Ada sebab kenapa bayi menanis. Bukan hanya kerana lapar, boleh jadi juga dia tak selesa dengan lampin yang basah ataupun perut kembung. Memandangkan bayi ni tak boleh bercakap, jadi mereka gunakan tangisan sebagai isyarat unuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada mama papa. Namun kalau asyik menangis, buntu juga kita nak tahu apa masalahnya kan?
Sumber foto: www.freepik.com
BUAT YANG INI DULU!
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Tukar lampin. Kemungkinan lampin basah menyebabkannya dia tidak selesa.
Berinya susu atau makanan. Mungkin dia kelaparan atau haus.
Periksa perut bayi jika dia alami kembung perut. Sapu minyak angin pada perutnya.
Cuba tidurkan bayi. Dia mungkin mengamuk kerana mengantuk.
Periksa pakaian yang dipakainya sama ada terlalu ketat atau tebal yang menyebabkannya tidak selesa. Tukar jika perlu.
Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
Sumber foto: www.freepik.com
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
Ads
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
Sumber foto: www.freepik.com
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Ads
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Sumber foto: www.freepik.com
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Jangan susah hati okay mama papa, periksa betul-betul dan ambil tahu kenapa si manja anda menangis!
Bila anak kita dah mula meniarap dan sudah pandai angkat pinggulnya untuk merangkak, mama papa jangan segan silu untuk cuba merangkak bersama. Begitu juga dengan anak-anak yang sudah besar. Apa salahnya bersama-sama merangkak supaya anak lebih rasa gembira.
Sebenarnya banyak kebaikannya, baik pada anak-anak begitu juga dengan ibu ayah. Perkongsian dari Yatie Eimra ini banyak kelebihannya. Jadi mama papa kena lah baca.
Kebaikan Merangkak Untuk Kanak² & Orang Dewasa
Fydh ni jenis kinestetik & tak boleh duduk diam. Biasa kalau tak dapat keluar (hujan, dsbnya), buat aktiviti fizikal untuk indoor ajela. Kekadang si kecik ni main lompat² panjat², kekadang main indoor football, buat permainan jalan itik atau berjalan macam ketam, main askar², merangkak, dll.
Kalau time sihat tu, dengan ummi dia sekali join merangkak. Hahah..? Merangkak ni bagus sangat untuk perkembangan otak & kekuatan otot. Bukan setakat bebudak tapi bagus gak untuk orang dewasa tau.
Antara Kebaikan Merangkak Untuk Kanak² & Orang Dewasa –
? Merupakan pergerakan asas yang merangsang koordinasi badan bahagian atas dan bahagian bawah (memerlukan bahu dan pinggul untuk bekerja bersama)
? Salah satu bentuk latihan kekuatan+pergerakan yang terbaik. Ia membina kekuatan lateral iaitu keupayaan untuk memindahkan kekuatan dari bahagian bawah badan ke atas. Boleh dilakukan dengan menggerakkan anggota secara silang (tangan kanan-kaki kiri) atau gerakkan anggota pada sisi yang sama (ipsilateral), merangkak dengan menggunakan kekuatan tangan & lutut atau kekuatan lengan & kaki (seperti latihan military)
? Merangsang perkembangan gerakan refleksif (gerak balas semulajadi) iaitu keupayaan untuk bertindak cepat menggunakan kekuatan atau kestabilan. Contohnya jika seseorang membaling bola ke arah muka anda secara tiba², secara automatik tangan anda akan menepis bola tersebut. Orang yang kakinya tersadung sesuatu & berjaya berdiri tegak tanpa terjatuh menunjukkan perkembangan pergerakan refleksifnya (serta keseimbangan) yang sangat baik.
? Mengaktifkan perkembangan corpus callosum, iaitu bahagian dalam otak yang menghubungkan otak kanan & kiri. Ia membolehkan otak kanan & kiri berhubung & berkomunikasi – supaya kedua² belah kiri & kanan badan dapat berfungsi & bekerja bersama². Bukan sahaja merangkak, apabila anda membuat gerakan senaman/tarian baru, corpus callosum juga akan membina “hubungan” baru seterusnya memberikan manfaat kognitif yang amat signifikan.
? Meningkatkan self awereness dan dapat melihat dari perspektif yang berbeza. Lebih bagus sekiranya lakukan aktiviti merangkak bukan setakat ke hadapan tapi secara mengundur ke belakang, dan juga merangkak menghala ke sisi (kiri ↔ kanan).
? Berperanan sebagai butang “Reset” bagi sistem saraf pusat. Merangkak merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan & meningkatkan respon terhadap stres – membolehkan anda pulih dari stres dengan lebih cepat! So mak² yang tengah stres tu, jom join anak buat aktiviti merangkak untuk hilangkan stres & release tensen~ ?
Kredit: Yatime Eimra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin adalah saat getir buat ibu, antara hidup dan mati. Pengalaman seorang suami menghadapi saat kelahiran isterinya ini benar-benar mengusik sanubari.
Pengorbanan ibu bermula daripada mulanya hamil hinggalah ke akhir hayat. Saat genting bertarung nyawa melahirkan zuriat, si ibu tetap mendahulukan anak berbanding dirinya.
Hargailah isteri. Bila ada perasaan tidak puas hati dan ingin marah kenangkanlah pengorbanannya melahirkan zuriat keturunan dari rahimnya.
Ketuban pecah tapi bukaan hanya 2cm. Sayu melihat dirinya lemah. Tabahnya hatimu wahai isteri
10 pagi, bukaan baru 4cm. Isteri ditolak ke bilik yang dihuni mereka yang ada masalah untuk bersalin.
2 kali indius bukaan hanya 6cm. Doktor putuskan untuk dibedah kerana bayi lemas. Air mata bertakung bercucuran. Doktor tinggalkan kami untuk luangkan masa, mungkin ini kali terakhir aku boleh bercakap dengan isteriku.
Yasin dibaca, aku tidak dapat menjawab soalannya cuma merangkulnya dengan tangisan seperti tiada lagi esok untuk kami bersama.
“Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya…”
Ya…saya suaminya
Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kami berkasih sayang.
Selamat melahirkan bayi perempuan pada tarikh 16 Julai 2020, Chryseis Tan atau lebih dikenali sebagai Chrys semalam berkongsi gambar puteri sulungnya itu menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Suri hati kepada ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin turut memperkenalkan nama yang dipilih untuk bayi perempuannya yang dilahirkan seminggu yang lalu dengan berat 2.9kg.
Memilih nama Arianna Kyla untuk si kecil yang baru dilahirkan itu, Chrys juga turut berkongsi beberapa foto lain sebelum ini tanpa mendedahkan wajah bayinya itu.
Chryseis Tan, anak kepada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq pada Februari 2018. Mereka saling mengenali sejak bersama-sama bersekolah di sebuah sekolah Antarabangsa.
Kedua-duanya memegang jawatan tinggi dalam syarikat milik keluarga masing-masing. SM Faliq kini merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif di Naza TTDI manakala, Chryseis pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Berhad.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini atas kelahiran bayi pertama mereka!
Sumber: Instagram Chrystan x
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.