Tak ada bayi atau kanak-kanak yang tak menangis atau meronta bila duduk “safety seat”, tanyalah mana-mana ibu bapa yang berjaya keledarkan anak-anak mereka.
Menangis macam kena dera, sampai keluar air hidung, “shoulder pad” pun boleh basah dengan air mata yang mengalir.
Dari “newborn” sampai sekarang masih ada episod menangis macam kena dera tu.
Cuma sekarang dah banyak kurang menangis dalam kereta. Siap boleh “entertain” diri sendiri kat belakang.
Ads
Pasang lagu wajib dia “Ampar-ampar pisang” atau lagu nancy ajram. Kereta jalan dia pun senyap je main atau tidur kat belakang.
Bila buka pintu tengok dia tidur lena dalam kerusi ni pun rasa syukur sangat. Sesetengah bayi/kanak-kanak ambil masa lama nak biasakan diri dengan “safety seat”
Ads
Teman dia ke mana-mana björn hadiah dari aunty kiah Siti Nurkiah Ishak tu je. Kalau tak gigit björn tu, dia gigit la tali kat depan “crotch pad” tu.
Tip dia pasang la apa-apa lagu yang anak suka. Bedung dari luar “buckle”. Mak ayah pun hati kena kental juga la bila dengar anak menangis tu. Rileks dan bertenang, memandu saja macam biasa.
Setiap kali letak mereka dalam tu boleh juga beritahu mereka perlu duduk dalam kerusi itu untuk keselamatan mereka. Pastikan mereka di keledarkan dengan kemas. Ok tu je.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sulung selalunya menggalas tanggungjawab yang besar. Ini kerana mereka merupakan anak yang pertama di dalam keluarga. Namun, ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang pengorbanan anak sulung ini.
Jadi, ambil masa fikirkan apa yang mereka sudah lakukan untuk anda dan keluarga dan ucaplah sekurang-kurangnya ‘terima kasih’ atas bantuan dan pengorbanan mereka itu.
Begitu juga contoh pada adik-adik, anak sulung akan jadi ikutan pada adik dibawahnya tak kiralah buat apa sekalipun.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka boleh dijadikan panduan untuk membesarkan anak-anak.
Apa Rania (kakak) buat Aisy (adik) mesti nak tiru. Walaupun ada terdetik dalam hati takut aisy jadi pondan sebab pengaruh kakak tapi sebenarnya ini berita baik.
Aisy boleh belajar hormati kakak. Jika sekarang aisy boleh hormat kakak insyaallah bila dah besar nanti dia tahu hormat wanita.
Kakak role model pada adik !
Masa rania lahir dia memang tak ada pengaruh lain selain mak ayah. Jadi role model rania hanya ada mak dan ayah.
Tapi berbeza dengan aisy. Bukan sahaja mak dan ayah, malah rania juga jadi role model. Bahkan rania sebenarnya role model no-1 aisy.
Buktinya bila,
Adik lebih mudah dengar cakap kakak.
Adik lebih suka bermain dengan kakak.
Adik lebih cepat tiru apa kakak buat.
Adik lebih girang nampak kakak.
Semuanya lebih baik bila dengan kakak.
Tak tahu nak terangkan tapi mungkin kerana jarak umur yang dekat atau sama-sama masih ada otak kebudak budakan maka keserasian mereka lebih terserlah.
Jadi nak tak nak saya terpaksa didik aisy rizqi dengan cara mendidik annur rania.
Bila nampak aisy menendang rania saya ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh bagi aisy tendang rania.
Bila nampak aisy berebut mainan dengan rania saya akan ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh berebut kena main sama-sama.
Bila nampak aisy main mekap rania saya akan pesan pada rania, adik boy tak boleh main mekap.
Begitulah. Nak pesan pada aisy bukan dia faham jadi saya pesan pada rania.
Supaya rania sendiri boleh cakap pada adik dia pesan yang sama bila perkara yang sama berlaku lagi.
Didik kakak sebaiknya, maka adik pun akan terdidik sekali. Mudah mudahan.
Kadang kita lupa. Anak sulung sebenarnya ada pengaruh yang sangat besar pada adik-adik. Yang akan menjaga bonding adik beradik ialah anak sulung, bukan mak ayah.
Jadi kalau nak bonding anak-anak kita kuat dan tak berpecah didik la anak sulung supaya sayang kat adik adik dia.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Siapa anak sulung dia mesti faham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, sejuk perut ibu mengandung jika anak-anak mempunyai keperibadian yang baik. Seawal usia yang masih kecil, ibu ayah perlu mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik.
Seperti yang dikongsikan ibu ini, Ija Juhari, dia bersyukur kerana anaknya tidak perlu disuruh untuk menunaikan solat. Katanya lagi, pendidikan solat bermula sejak anak masih bayi. Apakah kaedah yang digunakan oleh ibu ini?
“Mummy, dah pukul berapa?”
“Dah pukul 9, jom tidur.”
“Tapi Eesa tak solat lagi. Sekejap ya Eesa solat dulu.”
Begitulah setiap hari. Kalau di kejut bangun Subuh terus bingkas bangun. Tak pernah bertanya apa-apa sebab dia dah tahu masuk waktu solat.
Perut ibu mana tak sejuk kalau setiap kali anak yang ingatkan kita dia tak solat lagi. Hati ibu mana tak tersentuh bila dia bangun terus siapkan katil dan dia yang kejutkan kita untuk solat.
Bukan mudah untuk menjaga bayi berumur 4 bulan seorang diri tanpa seorang ayah. Tambahan apabila waktu-waktu genting seperti nak solat atau ‘nature call’. Tapi kekurangan itu membuatkan kita lebih kuat.
Orang selalu tanya bagaimana nak ajar anak solat sejak kecil?
Sebenarnya pendidikan solat untuk anak-anak bermula sejak bayi. Solat perlu diterapkan kerana ia adalah ibadah wajib bagi seorang muslim. Ia adalah tanggungjawab yang berat untuk kedua-dua ibubapa.
Umur 0-7 tahun adalah peringkat usia yang paling mudah untuk dibentuk. InsyaAllah di bawah ini adalah tips-tips yang saya amalkan kepada Eesa Putra sejak kecil.
1.Haramkan diri dari mendengar musik selama 2 tahun. Tiada lagu dari radio atau tv. Masuk kereta hanya pasang CD Al-Quran. Balik rumah hanya dengar alunan Al-Quran.
2.Banyakkan membaca Al-Quran. Waktunya adalah selepas subuh ketika menunggu masuk Syuruk. Sebelum Dhuha (jika waktu cuti). Selepas maghrib menunggu waktu Isyak dan selepas Isyak sebelum tidur.
3.Banyakkan membaca terjemahan Al-Quran untuk memahami kalam Allah. Bercerita dengan anak dalam perut dan sentiasa berdoa dengan doa-doa dari Al-Quran.
4.Banyakkan baca doa untuk anak-anak dan keturunan yang soleh. InsyaAllah berkesan.
1.Deria Mendengar dan Melihat Ibu bapa adalah role model anak-anak. Anak akan lebih mudah mengikut apa yang mereka selalu lihat dan dengar. Sewaktu masih bayi dan berumur 0-2 tahun mereka banyak mendengar selepas umur 3-4 tahun itu mereka banyak melihat.
Umur 5-6 tahun mereka akan meniru. Dengar dan lihat adalah dua deria yang utama sewaktu mereka kecil. Pertumbuhan kanak-kanak paling cepat adalah umur 0-7 tahun. Sebab itulah kita perlu memupuk kebaikan, disiplin dan sifat-sifat yang baik sewaktu mereka masih kecil.
2.Waktu Azan dan Masuk Waktu Solat Ajari mereka tentang Azan dan beritahu mereka bunyi azan menandakan masuk waktu solat. Ibubapa mesti sentiasa peka dengan Azan dan bersegera untuk menunaikan solat. Dari situ anak-anak akan faham tentang azan dan masuknya waktu solat. Nampak mudah tapi sangat berat sebab dari sinilah anak-anak akan mula melihat sifat ambil berat tentang waktu solat.
3.Sentiasa Solat Di Hadapan Anak-anak Bakat meniru anak-anak ini kadang-kala menggelikan hati. Tapi itulah salah satu dari didikan untuk kita mengajar mereka tentang rukun solat. Solatlah di hadapan mereka supaya mereka dapat meniru dan mengajuk kita. Kemudian terangkan apa yang mereka lakukan.
4.Puji dan Didik Memang susah nak khusyuk dengan anak-anak yang mengganggu solat kita. Tapi jangan jadikan ia sebagai satu halangan. Galakkan mereka untuk berdamping rapat dengan kita. Ajar mereka untuk solat di sebelah walaupun mereka hanya ikut untuk satu rakaat. Pujilah apa yang mereka lakukan walaupun ia salah. Jangan terlalu keras kerana kita mahukan mereka seronok bukan terpaksa.
5.Bawa Mereka Pergi Masjid & Surau Dekatkan mereka dengan suasana masjid dan surau supaya mereka sentiasa ingin solat pada waktunya. Sentiasa ajar mereka adab dalam masjid. Cari masjid yang children friendly. InsyaAllah mereka akan suka ke masjid.
6.Ajar Mereka Mengenal Allah dan Tuntutan Solat Ajar anak kewajipan solat dan kepada siapa kita bersujud. Ceritakan tentang kekuasaan Allah dna keindahan kehidupan di alam yang kekal. Sentiasa cerita yang benar tentang dunia.
7.Baca Al-Quran dan Berzikir Dekatkan anak dengan Al-Quran dan baca bersama mereka untuk memberikan kefahaman tentang suruhan dan larangan Allah. Sentiasa ingatkan tentang hukuman yang Allah sediakan untuk orang-orang yang melanggar suruhanNya.
Tiada apa yang lebih penting dari solat. Solat sahaja yang dapat menghalang dari pekara keji dan maksiat.
Tiada apa yang lebih penting untuk kita selain dari doa anak-anak yang soleh. Salah kita jika selepas mati mereka tidak tahu untuk berdoa untuk kita apatah lagi solat.
Solat itu tiang agama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga anak perempuan tidak mudah. Anak lelaki dan perempuan kedua-duanya pun ada cabaran berbeza. Yang penting ibu ayah mesti tahu caranya.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik cahaya mata perempuan. Apabila ibu bapa tahu cara untuk tackle situasi, proses mendidik dan menerapkan nilai murni lebih berkesan.
Kerana itu yang banyak janji
Dan hadis hadis Nabi
Tentang janji syurga pada yang mampu menjaga anak perempuan mereka!
Lahirnya mereka dengan karenah
Nak tunggu ke besar kemain payah
Penjagaan mereka sangat lah renyah
#1: DEKATKAN MEREKA DENGAN AGAMA
Bermula daripada awal umurnya
Segala hukum & inti agama wajib diajarkan si ibu dan bapa
Masuk sahaja umur baligh mereka
Si bapa wajib ajarkan hukum hakam darah haid & yang segala yang bersangkutan dengannya.
#2: PERLU DIAJAR SIFAT MALU YANG TINGGI
Anak perempuan ini
Juga wajib diajarkan sifat malu yang tinggi
Kerana malu itu sifatnya melindungi!
Melindungi maruah anak perempuan yang kita sayangi
Sungguh, Anak perempuan itu berbeza
Daripada anak laki laki
#3: CARA MENEGUR NADA TIDAK BOLEH TERLALU TINGGI
Nak Marah?
Tak boleh guna nada yang terlampau tinggi
#4: NAK SURUH MESTI PUJUK
Nak menyuruh?
Kena banyak guna pujukan dan berkata dari hati ke hati
Ya, kerana sensitiviti dan empati mereka biasanya terlebihlah tinggi!
Itulah anak perempuan kita
Membesarkannya sangat lah payah
Menjaganya tidaklah mudah.
IBU AYAH BERLAPANG DADA
Tetapi senyumlah wahai ibu ayah semua Ingatlah dan renungkanlah Sabda Nabi ini, nescaya semuanya akan jadi mudah dan indah :
” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].
Sumber: Taufiq Razif
Abi kepada 2 orang anak perempuan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!