Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan memberikan ruang dan peluang buat sesetengah individu untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri yang sedia ada.
Ini terbukti apabila pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana yang tidak kisah jika PKP yang dilaksanakan ini diteruskan dalam tempoh yang agak lama.
Mungkin ada yang pelik dengan kenyataan tersebut, tapi menurut satu perkongsian oleh ibu kepada dua cahaya mata ini dalam Instagram miliknya, sepanjang PKP yang sudah masuk ke fasa ketiga ini, dia dapat meluangkan lebih masa bersama suami tercinta.
“RMO dengan u lama2 pun takpe, i suka Sepanjang PKP ni mengadaplah each other 24/7 pagi,petang,siang,malam.
“Kerana isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula yang melihat isteri dengan penuh kasih sayang , Allah s.w.t akan pandang dengan penuh rahmat,” tulis Puteri Sarah.
Dalam pada itu, menerusi posting yang lain, Puteri Sarah Liyana yang merupakan isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Syamsul Yusof dilihat mengadakan majlis hari jadi buat anak-anaknya. Syaikhul Islam dan Sumayyah.
“19th April 2020, A small birthday celebration from ayah & mama for Syaikhul Islam and Sumayyah.
Ads
“Happy birthday to my first born. You will always be my number 1. Always,always sayang adik and jaga adik no matter what.
“Moga menjadi anak yang soleh…Please jangan cepat besar sangat abang and adik,” tulisnya dalam posting tersebut.
Puteri Sarah Liyana berkahwin dengan Syamsul Yusof pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel-comel iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Ads
Ternyata PKP ni bukan sahaja sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, malah ia juga dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri seperti Puteri Sarah dan suami. Semoga bahagia sampai syurga!
Kehilangan bayi buat selama-lamanya pasti meninggalkan trauma dan memori sedih kepada ibu yang mengalaminya.
Hampir setahun kehilangan anak sulung, penyanyi Azmi Saat mengakui isterinya, Nazirah Muhamad masih belum bersedia untuk hamil sekali lagi.
Menurut Azmi atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 35, sehingga kini isterinya masih bersedih selepas anak sulung mereka meninggal dunia pada September tahun lepas.
“Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak.
“Namun, pernah sekali pada awal tahun ini, saya suarakan untuk melakukan rawatan supaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.
“Tapi, isteri kata dia takut jika perkara sama terjadi. Jadi, buat masa ini memang kami tiada perancangan untuk melakukan sebarang rawatan, sebaliknya biar proses itu berlaku secara semula jadi,” menurut vokalis Caliph Buskers kepada Media Hiburan ketika ditemui dalam majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Permataku baru-baru ini.
Menurut Azmi lagi, setiap bulan dia dan isteri pasti akan menziarah kubur anak mereka yang terletak di Tanah Perkuburan AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
Dalam masa yang sama Azmi bersyukur kerana isterinya sudah semakin okey cuma ada masanya perasaan sedih akan datang tiba-tiba dan dia akan minta untuk ziarah kubur anak untuk lepaskan rindu.
“Saya reda dan syukur Alhamdulillah dapat juga pengalaman ada cahaya mata, dapat azankan bayi kami serta uruskan jenazah dia. Jadi, perasaan sedih saya tidaklah keterlaluan,” katanya.
Single terbaharunya ciptaan komposer terkenal Ajai dan lirik tulisan Ahmad Fedtri Yahya itu merupakan karya yang didedikasikan buat Allahyarham anaknya.
“Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang menggambarkan isi hati saya.”
Untuk rekod, anak Azmi yang diberi nama Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September tahun lalu selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak. Bayi tersebut merupakan anak sulung pasangan ini selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
“Alahai, kesiannya tengok anak kena bangun awal macam ni. Dahla baru 7 tahun. Ada 2 sesi persekolahan pulak tu.”
“Tak sampai hati rasanya nak kejutkan, dahla semalam balik tuisyen lambat.”
Jika diikutkan kehendak anak, dia mungkin mahu terus tidur. Namun, anda perlu sampai hati menggeraknya dan menyuruh dia mandi atau memandikannya, agar dia boleh ke sekolah.
Anda perlu sampai hati mendengar bentakannya. Anda perlu sampai hati meninggalnya di sekolah itu, walaupun mukanya masam.
Kerana anak masih kecil, dia belum tahu apa yang di hadapannya. Dia belum lagi tahu kesan kemalasan atau ketakutannya bagi masa hadapannya. Ibu bapalah yang bijak perlu sampai hati memimpin penuh sabar, kasih-sayang dan tegas. Kerana anak perlu tahu tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.
Sebenarnya bangun dari tidur dan kemudiannya mandi untuk bersedia ke sekolah itu juga satu perjuangan. Jika anak-anak tidak dididik dengan mindset begitu, bagaimana mereka boleh meraih kejayaan yang lebih besar.
Bak kata pepatah Melayu; Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Jadilah ibu bapa yang sampai hati untuk melakukan sesuatu demi kebaikan anak-anak dunia dan akhirat. Dan lakukanlah dengan penuh hormat, kasih-sayang dan sedar diri.
Salam kasih
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang cerdik, lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa “.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (Sebut namanya). “Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doa permohonanku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara , yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Imran ayat 8-9 “Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!