Setiap kali menjelang Ramadan pasti ada saja golongan ibu hamil yang bimbang dengan keadaan dirinya dan juga bayi dalam kandungan.
Ini kerana hampir kebanyakan daripada ibu hamil ni sedaya upaya mahu berpuasa namun terdapat beberapa kekangan dan kebimbangan yang sentiasa difikirkan.
Antara yang selalu difikirkan adalah sejauh mana tahap kekuatan diri sehingga sampai waktu berbuka dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan.
Bagi menjawab persoalan ini, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Dan Kehamilan (O&G) Dr Muhammad Izzat ada memberi penjelasan ini buat ibu yang masih tertanya-tanya mengenai risiko berpuasa kepada bayi dalam kandungan.
Ibu mengandung yang TAK DINASIHATKAN untuk berpuasa:
🖐Jika masih berada pada trimester pertama kehamilan (3 bulan pertama)
Ads
🖐Bila mana ibu ada risiko untuk mendapat darah beku di kaki ( venous thrombosis ) – moderate or high risk group
🖐Ibu yang tak sihat – demam, muntah-muntah, cirit birit
🖐Ibu yang mempunyai high risk pregnancy seperti pre eclampsia, penyakit autoimmune, atau penyakit jantung.
Ads
🖐Ibu ada kencing manis ketika hamil – kencing manis jenis 1 dan 2 atau GDM yang memerlukan metformin/insulin. GDM dengan kawalan permakanan perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
🖐Kehamilan di mana baby tak membesar ( IUGR )
🖐Ibu yang menyusukan badan dan bimbang pasal kesihatan dirinya
Ads
🖐Ibu yang tak menyusukan anak tapi masih berada dalam tempoh pantang selepas bersalin. Walaupun kadang2 darah nifas dah kering 2 minggu lepas bersalin, tapi tahap kepekatan darah masih lagi tinggi selepas bersalin sehingga 6 minggu berpantang. Jadi risiko untuk thrombosis tu masih lagi tinggi
Menjadi impian setiap pasangan yang berumah tangga untuk mempunyai zuriat sendiri. Apatah lagi usia perkahwinan yang sudah menghampiri usia satu dekad.
Pastinya pelbagai usaha dilakukan untuk diri berpeluang bergelar ibu dan ayah buat zuriat sendiri.
Pelakon sinetron popular Indonesia, Zaskia Sungkar mengakui terpaksa meninggalkan kebiasaannya meminum kopi demi memastikan proses rawatan kehamilan yang sedang dijalaninya kini berjalan lancar
Katanya yang juga isteri kepada penyanyi Irwansyah itu, ia bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan apatah lagi dia merupakan peminat kopi tegar sebelum ini.
Wanita mengandung yang mengidam sememangnya berbeza-beza. Malah bukan dibuat-buat. Namun mengidam berkehendakkan makanan itu biasa, berbeza pula dengan wanita ini yang mengidam untuk menjadi penghantar makanan.
Bagi memenuhi permintaan isteri yang mengidam untuk menjadi penghantar makanan, suaminya, Muhammad Haikal Mazlan, 27 terpaksa merelakan isteri tercinta menunggang motosikal walaupun sedang mengandung. Tanda kasih seorang suami bila mana suaminya, mengikutnya di belakang untuk memantau perjalanan isterinya. Cute!
Video permintaan isteri yang mengandung enam bulan itu tular di Twitter. Permintaan yang agak kelakar tetapi sedikit berbahaya untuk wanita hamil.
Menurut Zulfahani Zulkifli, 25, yang hamil enam bulan ini, pada mulanya permintaannya itu tidak dilayan suaminya namun suaminya terpaksa akur.
“Dah lama saya mengidam sejak awal mengandung tetapi suami tidak izinkan. Saya teringin sebab rasa seronok melihat penghantar makanan bawa pasangan hantar pesanan. Namun suami beri pelbagai alasan konon panas dan beg berat,” katanya berkongsi menerusi akhbar Harian Metro.
Rupanya Zulfahani sebelum ini memang menunggang motorsikal ke tempat kerjanya di Damansara Damai. Bagaimanapun sejak hamil, dia dihantar dan dijemput oleh suaminya setiap kali pergi dan balik kerja.
“Tetapi Jumaat lalu suami tidak sempat hantar dan saya menunggang motosikal sendiri ke tempat kerja, balik kerja suami datang untuk menemani sekali.
“Disebabkan kami sudah bawa dua motosikal, saya minta suami ‘on’ aplikasi hantar makanan itu walaupun pada mulanya dia tidak mahu sehingga saya memujuknya,” katanya.
Zulfahani berkata, akhirnya suaminya akur dan terdapat satu pesanan masuk ke lokasi berhampiran iaitu jarak hanya 10 minit dari tempat kerjanya.
“Saya kemudian menunggang motosikal suami dan dia mengekori belakang. Setibanya di kediaman pelanggan, suami menghantar pesanan itu.
Orang mengandung ngidam nk makan sedap2.. Akak ni mengidam bawak grab ??? Sayang isteri punya pasal, suami ikutkan je. hahahaKredit: Haikal Mazlan♥️ Follow instagram.com/sajesharemediaFull story: https://www.sajesharemedia.com/2019/09/video-isteri-mengidam-nak-bawa-grab.html
Posted by Saje Share on Saturday, 14 September 2019
Namun permintaan kali keduanya tidak dilayan suami. Malah suaminya terus sahaja off aplikasi menghantar makanan dan mengajaknya pulang. Kali pertama dan terakhir katanya.
Katanya lagi, dia berterima kasih kepada suami yang melayani permintaan peliknya ketika mengandung. “Ramai cakap bahaya, namun suami memang ikut rapat di belakang saya sepanjang 10 minit perjalanan ke rumah pelanggan,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda terutamanya untuk ibu-ibu yang sedang hamil? Anda sebenarnya memerlukan kalori tambahan lebih daripada keperluan harian anda sebelum anda hamil. Ini boleh didapati daripada diet atau makanan untuk ibu mengandung, lebih-lebih lagi jika anda sedang berada dalam trimester kedua dan ketiga. Semasa anda hamil, anda sebenarnya memerlukan nutrien tambahan, vitamin dan juga mineral. Semasa anda berada dalam trimester kedua dan ketiga pula, anda mungkin memerlukan sekitar 350 hingga 500 kalori tambahan setiap hari.
Anda perlu beringat bahawa diet yang kurang nutrien akan memberikan kesan atau impak yang negatif terhadap perkembangan janin atau bayi anda. Selain itu, tabiat pemakanan yang buruk dan penambahan berat badan yang berlebihan turut meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes gestasi dan komplikasi semasa hamil atau melahirkan anak. Oleh itu, pemilihan jenis makanan yang sihat dan berkhasiat akan memberikan kesan positif terhadap kedua-dua ibu hamil dan juga bayi di dalam kandungan. Apakah makanan untuk ibu mengandung yang perlu anda amalkan dalam pemakanan harian? Ikuti selanjutnya melalui artikel ini.
Semasa kehamilan, ibu hamil perlu mengambil jumlah protein tambahan dan juga kalsium untuk memenuhi keperluan janin yang sedang berkembang. Produk tenusu adalah sumber pemakanan kalsium yang terbaik kerana ia juga memberikan sejumlah kandungan fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan juga zink. Makanan untuk ibu mengandung ini juga boleh diambil dalam bentuk makanan berasaskan tenusu seperti yogurt yang diketahui kaya dengan kandungan probiotik.
Jenis makanan ini termasuklah lentil, kacang pis, kekacang, kacang soya dan juga kacang tanah. Untuk pengetahuan pembaca semua, legum atau kekacang adalah sumber berasaskan tumbuhan yang baik untuk anda mendapatkan serat, protein, zat besi, folat dan juga kalsium. Kesemua nutrien ini amat diperlukan ketika anda sedang hamil. Sebagai contoh, folat amat diperlukan untuk kesihatan ibu dan juga janin, terutama sekali semasa trimester pertama.
Ubi keledek adalah sejenis makanan yang kaya dengan kandungan beta karotena. Beta karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam tubuh badan anda. Vitamin A amat diperlukan untuk tumbesaran janin yang sihat. Wanita hamil disarankan untuk meningkatkan pengambilan vitamin A sebanyak 10 hingga 40 peratus dalam pemakanan harian mereka. Ubi keledek adalah sumber terbaik bagi beta karotena kerana sebanyak 100 – 150 gram ubi keledek yang telah dimasak mampu memenuhi keperluan harian anda.
Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar mengenai ikan yang satu ini. Ikan ‘berkelas tinggi’ ini diketahui agak mahal kerana kebanyakan sumber ikan salmon di negara ini adalah diimport selain disebabkan oleh kualitinya yang amat baik. Ikan salmon sangat kaya dengan kandungan asid lemak omega-3, iaitu sejenis sebatian yang membantu meningkatkan fungsi otak dan juga kesihatan mata bayi anda. Walaupun asid lemak omega 3 ini diketahui banyak diperoleh daripada sumber makanan-makanan laut, wanita yang sedang hamil disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan laut sebanyak 2 kali dalam seminggu. Ini bertujuan untuk mengelakkan pencemaran merkuri dan juga bahan pencemar lain yang terdapat dalam ikan berlemak seperti ikan salmon ini.
Telur mengandungi setiap nutrien yang anda perlukan. Sebiji telur bersaiz besar mengandungi sebanyak 77 kalori, selain lemak dan protein yang berkualiti tinggi. Selain itu, telur juga mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral. Telur juga adalah sumber terbaik bagi kolin, yang mana ia sangat penting dalam kebanyakan pemprosesan tubuh badan anda termasuklah pembangunan dan kesihatan otak. Pengambilan kolin yang rendah semasa anda sedang hamil akan meningkatkan risiko kecacatan tiub saraf dan berkemungkinan menyebabkan penurunan fungsi otak janin anda.
Brokoli dan juga sayuran berdaun seperti kale dan bayam mengandungi banyak kandungan vitamin yang amat diperlukan oleh seorang wanita hamil. Makanan untuk ibu mengandung ini mengandungi serat, vitamin C, vitamin K, vitamin A, kalsium, zat besi, folat dan juga kalium. Selain itu, sayur-sayuran jenis ini juga kaya dengan kandungan antioksidan dan juga sebatian tumbuhan yang memberi manfaat terhadap sistem imun dan juga pencernaan. Disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi, sayuran ini juga sangat membantu dalam mengelakkan sembelit.
Daging tanpa lemak seperti daging ayam, lembu dan kambing adalah sumber terbaik bagi protein berkualiti tinggi. Tambahan lagi, daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan juga vitamin B. Zat besi adalah mineral yang sangat penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai sebahagian daripada hemoglobin. Ia amat penting untuk penghantaran oksigen kepada semua sel dalam tubuh badan anda. Wanita yang sedang hamil amat memerlukan lebih banyak zat besi memandangkan jumlah darah mereka sedang bertambah. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil tersebut sedang berada dalam trimester ketiga.
Walaupun buah beri boleh dikategorikan sebagai jenis buah yang mahal harganya, namun sesuailah dengan manfaat yang dimilikinya. Buah beri mengandungi kandungan air, karbohidrat sihat, vitamin C, serat dan juga antioksidan. Ia sebenarnya mengandungi kandungan vitamin C yang amat tinggi yang membantu tubuh badan anda untuk menyerap zat besi. Selain itu, vitamin C yang terdapat dalam buah beri juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit selain untuk fungsi imun tubuh. Tambahan pula, buah beri mengandungi nilai indeks glisemik yang rendah, yang tidak menyebabkan peningkatan mendadak gula darah tubuh anda. Selain kaya dengan nutrisi dan juga rasa yang enak, ia juga amat rendah kalori.
Berbanding daripada bijirin yang telah diproses, bijirin penuh kaya dengan kandungan serat, vitamin dan juga sebatian tumbuhan. Sebagai contoh, bijirin oat dan juga quinoa mengandungi kandungan protein yang amat penting semasa fasa kehamilan. Bijirin penuh juga kaya dengan vitamin B, serat dan juga magnesium yang sememangnya sangat diperlukan oleh wanita yang sedang hamil
Kebanyakan daripada makanan untuk ibu mengandung yang disenaraikan seperti di atas adalah murah dan amat mudah untuk didapati. Walau bagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan jumlah yang terlalu banyak atau melampau-lampau. Dapatkan nasihat doktor berkenaan jumlah harian yang perlu anda ambil bagi setiap jenis makanan yang dicadangkan diatas. Selamat mencuba yea!