Kehamilan

Tahniah Henry Golding & Isteri, Umum Khabar Gembira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Share

Lakonannya dalam Crazy Rich Asians cukup hebat dan sejak itu, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia terus mencipta nama dipersada seni antarabangsa. Apa yang lebih mengujakan Henry Golding berkongsi khabar gembira tentang kehamilan isterinya, Liv Lo.

Tiada yang lebih buatkan setiap pasangan teruja selain mendapat zuriat sendiri. Tambahan pula usia perkahwinan sudah memasuki 4 tahun.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Henry menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.

Dalam hantaran tersebut, Henry yang pernah mengacarakan program televisyen berbentuk travelog turut berkongsi gambar bersama isteri kesayangan yang sudah jelas kelihatan ‘baby bump’

“2021 sudah kelihatan lebih cerah,” tulisnya ringks sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Henry tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas perkabaran tersebut.

Antara yang turut meninggalkan komen adalah Yuna, Azura dan juga selebriti-selebriti antarabangsa.

Terdahulu, Henry telah mendirikan rumah tangga bersama Liv Lo yang juga seorang pengacara di stesen televisyen Taiwan pada tahun 2016 di negeri kelahirannya, Sarawak.

Sumber: Gempak & IG Henry Golding

Baca: “Geramnya Tengok Pipi Dia, Comel Sangat”, Ameer Sofarz Kongsi Wajah & Nama Anak, Wargamaya Teruja Tengok Pipi!

Baca: Bila Hamil Banyak Benda Buat Rasa Resah & Tak Selesa, Ini Cara Mama Nak Dapat Tidur Lena Masa Mengandung

Baca: Penat Bersalin Belum Hilang, Tumpah Darah Pula! Yang Alami Ibarat Bertarung Maut

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN