“Syukur Alhamdulillah” Dapat Baby Boy, Jep Sepahtu & Sari Yanti Timang Anak Ketiga!

Share

Tahniah diucapkan buat Jep Sepahtu dan isteri yang telah selamat menimang bayi ketiga mereka semalam.

Selepas dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, kini seorang lagi cahaya mata lelaki hadir melengkapkan kehidupan mereka bersama.

Menerusi Instagramnya malam tadi, Jep berkongsi perkhabaran gembira itu kepada seluruh pengikutnya di IG.

Kata Jep, dia memanjatkan rasa syukurnya di atas kurniaan rezeki dari Allah SWT itu.

“Subahanallah.. Syukur Alhamdulillah,” tulis Jep ringkas.

Namun bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat isteri tercintanya.

“Tq sayang @sariyanti 🤗❤️😭 #babyboy #anakabah,” luah Jep lagi.

Menariknya melalui entri itu, Jep turut berkongsi sekeping gambarnya bersama Sari Yanti serta bayi ketiga mereka yang baru dilahirkan.

Semoga kelahiran putera kedua mereka ini semakin bercambah rasa bahagia dan menjadi pelengkap kehidupan mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, perkongsian Jep itu turut dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada rakan selebriti juga seluruh pengikut Jep dan Sari Yanti.

 

Sekadar informasi, Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan kini seorang lagi cahaya mata lelaki menambah seri perkahwinan mereka. Tahniah!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @jepsepahtu

IKLAN