Cuti sekolah hampir tiba. Gusar memikirkan ke mana mahu bawa anak-anak berseronok? Jika anak-anak anda peminat siri kartun siaran Nickelodeon, jangan lepaskan peluang untuk bawa mereka bermain slime di LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid. Tak lama saja lagi, Nickelodeon Slime Time ini akan bermula dari 15-31 Mac 2019 merupakan acara unik yang penuh lendiran (slime) hijau neon di Malaysia buat julung kalinya. Confirm syok!

Apa Yang Menarik?

Acara bertemakan slime ini ada dua versi permainan, yang pertama untuk anda yang mahu bermain secara ‘bersih’. Permainan versi kedua pula lebih lasak dan pastinya anda akan merasai pengalaman diselaputi slime hijau neon ini. Terdapat beberapa aktiviti di Nickelodeon Slime Time yang boleh anda cuba seperti  Slime Escape Room, Slime Workshop, Slime Slide, Slime Blaster, dan Slime Shower.

Tak Ada Idea Nak Buat Apa Cuti Sekolah Ni? Rasai Pengalaman Main Slime Hijau Neon di Nickelodeon Slime Time

Selesaikan Klu Untuk Keluar

Jika anda meminati aktiviti mencabar minda, pilihlah untuk bermain di Slime Escape Room. Dalam permainan ini, anda akan diberi masa selama seminit untuk menyelesaikan klu yang diberi dan cari kunci untuk melepaskan diri! Berjaya selesaikan kesemua klu itu dalam masa yang ditetapkan, anda berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa. Mencabar sudah pasti, tetapi pasti seronok jika melakukannya bersama keluarga tersayang.

IKLAN

Bahagian luar Slime Escape Room pula  merangkumi dinding berwarna penuh dengan kesan grafik menarik. Lebih seronok kerana satu keluarga boleh guna dakwat berwarna yang disediakan dan warna sendiri mural yang ada pada dinding. Serlahkan bakat kreatif anda di sini!

Buat Sendiri Slime Anda

Anak-anak boleh bermain gelongsor yang bertemakan slime di Slime Slide. Menariknya kerana terdapat gelongsor dengan tiga ketinggian berbeza. Penat main gelongsor, belajar pula cara buat slime sendiri di bengkel yang terdapat di sini. Slime Workshop hanya diadakan pada hujung minggu dan jika anda mahu mencubanya, pastikan prapendaftaran dibuat ya?

IKLAN

Main Tembak-Tembak

Untuk anak-anak, mereka pasti akan menggemari aktiviti menembak di Slime Blaster. Ia adalah permainan tembakan slime dengan Hyper Blaster. Yang seronoknya, main tembak-tembak pun boleh dapat hadiah menarik!

Lumur Slime Satu Badan

IKLAN

Mandi slime di Slime Shower. Untuk satu-satu masa, hanya enam orang dibenarkan. Jadi anda harus buat prapendaftaran dahulu. Menariknya permainan ini kerana anda akan bermandikan slime hijau neon dari hujung kepala ke hujung kaki anda. Jangan lupa bawa pakaian lebih dan tanggalkan kasut dulu sebelum dilumuri slime.

Tak Ada Idea Nak Buat Apa Cuti Sekolah Ni? Rasai Pengalaman Main Slime Hijau Neon di Nickelodeon Slime Time

Berikan ganjaran untuk anak-anak dan diri sendiri dengan mencuba sendiri pelbagai pilihan permainan menarik di Nickelodeon Slime Time. Percutian di sini akan mencipta memori yang berbeza dari sebelumnya. Jangan ketinggalan untuk bermain slime hijau neon ini dalam masa dua minggu lagi. Selamat bermandikan slime!

Untuk maklumat lanjut, layari https://sunwaypyramid.com atau kunjungi laman FB kami di https://www.facebook.com/sunwaypyramid/

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI