadaan sangat tidak memuaskan.
Perkara ini disahkan bapanya, Ahmad Safiuddin, menerusi Facebooknya hari ini.
Menurut Ahmad Safiuddin, Ainul Mardhiah, 4, diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan semula bertujuan untuk merehatkan badan serta otaknya daripada demam sawan berulang.
“Ainul nampak penat sangat selepas diserang sawan panas banyak kali.
“Hari ini, biarlah dia berehat. Saya doa semoga Allah bukakan jalan dan bimbing doktor cari punca masalahnya.
“Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya menyaksikannya. Kakak-kakak misi (jururawat) pun semua jaga Ainul dengan baik,” luahnya.
“Kita usaha, kita doa…”
Menurut Ahmad Safiuddin, dia reda dan menerima ketentuan Ilahi dan apa juga kemungkinan terhadap anaknya.
“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah jualah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan.
“Dia (Allah) kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika Dia (Allah) nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.
“Saya reda dan saya dah halalkan anak saya. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itulah yang terbaik dari-Nya,” kongsinya.
Menerusi hantaran terdahulu, Ahmad Safiuddin memaklumkan doktor terpaksa buat prosedur yang sama seperti hari pertama Ainul Mardhiah dimasukkan ke wad disebabkan kuman minggu lalu.
“Malam tadi Ainul sawan berulang kali. Demam dia tinggi cecah 40 Celsius. Saya kira ainul sawan malam tadi lebih daripada 10 kali. Saya tak sanggup tengok dia. Ainul, walid rindu Ainul,” katanya.
Perkongsian itu meruntun hati netizen dengan rata-ratanya mendoakan Ainul Mardhiah dan memohon Ahmad Safiuddin bersabar dengan ujian Allah
Kita sama sama berdoa adik Ainul pulih seperti biasa. Adik Ainul terus kuat. Semoga Allah memberi kesembuhan pada sakit Ainul dan dipermudahkan segala urusannya.
Pada 1 Ogos lalu, Ainul Mardhiah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Berita itu dikongsikan oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 27, menerusi platform Instagram (IG) miliknya yang memaklumkan kanak-kanak berkenaan sedang tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sebuah hospital.
Dua hari kemudian, bapanya, Ahmad Safiuddin menerusi hantaran di Fb memaklumkan keadaan Ainul Mardhiah lebih baik dan tidak lagi kritikal.
Ahmad Safiuddin memaklumkan anaknya ketika itu direhatkan serta memerlukan sokongan ventilator di PICU.
Derita dialami Ainul Mardhiah pernah mendapat perhatian banyak pihak termasuk daripada pelatih pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantunya menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya pada 2019.
Siapa saja yang tidak mengenali pelakon berbakat besar, Fauzi Nawawi kan? Sama ada memegang watak sebagai seorang bapa atau penjahat dalam sesebuah karya seni, lakonannya tidak pernah mengecewakan. Bukan sekadar berlakon bahkan Fauzi juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.
Gandingan dia dan isteri, Lisdawati, sering mendapat perhatian bukan hanya kehebatan mereka memainkan sesebuah watak dalam lakonan bahkan kemesraan pasangan ini menjadi inspirasi kepada ramai orang.
Pada usianya 48 tahun, siapa sangka Fauzi sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu. Pada awal tahun ini, anak perempuannya iaitu Hanna Faresha telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Hanna telah melahirkan bayinya pada 3 Januari 2023 dan berkongsi berita baik ini melalui laman Instagramnya. Anak lelakinya itu diberikan nama yang cukup indah, Tuan Hamzah bin Mohd Aqif.
Terdahulu, Fauzi telah menimang cucu pertamanya selepas anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan bernama Yasmin. Kemudian, anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Fareez, pula bergelar seorang ayah. Isterinya, Nurwathiqah melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Farrel.
Bersyukur dan meraikan kehadiran dua orang cucu pada bulan yang sama, Fauzi sangat teruja menjadi seorang datuk dan keluarganya juga semakin besar.
Hanna Faresha telah bernikah dengan suaminya pada 12 Disember 2021. Sekadar pengetahuan, Hanna merupakan anak ketiga hasil perkahwinan bersama bekas isterinya.
“Takutnya saya. Anak pertama sunat. Macam mana la nak jaga. Luka melekit-lekit tu saya seriau. Nak cuci takut sakit.”
Jangan risau. Sebab kita beruntung ada seorang doktor, Dr. Adelin Zin yang baik hati berkongsikan ilmu ini.
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci 😅
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen 🤲🏻
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.