Beberapa jam yang lalu, Siti Nurhaliza Production melalui siaran media telah mengesahkan bahawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 6.21 pagi di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Teruja dengan kelahiran bayi ini, anak tiri Dato Siti yang merupakan anak ke tiga Datuk Khalid iaitu Asyraf Khalid telah memuatnaik satu posting di laman Instagramnya dengan ucapan tahniah buat ayah dan ibu tirinya.
Asyraf Khalid yang juga suami kepada pelakon Indonesia, Tya Arifin memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah buat Datuk Khalid dan Dato’ Siti. Menurutnya lagi, bayi seberat 3.84kg itu dilahirkan sihat dan dalam keadaan yang baik.
“Alhamdullillah, this morning at 6.21am, i received another baby brother. Weight at 3.84kg. Alhamdullillah, baby is healthy & everything looks great.”
Ads
“Congratulations Ayah & @ctdk Mak Iti. Syukur everything went smoothly for Mak iti.”
Dia turut memohon doa agar urusan Datuk Khalid dan Dato’ Siti untuk membesarkan amanah Allah ini dipermudahkan.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti & Ayah untuk membesarkan baby yang baru lahir ini untuk menjadi anak yang soleh & anak yang berbakti pada Agama kita, keluarga kita & seluruh umat Muhammad.”
Ads
Aysraf Khalid turut memuatnaik beberapa keping gambar adiknya di laman Instagram. Rata-rata warganet teruja melihat kecomelan anak penyanyi NO.1 negara ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percutian sekeluarga ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki 10 orang ahli keluarga hilang kawalan sebelum terbabas sehingga meragut n 7 nyawa. Hanya 3 orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Namun yang meruntun hati semua apabila anak sulung mangsa yang sedang di rawat di zon kuning bertanya tentang ibu bapanya.
Mohd Zakri berkata, dia tidak tergamak untuk memberitahu apa yang berlaku kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, yang dirawat di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang kehilangan ibu bapanya iaitu Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, selain adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
“Tak sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat,” kata Mohd Zakri Mat Isa, 37, menceritakan keadaan anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan mengakibatkan tujuh sekeluarga maut di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah sepupu Mohd Zakri iaitu Hasliza Mahmud, 40, serta suami, Zulkifli Shuib, 41, di samping ibunya, Fatimah Mat Isa, 68. Selain itu anak kandung kepada Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3, turut maut dalam nahas itu.
Mohd Zakri berkata, kira-kira 5 pagi tadi, Muhammad Haziq Zikri terjaga sambil bertanya di mana nenek dan ibu bapanya ketika itu.
“Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya: “Paklang, kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?” Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya. Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, hari ini.
Katanya, kejadian berlaku ketika dua sekeluarga itu yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands. Dia berkata, dua keluarga itu sememangnya jarang berjalan jauh untuk melancong dan selain bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kejadian, mereka sempat juga berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu semalaman bermula Ahad lalu.
“Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang arwah Mohd Zairul dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
“Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan. Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden itu melalui berita di media massa,” katanya.
Mohd Zakri berkata, sementara ibunya, Fatimah yang turut maut dalam kemalangan itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh selain daripada sempat tidur bersama cucu-cucunya di rumahnya serta rumah abang ketika menyambut Aidiladha lalu.
“Ibu juga kelihatan sentiasa ceria sejak kebelakangan ini. Ada juga dia meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami,” katanya.
Dia berkata, jenazah tujuh sekeluarga itu akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses bedah siasat dan akan disemadikan dalam satu liang lahad.
Muhammad Haziq Zikri yang terselamat patah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, iaitu Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, cedera parah.
PUNCA KEMALANGAN
Mangsa sekeluarga yang menaiki Perodua Alza dipandu Mohd Zairul sebenarnya dalam perjalanan dari Cameron Highlands selepas pulang bercuti menghala ke Simpang Pulai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.
Kereta berkenaan seterusnya memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan treler itu yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun.
Perodua Alza terbabit kemudiannya terbalik yang menyebabkan kesemua tujuh mangsa maut serta tiga lagi yang cedera parah terperangkap di dalamnya.
Pemandu treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang kepada Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, ketika ditemui di Unit Forensik HRPB berkata, ketika kejadian berlaku ketika semua 10 mangsa yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.
Katanya, dia dengan Hazliza adalah sepupu yang mana semua mangsa yang menaiki Perodua Alza terbabit berasal dari Serdang, Kedah yang membabitkan dua kampung berbeza.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pagi tadi kita telah dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki (Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, 5 bulan) yang ditemui dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Cave, Selangor.
Apa yang lebih memilukan apabila ibu mangsa, Farah Madihah Othman telah meluahkan perasaan sedihnya menerusi akaun Facebook milik beliau.
Adam syg.. Sejuk ya dlm peti tu..Xpe syg nnti msuk syurga semua indah2 yg Adam dpt.. Igt pesan mama jd diri kat sana.. Nanti mama papa dtg ye syg kita mandi buih lagi .. Innalillahiwainnalillahirojiun..
Beliau juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencari Adam dan mendoakan kesejahteraan buat Adam.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan, saudara mara dan rakyat malaysia semua kerana berusaha cri adam dan doa baik-baik utk adam..
Adam rayqal bin mohd sufi naeif
9/2/2018-3/7/2018
Rata-rata netizen melahirkan dukacita ke atas pemergian bayi tersebut. Ada yang menganggap perbuatan pengasuh tersebut tidak patut dan sangat kejam.
Kita hanya mampu mendoakan kedua ibu bapa arwah baby Adam tabah menghadapi semuanya dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Selepas menimang cahaya mata perempuan 21 September lalu, Nabil Mahir dan Ayda Jebat dah mula berkongsi gambar Ana Nayla buat tatapan peminatnya. Walaupun hanya sesekali memuat naik gambar anak mereka, tapi ia sentiasa menjadi perhatian peminat.
Terkini, Ayda dan Nabil telah berkongsi beberapa foto puteri kesayangan mereka di IG Ana Nayla. Malah di instagram Ayda juga dia turut meletakkan aksi gambar si comelnya sedang nyenyak tidur dengan menulis kapsyen “Cute macam mummy dia kan?”
Dengan memakai baju warna pink dan headband bunga di kepala, menyerlahkan lagi kecomelan Ana Nayla ini.
Malah Ayda juga turut berseloroh bahawa Ana Nayla bersiap ni sebab nak pergi ke pertunjukan fesyen.
Ana Nayla dah ready nak pergi #KLFW2021 ni!
Tambah Ayda, pertama kali bergelar ibu, tengok anak tidur pun comel. Apatah lagi bila makin besar, pasti banyak lagi momen best. Sekarang kalau Ana Nayla lepas menyusu, dia mempunyai ‘pose’ tersendiri.
“Geram je tengoknya, dengan pipi seketulnya tu,” katanya.
Sementara itu, Ayda yang memang dikenali dengan perangainya yang sempoi turut bertanya anaknya itu comel macam dirinya ataupun sama seperti Nabil Mahir.
Di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini memberitahu bahawa raut wajah Ana Nayla yang terbaru sama seperti Ayda Jebat.
Apa yang buatkan ramai geram, bahagian mata Ana Nayla yang macam anak Mat Saleh. Menawan sungguh!
Kredit: Instagram Ana Nayla & Ayda Jebat
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.