Pelakon dan penyanyi kesayangan ramai, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira buat para peminat apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga. Perkongsian manis itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, sekali gus mencuri perhatian warganet dan rakan artis yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah.
Ayda, atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, memaklumkan dirinya kini hamil empat bulan. Sebagai seorang selebriti yang aktif, berita ini nyata membuatkan ramai teruja kerana sebelum ini Ayda masih kelihatan lincah dan ceria menguruskan kerjaya serta keluarga.
Hantaran yang dibuat Ayda segera dibanjiri doa dan ucapan manis, termasuk daripada rakan artis rapat, Mira Filzah yang pernah bergandingan dengannya dalam drama Mandul Bukan Pilihan. Mira dengan nada berseloroh menulis,
Ads
“Awak rahsiakan dari kami ya. Tapi saya gembira jadi antara yang pertama tahu. Kalau tak, memang saya tak bagi Elhan (watak Ashraf Muslim) campak-campak awak. Tahniah, jangan nakal-nakal okey.”
Ayda yang terkenal dengan sifat ramah dan mesra, membalas dengan penuh kasih sayang, “Maaf sayang, saya terpaksa. Kalau tak mesti kalian tak bagi buat dramatik. Insya-Allah semuanya okey. Sayang kamu semua.”
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Nabil Mahir pada tahun 2020. Pasangan ini sudah dikurniakan dua cahaya mata, Ana Nayla yang kini berusia empat tahun serta Aali Mateen yang berusia dua tahun. Kini, kehadiran anak ketiga pastinya menambah keceriaan rumah tangga mereka.
Ads
Bagi ibu-ibu, kehamilan anak ketiga biasanya membawa pengalaman berbeza. Walaupun tubuh sudah terbiasa dengan proses kehamilan, tanggungjawab mengurus dua anak kecil serentak boleh menjadi cabaran. Namun, sokongan pasangan serta keluarga menjadi kunci utama untuk memastikan ibu hamil kekal positif dan sihat sepanjang tempoh mengandung.
Berita gembira ini bukan sahaja mengundang senyuman buat peminat, malah memberi inspirasi kepada para ibu bahawa setiap anak adalah rezeki yang tidak ternilai. Semoga kehamilan Ayda dipermudahkan dan bayi yang bakal lahir nanti sihat serta menjadi penyeri keluarga kecil mereka.
✨ Tahniah sekali lagi buat Ayda Jebat dan Nabil Mahir!
Sekejap masa berlalu, dah lima bulan usia kandungan isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai. Nampaknya wajah mommy Fazeera pun makin berseri-seri.
Mula menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor selepas bergelar isteri Fizo, penampilan dan kehidupan Fazeera atau mesra disapa Faz tak terlepas menjadi perhatian peminat.
Apatah lagi sejak berita kehamilannya diketahui umum, ramai yang mahu mengetahui perkembangan bekas pramugari ini.
Due date bulan Julai
Menerusi perkongsian nona.my, wanita kelahiran Kuching Sarawak ini mengakui kandungannya kini sudah pun berusia 5 bulan.
“Due date inshaAllah early Julai, 10 Julai. Alhamdulillah kami regularly buat check-up baby.
“Jika ditanya perancangan lepas bersalin nanti, semestinya jaga baby dan lepas habis degree, i planning to persue my Master dalam bidang psikologi,” kongsinya.
Fizo anak lelaki dan suami penyayang
Sementara itu, berkongsi lanjut detik perkenalan dengan pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa berkenaan, Faz jelaskan semua ini tak plan.
“Tak plan pun nak go further, nak kenal-kenal je. Masa tu kami kenal melalui kawan, kami tukar nombor telefon dan kita selalu jumpa, keluar jumpa keluarga dan keluarga merestui hubungan dan saya pun selesa dengan keluarga Fizo. Jumpa Maryam pun dia sangat ok dengan saya. Jadi kami ambil keputusan berkahwin,” ujarnya.
Di tanya kenapa Fizo Omar jadi pilihan? “Apa yang saya nampak Fizo is very lovely actually. Dia sangat lovely especially everyone around him, dia sangat baik dan dia suka tolong orang. Itu yang saya nampak. Dan dia punya bonding tak macam lelaki lain.
Lelaki lain sometimes malu nak bawa mak ke mana-mana, tapi dia tak kisah. Everywhere dia pergi ada his mom jadi benda tu buat Faz macam he’s the one.”
Fizo dan Faz mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda adalah seorang wanita yang sedang hamil, bagaimanakah posisi tidur ibu hamil yang anda amalkan? Anda tahu tak apa posisi tidur ketika hamil yang selamat?
Adakah anda dapat tidur yang cukup? Ada kajian mendapati sebenarnya… terdapat kesan tentang posisi tidur ketika hamil dan bayi! Apakah kesan yang dinyatakan tersebut?
Posisi tidur ibu hamil: Apa kepentingan tidur bagi wanita hamil?
Tidur sewaktu hamil adalah satu komponen penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan anak. Itu betapa pentingnya tidur bagi wanita hamil. Akan tetapi, banyak komplikasi yang sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur sewaktu tempoh kehamilan seperti praeklampsia dan diabetes gestasi.
Walau bagaimanapun, kurang tidur sebenarnya sering menjadi masalah buat ibu hamil terutamanya ketika di trimester ketiga. Kajian yang dijalankan di China pada tahun 2017 mendapati 23.9% wanita daripada 2,345 subjek mengalami masalah sukar untuk tidur.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kenapa wanita sukar tidur ketika hamil. Antaranya seperti:
Terlebih tidur: Bagus ke?
Jika ibu mengandung berisiko mendapat komplikasi akibat kurang tidur, adakah ini bermakna mereka perlu melelapkan diri sepanjang hari?Jawapannya, tidak. Kajian pada tahun 2013 menunjukkan mereka yang terlebih tidur (lebih 9 jam sehari) berisiko tinggi mendapat komplikasi kardiovaskular.
Rawatan bagi masalah sukar tidur penting untuk kesihatan bayi dan ibu pada paras yang optimum dalam jangka masa panjang.
Hubungan antara sukar tidur ketika hamil dan trimester kehamilan
Jika dilihat pada pola keletihan di kalangan wanita hamil, mereka seringkali mengalami kelesuan pada trimester pertama dan trimester ketiga. Trimester pertama kerana ia dikaitkan dengan perubahan hormon mendadak. Ini mengakibatkan terjadinya simptom kelesuan kesan loya, muntah dan hilang selera makan.
Bagaimana pula dengan trimester ketiga?
Semakin meningkat tempoh kehamilan mereka, semakin sukar untuk mereka dapat tidur selama 8 hingga 9 jam. Ini seringkali disebabkan masalah keresahan, takut dengan proses bersalin dan susah jumpa posisi tidur ketika hamil yang selesa. Terutamanya jika mereka sudah biasa tidur meniarap.
Terdapat kajian menunjukkan ibu yang tidur kurang 6 jam sehari akan mengalami proses bersalin yang lebih lama. Ini sekali gus meningkatkan kebarangkalian berlakunya pemilihan prosedur C-Section.
Posisi tidur ketika hamil dan berat badan bayi
Sekumpulan saintis Universiti Auckland, Australia mendapati wanita hamil yang tidur telentang semasa trimester ketiga, cenderung melahirkan bayi dengan berat badan yang rendah.
Berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil tidur telentang berpurata sebanyak 3.41 kg. Berat ini kekurangan 144 gram berbanding berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil yang tidur dengan posisi berlainan seperti tidur mengiring.
Posisi tidur terlentang: Adakah ia posisi tidur semasa hamil yang selamat?
Berbaring atau tidur terlentang dipercayai boleh menyebabkan perut yang sarat memampatkan vena cava, iaitu salur vena besar yang mengembalikan darah dari kepala dan seluruh badan ke jantung, dan aorta.
Ini mengurangkan kadar pembuangan karbon dioksida dan pengambilan oksigen oleh sel darah merah untuk dibekalkan ke seluruh badan, termasuklah janin. Rahim wanita yang sarat juga boleh menghimpit organ lain, menyebabkan mereka sukar untuk tidur. Ini akan menjejaskan kualiti tidur serta kebolehan untuk kekal terlelap di sepanjang malam.
Posisi tidur secara mengiring merupakan posisi yang ideal untuk ibu mengandung. Ia dapat memberikan tahap keselesaan yang optimum kepada si ibu, selain melancarkan aliran darah ke uri untuk tumbesaran janin.
Cuba letakkan bantal di bawah badan atau tinggikan aras kepala katil ketika tidur kepada posisi 45 darjah atau mana-mana yang anda selesa. Ia boleh melegakan simptom pedih ulu hati atau kesukaran untuk bernafas kesan himpitan rahim pada otot diafragma.
Oleh itu, bagi wanita hamil terutamanya bagi mereka yang berada pada trimester ketiga, cubalah untuk tidur dalam posisi tidur ketika hamil yang lain, selain terlentang.
Anda boleh mengiring ke kanan atau ke kiri untuk mengurangkan beban di atas saluran vena dan tulang belakang badan anda. Kami juga percaya tidur di bahagian sisi adalah lebih selesa berbanding tidur telentang bagi ibu yang sedang hamil.
Cuba biasakan diri tidur dalam posisi tersebut dari trimester pertama. Jika masalah sukar tidur atau simptom yang mengganggu menjadi semakin teruk, dapatkan rujukan doktor untuk rawatan selanjutnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas melahirkan anak ketiga pada 2019, pelakon, Dynas Mokhtar, 39, memberi kejutan kepada rakan dan peminatnya apabila memuat naik sepotong video di Instagram yang menunjukkan dia kini sedang hamil.
Menerusi video yang memaparkan momen-momennya bersama keluarga itu, Dynas turut menyelitkan videonya yang sedang memegang ‘baby bump’ tetapi tidak menyatakan usia kandungannya.
Perkongsian tersebut ternyata memberi keterujaan kepada rakan dan peminatnya yang langsung tak menyangka sama sekali Dynas sedang hamil anak keempat.
Malah, di ruangan kapsyen juga, Dynas seakan mengiyakan segala persoalan tersebut selain turut memohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Apa yang menarik perhatian ramai, walaupun hamil di usia lewat 30-an, ramai memuji Dynas kerana kelihatan lincah dan bertenaga.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dynas dan suami.
“Geng 2023..”
Ada yang meneka kandungan Dynas dah mungkin masuk trimester kedua dan rata-ratanya mendoakan mommy dan bayi dalam kandungan sihat serta dipermudahkan urusan kelahiran nanti.
Sekadar informasi, Dynas telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Edriel Obil yang lahir pada tanggal 17 Mei 2019.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa dan Muhamed Haqaish.