Selepas berhempas pulas menggerakkan perniagaan tudungnya, Ramadan kali ini kata Fazura, dia mahu memfokuskan kepada amal ibadah.

Tidak hanya bersama suami, bahkan kata ibu cantik manis ini lagi, dia juga kini mahu anaknya, Nur Fatima Aisya menikmati kemuliaan Ramadan sejak kecil lagi.

“Tahun Lepas Kecil Lagi” Fatima Dah Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur!

Malah kata Fazura lagi, tahun ini dia tekad memperkenalkan anak sulungnya yang kini berusia setahun tujuh bulan untuk sama-sama melakukan ibadah sepanjang Ramadan termasuk menjalani amalan bersahur bersama-sama.

“Tahun Lepas Kecil Lagi” Fatima Dah Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur!

“Insya-Allah Ramadan tahun ini saya akan fokus memperbanyakkan amal ibadah.

“Selain itu tahun ini juga merupakan tahun kedua saya menyambut Ramadan bersama anak (Fatima). Tahun lalu dia masih kecil, jadi ketika bersahur dia tidak bangun.

IKLAN

“Jadi tahun ini saya mahu Fatima bersama-sama merasai kenikmatan bulan Ramadan termasuk bangun sahur bersama,” katanya.

“Tahun Lepas Kecil Lagi” Fatima Dah Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur!

Walaupun masih belum mengerti, namun kata Fazura menerusi satu temubual bersama program Melodi, dia mahu memperkenalkan amalan berpuasa lebih awal pada Fatima.

Semuanya demi memupuk minat berpuasa pada anak kecilnya itu.

“Tahun Lepas Kecil Lagi” Fatima Dah Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur!

IKLAN

“Salah satu cara mendidik anak sejak kecil adalah bermula daripada bangun sahur ketika di bulan puasa.

“Fatima akan ikut apa sahaja yang dilakukan oleh saya dan suami. Jadi kami kena tunjukkan contoh yang baik.

“Tahun Lepas Kecil Lagi” Fatima Dah Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur!

“Lagi satu, saya ingin mendidik Fatima supaya tidak terlalu mengharapkan pahala semata-mata kerana berharap keredaan Allah SWT itu adalah lebih penting,” katanya lagi berkongsi.

IKLAN

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

“Tahun Lepas Kecil Lagi” Fatima Dah Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

“Tahun Lepas Kecil Lagi” Fatima Dah Setahun 7 Bulan, Fazura Didik Anak Bangun Sahur!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI