Benar, rezeki kita tak sama. Ada ibu yang direzekikan untuk dapat menyusukan anaknya hingga usia enam bulan dan hingga dua tahun. Namun ada pula yang tidak dapat menyusukan anak di awal kelahiran lagi. Semuanya atas pelbagai alasan.
Jangan judge ibu-ibu ini kerana setiap ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Siapa yang tidak mahu anak sihat dengan susu ibu namun tidak semua orang punya rezeki.
Perkongsian Terapis Carakerja (Occupational Therapist) Pn Maryam Jamadi banyak benarnya. Tak perlu mendengar kata-kata orang lain, asalkan anak kita sihat membesar, sudah memadai.
“Breastfeeding is not a choice, its a tanggungjawab. Kalau tak mampu, cari ibu susuan”
Tadi saya terbaca statement di atas, tapi entahlah walaupun saya menyusu penuh kedua-dua anak saya tetapi rasa ‘something wrong somewhere” dengan ayat di atas.
Sebab, statement tersebut mungkin akan melukakan hati
1. Ibu yang memang ada masalah penyusuan.
2. Ibu yang terpaksa hentikan pengeluaran susu atas sebab masalah kesihatan dan mengambil ubat.
Ads
3. Ibu yang mempunyai masalah emosi atau kesihatan mental terganggu.
4. Ibu yang kerja sektor kritikal, nak ke tandas pun tak sempat apatah lagi mengepam susu.
5. Suami yang kematian isteri semasa/selepas melahirkan anak.
Kita tak tahu rezeki dan ujian setiap orang.
– Ada orang yang ada susu banyak tetapi anak pula ada masalah tidak boleh menyusu/tidak boleh terima susu badan.
Ads
– Ada orang yang susu banyak tetapi ada masalah susu pula tak boleh keluar (inverted nipple dll).
– Ada orang yang masa anak pertama susu melimpah ruah, tiba anak kedua tiada rezeki susu.
– Ada orang diuji dengan kesihatan mental semasa proses menyusukan anak.
Saya ada kenalan yang susunya banyak melimpah ruah, tetapi ada masalah susu tak boleh keluar pula (inverted nipple) sehingga bengkak susu dan dapat jangkitan. Setiap kali pam susu, keluar susu bercampur darah. Akhirnya, terpaksa lakukan pembedahan dan hentikan pengeluaran susu.
Ads
Jadi, mohon sangat kalau nampak bayi baru lepas lahir menyusu botol tak perlulah kita “judge” mereka sebagai “kurang usaha” atau “kurang jadi ibu” selagi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Ya, perjalanan menyusukan anak memang tidak mudah, banyak pengorbanan terpaksa dilakukan. Sakit dan lenguh-lenguh badan. Korbankan masa. Anak melekat dengan ibu sampai susah nak buat apa-apa. Kena gigit.
Itu belum lagi ibu yang bekerja, awal pagi dah bangun sediakan kelengkapan menyusu. Sambil bekerja, sambil pam. Tapi…. jika kita adalah ibu yang menyusu badan dan berjaya harungi semua cabaran dan dugaan. Ia bukanlah tiket untuk kita memperlekehkan ibu-ibu yang tidak mampu.
Kerana semuanya 100% bergantung kepada rezeki Allah juga. 1 Rezeki ada susu. 2. Rezeki anak itu sendiri 3. Rezeki ada masa. 4. Rezeki ada suami yang menyokong. 5. Rezeki tempat kerja kondusif untuk pam susu. 6. Rezeki ada ibu susuan. 7. Rezeki Allah kuatkan mental kita. Rezeki dan ujian Allah beri kepada kita pelbagai cara. Usaha memang usaha tetapi kalau Allah dah kata tak ada rezeki, maka tak adalah.
Susu badan atau susu tepung, tidak mengurangkan keibuan seorang ibu. Daripada kita “judge” ibu-ibu lain, lebih baik kita tawarkan diri jadi ibu susuan. Setuju?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun tak kaya harta, dapat pasangan yang baik, anak yang sihat dan keluarga bahagia pun satu rezeki. Rezeki yang Allah beri ini bukan hanya wang semata-mata. Jika kita amati luas sebenarnya.
Cuma kita tak nampak dan hanya memandang pada satu sudut. Begitu juga dalam bab penyusuan. Ada sesetengah ibu menyusu, susunya cukup meriah sampai boleh buat stok yang banyak. Ada tu cukup untuk anak dan masih lagi boleh berikan sampai dua tahun. Ada juga ibu hanya mampu bertahan untuk 6 bulan pertama saja.
Ok menyentuh bab penyusuan ini, Puan Nad Masrom yang juga Kaunselor Penyusuan berkongsi tip untuk terus cukupkan susu ibu pada anak dengan amalan doa dan sedekah. Ini adalah ikhtiar selain usaha ibu yang rajin menyusukan bayi, mengepam secara berjadual dan makan makanan yang sihat untuk penghasilan susu yang lancar.
Salah satu tips yang saya selalu amalkan dan kongsikan pada ibu-ibu yang alami masalah kemeruduman susu ialah doa dan bersedekah.
Penghasilan susu ibu berkaitan dengan rezeki dari Allah. Walaupun mungkin tiada kajian saintifik yang mengaitkan antara sedekah dan penghasilan susu ibu, kita semua tahu dengan bersedekah, rezeki akan bertambah.
Antara tips sedekah yang mungkin ibu-ibu boleh amalkan:
1. Berkongsi ilmu.
Mana tahu dengan perkongsian ilmu tentang penyusuan susu ibu, ibu-ibu lain dapat menyusukan bayi mereka, dan rezeki susu untuk anak kita pula tidak pernah putus.
2. Bantu orang lain yang memerlukan mengikut kemampuan.
Kadang-kadang sedikit yang kita beri bantuan (seperti duit atau rezeki makan), tapi Allah gandakan rezeki yang lain untuk kita termasuk rezeki susu yang mencukupi walau banyak aral melintang yang datang menguji.
3. Berkongsi rezeki susu yang kita ada.
Jika kita ada lebihan susu perahan, berkongsilah dengan ibu-ibu lain yang memerlukan. Jangan skeptikal dengan status ibu susuan dan anak susuan yang susah nak dijaga hubungan.
Dalam zaman serba moden, ukhuwah boleh terjalin dengan pelbagai cara. Berkongsilah, in shaa Allah rezeki susu akan bertambah.
Ada pelbagai cara lain yang ibu boleh lakukan. Paling saya suka buat ialah beri makan dan beri hadiah kepada ibu-ibu menyusu. Terpulang dengan cara masing-masing. Paling penting, berdoalah selalu agar rezeki susu untuk anak kita tak pernah putus.
Boleh amalkan juga zikir “Ya Matin” untuk banyakkan susu.
Ibu-ibu yang menyusui anaknya bukan sahaja mendidik dirinya untuk bersabar dengan dugaan stok perahan menyusut atau perasaan lelah setiap kali menyusukan bayi.
Tetapi, ibu juga sedang mendidik jiwa yang lain. Siapa lagi kalau bukan jiwa anak kita yang disusukan itu.
Dengan menghadapi pelbagai cabaran penyusuan, kita sentiasa melatih kesabaran dan menunjukkan tauladan yang baik kepada anak kita.
Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum. Kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan.
Kolestrol Turun, Kulit Jadi Glowing, Toksin Pun Tersingkir
Kolesterol merupakan bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung.
Minuman Ajaib Ini Memang Berkesan
Tahap kolesterol boleh dikenal pasti sebagai:
i) Tahap kolesterol baik
Dapat menyokong fungsi sistem badan dengan baik.
ii) Tahap kolesterol jahat
Perlu dikawal supaya dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik.
Pengambilan makanan tinggi kolesterol boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.
Sumber makanan yang mengandungi kolesterol:
*Organ dalaman seperti otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati dan telur ikan.
*Kepala ikan bilis dan udang.
*Telur dan produk yang mengandungi telur, contohnya mayonis.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Maka sebab itulah kolesterol dalam badan perlu dikawal sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Petua dikongsikan oleh Puan Razzyatt Urutan Tradisional. Selamat mencuba!
Minuman Ajaib Ini Memang Berkesan
PETUA TURUNKAN KOLESTEROL
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
1/4 biji lemon
1 sudu besar madu
Cara-cara:
Kisar epal hijau dengan setengah biji timun.
2. Perah suku biji lemon. Campurkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi. Akhir sekali masukkan satu sudu besar madu.
Boleh amalkan minum setiap hari. Bukan sahaja bagus untuk menurunkan kolestrol tetapi juga dalam masa yang sama menjadi kulit lebih ‘glowing’ dan membuang toksin dalam badan. Badan pun terasa ringan sahaja.
INFO TAMBAHAN:
*Epal hijau membantu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Epal hijau mengandungi bahan-bahan yang membolehkan tekanan darah yang tinggi diturunkan serta banyak membantu melancarkan pengaliran darah.
*Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C juga dapat menyerikan dan memastikan kecantikan kulit. Selain itu, khasiat serta vitamin yang terkandung dalam buah ini dapat memastikan kulit tidak dicemari pertumbuhan jerawat dan meninggalkan parut.
*Epal hijau juga menghalang kerosakan gigi. Apabila mengunyah epal, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan banyak air liur dapat mengurangkan bakteria dalam mulut sekali gus mencegah kerosakan gigi.
Sumber: Razzyatt Urutan Tradisional
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat anggota kumpulan K-Clique, Fareed yang kini bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan cahaya pertama mereka pada 8 Ogos lalu.
Kongsi Fareed, isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.86kg secara pembedahan.
Berkongsi rasa gembira, Fareed meluahkan rasa syukur malah turut memberitahu isteri dan anaknya kini dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah isteri dan bayi saya berada dalam keadaan sihat.
“Isteri saya sekarang sedang berehat dan dalam tempoh pemulihan untuk sembuh. Maklumlah bersalin secara pembedahan.
“Bayi kami seberat 2.86kg, syukur semuanya selamat dan dia juga dilahirkan dengan sempurna,” katanya berkongsi.
Isteri Fareed yang juga kakak kepada MK, Siti Hawa kini sedang berpantang di Sabah.
Berkongsi rasa terujanya, akui Fareed ianya satu pengalaman yang baru buatnya dan isteri.
“Saya begitu gembira kerana ia merupakan satu perjalanan baru buat saya dan isteri. Saya juga sangat teruja menjadi seorang bapa,” kongsinya lagi.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.