Ketika bayi berumur 8 bulan, otak mereka punyai 1,000 trillion connections. 500 trillion akan mati ketika usia mencapai 10 tahun.Yang berbaki pun akan hilang sedikit demi sedikit dari bayi sampai kanak-kanak. Seterusnya alam dewasa. Kecuali mereka yang menjaga otak.
Pernah tak anak kita tiba-tiba jadi murung, cepat marah atau sukar fokus? Mungkin ini bukan sekadar perubahan emosi biasa. Di sebaliknya, ada satu istilah baru yang makin disebut-sebut oleh pakar kesihatan mental kanak-kanak iaitu “brain rot”. Bunyinya macam serius, kan? Memang pun. Jom kita bongkar apa sebenarnya “brain rot” dan kenapa ibu ayah perlu lebih cakna.
‘Brain rot’ bukan istilah perubatan rasmi, tapi ia merujuk kepada kerosakan fungsi otak akibat pendedahan berlebihan kepada kandungan digital yang tak berkualiti, seperti video pendek yang terlalu pantas (shorts, reels), permainan video agresif atau kartun tanpa nilai. Otak anak yang sedang berkembang jadi “lemau” kerana terlalu banyak rangsangan palsu dan tidak realistik.
Contohnya, fenomena video seperti “Tung Tung Sahur” yang popular di TikTok — berulang-ulang, tiada naratif jelas dan tiada nilai mendidik — boleh menjadi antara penyumbang kepada ‘brain rot’. Begitu juga dengan karakter viral seperti Ballerina Cappucina atau Skibidi Toilet yang mengandungi unsur animasi pelik, lagu berulang dan humor tanpa konteks — semuanya mencuri perhatian anak-anak tanpa memberi nilai intelektual. Kanak-kanak yang terlalu kerap menonton video seperti ini akan cepat terbiasa dengan kepuasan segera (‘instant gratification’) dan kesannya boleh menjejaskan tumpuan serta kemahiran sosial mereka.
Kredit : @tamiinurul
Otak anak kecil ibarat span, mudah menyerap dan membentuk sambungan saraf baru. Kandungan yang terlalu pantas dan agresif menjadikan otak terbiasa dengan ‘dopamine hit’ cepat – ini menjejaskan keupayaan mereka untuk fokus, sabar, dan belajar secara mendalam. Akibatnya, anak mudah bosan, tak minat belajar dan cepat stress bila tak dapat skrin.
Kerana kerosakan ini tak nampak depan mata. Ia berlaku perlahan-lahan, tapi impaknya boleh tahan seumur hidup. Minda yang terlatih dengan kandungan digital ‘kosong’ akan kurang daya tahan belajar, kurang empati, dan mudah terdedah kepada isu mental seperti anxiety dan kemurungan sejak kecil.
“Brain rot” bukan sekadar istilah viral – ia realiti yang makin menghantui generasi digital. Ibu ayah, kita tak boleh elak teknologi, tapi kita boleh kawal bagaimana anak berinteraksi dengannya. Mulakan dengan kesedaran, teruskan dengan tindakan. Otak anak, masa depan mereka. Jaga dari sekarang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mula membaca usia 3 tahun, tidak ke tadika, apabila usia 4 tahun pula sudah pandai membaca buku dan terbukti berjaya! Bukan sahaja buku kanak-kanak tetapi buku novel! Motivasi sungguh perkongsian ilmu ini.
Paling hebat si ayah yang mengajar anaknya. Sekarang anaknya telah berusia tujuh. Subjek Bahasa Melayu dan buku adalah subjek yang paling diminati oleh anak ini. Hebatnya! Ibu bapa ini saling bekerjasama untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang. Tentu ada teknik yang digunakannya.
Perkongsian hebat dan bermanfaat ini dikongsi oleh Puan Zairul Akmal dalam Facebook miliknya pertengahan tahun lepas setelah mendapat mendapat keizinan daripada ‘tuan badan’ yang ingin dirahsiakan namanya. Moga menjadi panduan berguna buat ibu bapa cemerlang semua.
******
Setelah mendapat keizinan dari tuan badan yang ingin dirahsiakan namanya, kak Z akan kongsi dengan semua ibubapa hebat sekalian.
Seawal 3 tahun. Anak ini diberi pendedahan bagaimana menarik minat anak membaca.
Sekali dengar. Pasti ramai berkata. Alah, anak aku pun pandai baca abc, 123 semua. Hantar je sekolah swasta. Mereka akan boleh baca punya!
Ya. Betul. Setuju. Itu cara paling mudah dan kerja senang bagi ibubapa yang sibuk bekerja macam kak Z dan juga orang lain. Tetapi bagaimana kalau ada sesetengah tak mampu nak hantar sekolah swasta? Atau bekerja dari rumah? Perlu ke hantar seawal 3 tahun? Awal sangat bagi saya. Usia 3 tahun ni mereka tengah seronok explore aegala benda. Main. Makan. Tidur. Tidak perlu bebankan mereka tentang belajar!
Zaman sangat pantas berlalu sekarang. Semua mahu berlumba nak bagi anak pandai. Kalau boleh masa umur 2 tahun anak dah boleh buat kira-kira! Serius! Ini yang dah ditanam dalam minda ibubapa baru sekarang. Sampai kadang kak z dan suami tertanya-tanya. Lewatkah kita masih belum hantar anak sekolah di usia 4 tahun? Bagaimana nanti anak orang lain dah pandai baca tapi anak kita tak tahu apa pun lagi? Risau. Tak sempat masa nak ajar. Lalu hantar anak sekolahm di mana usia itu mereka sepatutnya enjoy bermain. Tanpa perlu menangis mandi pagi buta ke sekolah. Belajar kononnya.
Tapi kak Z tak nafikan. Bagus juga hantar anak awal. At least mereka belajar bergaul. Cekalkan hati dan diri. Belajar bercakap. Bukan kak Z kata tak bagus.
Berbalik pada isu membaca seawal 4 tahun pula.
Ini yang di ceritakan pada kami:
Anak beliau tidak ke sekolah, tapi usia 4 tahun dah pandai baca. Buku novel. Bukan buku cerita kanak-kanak. Huh! Terperanjat kami dengar.
Bermula usia 3 tahun, bapanya belikan 1 set buku Bacalah Anakku untuk anaknya.
Hari pertama selepas Isyak, bapa akan spend masa paling lama 30 minit untuk anak-anak beliau. Kenapa tak sejam? Mereka perlu belajar lama. Lagi bagus. Bukan begitu? Salah tu. Kanak-kanak hanya boleh beri tumpuan hanya beberapa minit sahaja. Paling lama 30 minit. 3 tahun. Bukan 6 tahun!
Malam selepas Isyak panggil anak duduk di sisi.
Kakak, malam ni ikut ayah baca ya.
Buku set 1. Frasa ba,ca, da, ma, la. Kita sebut dan tunjuk. Biar anak ikut satu-satu. Satu muka surat satu malam. Cukup 1 mukasurat, bagi mereka bermain seperti biasa.
Anda rasa mereka stress tak? Tak kan. Seronok sebab ikut je ayah baca.
Malam kedua. Baca lagi muka surat yang sama. Ikut je ayah sebut suku kata tersebut. Siap. Lepaskan mereka meneroka rumah pula.
Begitulah seterusnya. Sampailah mereka dah boleh sebut sendiri tanpa sempat si ayah sebut. Sebab dalam kepala mereka dah tahu nak sebut apa sukukata ini.
Teknik sebut dan ulang. Teknik mengingat tanpa sedar. Sebab tu masa bayi kita digalakkan untuk tunjuk flash card pada bayi. Lama-lama akan melekat dalam fikiran mereka tanpa sedar.
Teruskan sampai habis buku 1. Sambung buku 2 pula dan konsisten setiap hari.
Anak tak stress dan mereka akan senang hati nak main baca-baca dengan ayah. Bes sebab ayah tak marah. Ikut je ayah sebut.
Patutlah anak kak Z selalu stress kalau ajak membaca. Sebab kadang kami tekan dia mengingat pada masa yang sama. Kesian dia kan. Bersalahnya.
Langkah seterusnya. Part buku set 5-8 (kak Z lupa part dia yang betul) bahagian baca ayat. Pastikan ayah/ibu baca dengan nada! Jangan baca tanpa intonasi. Biar anak ikut intonasi kita.
Habiskan sampai 8 set. Dan akhirnya Alhamdulillah anak kawan kami ni dah boleh baca masa usia 4 tahun. Bila ayahnya beli buku cerita. Tak sampai 10 minit dah habis baca. Bosan katanya sebab cepat habis.
Baca dan faham. Cerita yang dia baca tu benar-benar dia faham.
Lalu si ayah pun belikan anaknya buku kulit tebal yang boleh tahan sebulan untuk di baca. Syukur. Tanpa pergi tadika. Ayah je ajar sekejap setiap malam.
Kawan kami juga kerja tapi katanya dia memang khaskan masa malamnya untuk anak-anak. Masa membaca tu lah masa dapat diluang bersama anak. Lepas tu anak-anak akan tidur.
Sekarang si anak umur 7 tahun dah. Subjek bahasa melayu dan buku adalah perkara paling diminati oleh si anak.
Buat Kak Z, admin sendiri pun teruja baca perkongsian ini. Setuju juga pendapat Kak Z bahawa sesibuk mana ibu bapa bekerja, perlu luangkan masa untuk mengajar anak membaca. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Apa lagi, ibu ayah yang ada anak usia tiga tahun dan ke atas boleh mula sekarang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa rasa susah hati bila anak tak pandai ‘behave’ di rumah orang waktu pergi beraya.
Memang seronok bawa anak beraya rumah saudara mara ketika hari raya tapi kadangkala sikap si kecil yang tak tahu duduk diam dan sibuk ‘explore’ rumah orang membuatkan tuan rumah rasa tak selesa.
Bagaimanakah cara terbaik yang patut dilakukan oleh ibu ayah yang mempunyai anak-anak sukar berkelakuan baik ketika di rumah orang?
Puan Noor Afidah Abu Bakar,Perunding Keibubapaan Parent Connect Consultancy yang sangat memahami tingkah laku kanak-kanak menulis perkongsian terbaik cara mengendalikan situasi tersebut terutama di musim perayaan ini.
Pernah menonton iklan Hari Raya Faber Castell? Adakah anda menghadapi dilema yang sama dengan anak anda yang tidak diam apabila berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai?
Adakah anda menghadapi dilema yang sama sebagai tuan rumah yang panik apabila saudara atau rakan tertentu akan hadir bersama anaknya?
APA YANG PERLU KITA FAHAM? KENAPA ANAK TIDAK ‘BEHAVE’?
1) Sifat semulajadi anak kecil yang suka ‘play and explore’.
Naluri mereka memang suka bermain dan meneroka persekitaran sebagai proses untuk belajar.
2) Mereka cetek dengan pengalaman dan belum faham apakah ‘consequence’ atau kesan dari perbuatan mereka.
3) Mereka perlukan struktur dan batasan supaya mereka rasa lebih selamat.
4) Mereka tidak sukakan kejutan (surprises) jadi mereka memerlukan rutin dan panduan.
5) Attention span atau tumpuan mereka masih rendah.
6) Mereka perlu dididik tentang Adhab berkunjung ke rumah orang dari kecil lagi.
TAHUKAH ANDA
Anak berusia 2 tahun sudah tahu apa yang menggembirakan kita dan apa yang tidak. Mereka sudah faham peraturan.
Anak berusia 4 tahun sudah boleh
1) Mengikut peraturan jika dibincangkan.
2) Mengawal diri dari melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya jika diingatkan.
BAGAIMANA CARANYA?
1) Sebutkan harapan anda dan bincangkan peraturan.
SEBELUM berkunjung ke rumah sesiapa, berceritalah tentang adab berkunjung ke rumah orang. Sebutkan harapan anda kepada anak agar anak ‘behave’ sebaiknya. Ajar anak untuk menghormati tuan rumah dan harta benda tuan rumah.
Contohnya: Elakkan dari melompat atas sofa. Berikan alternatif, jika ingin melompat boleh ke luar rumah.
Elakkan dari mengusik hiasan tuan rumah. Jelaskan kenapa dan bincangkan dengan anak kesan dan akibat.
2) Kanak-kanak tidak sukakan ‘surprises’ oleh itu persiapkan anak dengan apa yang akan berlaku, ‘what to expect’ apabila ke rumah seseorang.
Contohnya:
Di rumah uncle nanti ada baby….
Mak Long tinggal di apartment….
Nanti mungkin ramai orang….
Rumah Cik Su banyak pokok bunga…
Ini akan mengurangkan ‘surprises’ jadi lebih mudah untuk anak ‘behave’ kerana dia tahu apa yang ada di hadapan.
3) Kanak-kanak mungkin belum faham apa yang bahaya, apa yang salah, dan apa yang tidak sesuai, oleh itu berkongsi dengan anak tentang ‘kod rahsia’ antara anda dan anak.
“Jika mama isyaratkan macam ini (tunjuk kod rahsia) maknanya tidak elok buat begitu. OK tak?”. Bincang dengan anak.
4) Mengambil tahu apa ‘kelemahan’ anak anda supaya mudah untuk anda pantau dan ingatkan anak.
Anak bongsu saya ketika berusia 2-5 tahun dulu sangat sukakan benda elektronik seperti tv, dvd player, komputer, suis dan sebagainya. Sebelum ke rumah sesiapa, saya ingatkan dia supaya elakkan dari mengusik peralatan elektronik tuan rumah dan sering memantau dia kerana tahu itu ‘kelemahan’ dia.
Apa ‘kelemahan’ anak anda?
5) Jika anak sudah mula meragam dan kelihatan letih dan mula melanggar semua peraturan yang dibincangkan, ambillah ia sebagai isyarat bahawa anda perlu beri lebih perhatian, tidurkan anak, alihkan perhatian anak dengan sesuatu yang disukainya, atau mungkin pulang ke rumah jika perlu.
Usahlah di’siksa’ anak dan memalukan anak yang tidak dapat lagi mengawal diri mereka kerana keletihan.
6) Feedback
Ketahuilah anak-anak sentiasa ingin menggembirakan kita dan sentiasa inginkan approval kita.
Pujilah dengan pujian diskriptif kiranya dia ‘behave’ ketika berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai anda. Usahlah hanya marah apabila dia ‘misbehave’.
Ini boleh dijadikan persediaan dan panduan untuk anak berkunjung ke rumah orang lain pula selepas ini.
SEBAGAI TUAN RUMAH
Mungkin saranan dalam iklan ini baik untuk diikuti. ‘Child-proof’ rumah anda supaya tiada yang tercedera.
Berlemah-lembutlah dengan kanak-kanak kerana mendidik tidak memerlukan kekerasan.