“Syukur Alhamdulillah” Pilih Nama Cantik Buat Puteri Ke-2, Mawar Rashid Selamat Bersalin!

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid yang selamat menimang cahaya mata ketiga mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.

Menerusi Instagram, keduanya meluahkan rasa syukur kerana dipermudahkan untuk kelahiran kali ini.

Berkongsi rasa gembiranya, Mawar turut meluahkan rasa syukurnya kerana diberikan rezeki sekali lagi untuk bersalin secara normal, sama seperti dua kelahiran cahaya matanya yang terdahulu.

“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta.

“Thank you semua atas doa-doanya,” kata Mawar di Instagramnya.

Melalui entri yang sama juga baik Mawar mahupun Raf turut memuat naik dua keping gambar bersama puteri kedua mereka ketika berada dihospital. Raf juga turut memangku bayi comel mereka.

Paling menarik, buah hati tersayang itu juga sudah diberikan nama yang cukup indah dan cantik, sama seperti abang dan kakaknya.

“Say hi to, Raden Seri Riyanna Sayang, ” kata Mawar lagi berkongsi.

Satu nama yang cukup indah dan unik buat puteri yang ditunggu-tunggu kelahirannya. Raf dan Mawar sebelum ini menamakan dua cahaya mata mereka dengan nama cukup cantik, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut setia keduanya turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran puteri kedua mereka.

Semoga Baby Riyanna akan terus memberi sinar bahagia yang berpanjangan buat keluarga ini.

 

Terdahulu, Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Kini Raden Seri Riyanna Sayang menjadi pelengkap bahagia mereka bersama.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN