
Berita gembira buat peminat dunia hiburan, penyanyi Syasya Rizal yang juga bekas anggota kumpulan Dolla, mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian di TikTok, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, tampil ceria ketika membuat pengumuman istimewa itu. Lebih manis, dia menggunakan ‘party popper’ berwarna merah jambu dan biru, seakan memberi teka-teki tentang jantina bayi keduanya.

Netizen Ramal Bakal Timang Kembar
Video pendek yang dimuat naik itu disertakan dengan kapsyen ringkas berbentuk dua emoji hati – merah jambu dan biru. Simbolik perkongsian itu membuatkan ramai peminat dan warganet mula berteka-teki sama ada Syasya sebenarnya bakal menimang anak kembar.
Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah, doa dan kata-kata positif buat ibu muda ini. Ramai yang berharap perjalanan kehamilan Syasya dipermudahkan hingga tiba saat kelahiran nanti.
@syasya.rzl 🩵/🩷 ? 👀🤭 #CapCut ♬ original sound – Pluviophile
Bahagia Dengan Kehidupan Berumah Tangga
Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nasrullah, pada 20 April tahun lalu. Pasangan ini sudah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, yang kini berusia dua tahun.
Kehadiran cahaya mata kedua pastinya menambah lagi kebahagiaan pasangan ini, apatah lagi Yassir bakal bergelar abang tidak lama lagi.
Pa&Ma Doakan Yang Terbaik
Buat Syasya, pengalaman hamil kali kedua pastinya berbeza dengan anak sulung dahulu. Apa yang penting, ibu perlu menjaga pemakanan, rehat secukupnya serta melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan bayi membesar dengan sihat dalam kandungan.
Pa&Ma mendoakan agar segala urusan kehamilan Syasya Rizal dipermudahkan dan semoga kehadiran adik kecil ini menjadi pelengkap kebahagiaan keluarga kecil mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!












1. Nama trending
