Teka-teki peminat sebelum ini yang bertanya sama ada penyanyi Stacy sedang hamil akhirnya terjawab apabila empunya diri dah buat pengakuan secara eksklusif di rancangan MeleTOP.
Sebelum ini, ramai yang dah mengagak isteri Akim Ahmad itu mengandung kerana ternampak ‘baby bump’ menerusi sebuah video di Instagram (IG). Cuma apabila belum ada apa-apa pengumuman dari Stacy mahu pun Akim, ia terhenti di situ.
Bagaimanapun, Stacy akui dia juga menerima soalan yang sama daripada keluarga.
Tak boleh berselindung lagi
Enggan berahsia lagi, Stacy, 32, memaklumkan dia kini sedang mengandung dan usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.
Kata pemilik nama Ummu Shaikhah Stacy Anam, dia tidak boleh berselindung lagi kerana perutnya semakin membesar.
Kalau dah tak boleh nak tutup, dah pecah lubang tu iya lah. Alhamdulillah. Ya betul.. saya hamil empat bulan. Tak boleh sembunyi dah, besar dah perut.
Pelantun lagu Bosan menjawab soalan dari pengacara Elly Mazlein ketika hadir ke program MeleTOP pada malam Selasa.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dengan berita tersebut selain mendoakan agar Stacy dipermudahkan urusan kelahiran anak keduanya nanti.
Terdahulu, Stacy dan Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret berkahwin pada 5 Februari 2016.
Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9, dan seorang anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 5, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asid folik penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf. Asid folik adalah suplemen vitamin B yang perlu diambil oleh wanita yang ingin hamil dan juga ketika hamil.
Asid folik membantu badan untuk mengurai, mengguna dan membina protein baharu. Ia adalah blok binaan bagi sel-sel tubuh kita. Asid folik juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan DNA dan pembentukan sel darah merah.
Ramai ibu-ibu hamil tertanya-tanya terutama ibu yang hamil kali pertama tentang waktu yang sesuai untuk makan asid folik. Adakah asid folik sesuai dimakan pada waktu pagi, petag atau malam?
Ketahui cara selamat dan betul untuk mengambilnya.
APA ITU ASID FOLIK?
Sebelum mengetahui waktu sesuai makan asid folik, jom kita fahami secara ringkas mengenai suplemen ini.
Asid folik merupakan bentuk folat sintetik – buatan manusia. Folat adalah sejenis vitamin B.
Folat diperlukan oleh setiap individu. Tetapi bagi ibu hamil, ia menjadi amat penting kerana peranannya dalam mencegah keabnormalan kelahiran.
Asid folik bersifat larut air, yang membolehkan tubuh memetabolismekannya dengan cepat.
Keperluan harian individu dewasa untuk asid folik adalah 400 mikrogram (mcg). Ia akan meningkat kepada 600 mcg semasa mengandung dan kemudiannya berkurangan kepada 500 mcg bagi ibu menyusu.
ASID FOLIK VS FOLAT
Asid folik adalah bentuk folat yang dihasilkan – vitamin B penting yang boleh didapati secara semula jadi.
Selain suplemen, sumber vitamin B lain adalah seperti makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti bijirin sarapan pagi.
Terdapat pelbagai makanan lain termasuklah bayam, avokado dan pisang, turut mengandungi folat – bentuk semula jadi vitamin ini.
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK: FAHAMI MANFAATNYA:
Asid folik membantu badan membuat sel-sel baru, termasuk sel darah merah.
Individu yang tidak mendapat asid folik mencukupi berisiko mengalami keadaan yang disebut sebagai anemia kekurangan folat.
Ia bermaksud tubuh tidak berupaya menghasilkan sel darah merah mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kemerosotan ini boleh menjejaskan banyak aspek kesihatan, termasuklah fungsi organ.
Semasa mengandung, tubuh memerlukan lebih banyak asid folik kerana ia turut memainkan peranan penting dalam membantu janin membesar dan berkembang.
Salah satu peranannya yang penting adalah untuk mencegah kecacatan tiub saraf, termasuklah spina bifida dan anencephaly.
Spina bifida adalah keadaan di mana tulang saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya. Ia boleh menyebabkan pelbagai kecacatan yang boleh menjejaskan pembangunan, mobiliti dan kesihatan keseluruhan.
Bayi dengan anencephaly pula sama ada tiada otaknya tidak berkembang atau perkembangan yang sangat sedikit. Dalam kebanyakan kes, anencephaly boleh membawa maut – sama ada di dalam rahim atau sejurus selepas kelahiran.
Sering kali kesemua kecacatan ini berisiko terjadi semasa 28 hari pertama kehamilan – biasanya sebelum seseorang wanita itu mengetahui dirinya hamil.
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK
Mana-mana wanita yang ingin merancang untuk mengandung harus mula mengambil suplemen asid folik sebelum kehamilan berlaku.
Waktu sesuai makan asid folik adalah semasa mencuba untuk mengandung. Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum dan 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana kecacatan tiub neural berisiko tinggi terjadi pada peringkat awal perkembangan janin.
Jika anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan kecacatan tiub saraf, doktor akan mengesyorkan peningkatan dos sebanyak 5mg, diambil sekali sehari.
Ada juga pakar yang menyarankan ibu mengandung meningkatkan pengambilan asid folik kepada 600 mikrogram, ia bertujuan untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Secara amnya, tiada waktu khusus bagi pengambilan asid folik ini. Walau bagaimanapun, tabiat seperti mengambil vitamin pranatal setiap pagi bersama sarapan, boleh memudahkan anda mengingati pengambilan asid folik ini.
WAKTU SESUAI MAKAN ASID FOLIK PAGI ATAU MALAM?
*Jika perlu mengambil asid folik setiap hari, anda disyorkan memakannya pada waktu yang sama-sama ada pada waktu pagi atau waktu petang.
*Ambil tablet asid folik dengan segelas air.
*Suplemen asid folik ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
*Jika terlupa mengambil dos harian, ambil ia sebaik sahaja teringat mengenainya. Tetapi jangan sekali-kali mengambil 2 dos untuk menggantikan yang terlupa
*Jika pengambilan asid folik jenis cecair, ia akan disertakan dengan picagari atau sudu plastik untuk membantu mengukur dos yang betul. Sekiranya tiada, dapatkan daripada ahli farmasi. Jangan guna sudu kecil dapur kerana ia tidak dapat mengukur jumlah yang betul.
ASID FOLIK & KESUBURAN:
Asid folik dapat membantu meningkatkan peluang untuk mengandung dan kekal hamil.
Terdapat kajian telah dilakukan pada tahun 2016, melibatkan 4,000 responden wanita dengan pengambilan asid folik. Hasil keputusan menunjukkan peserta yang mengambil suplemen lebih berkemungkinan untuk hamil.
Di samping itu, asid folik boleh membantu mencegah keguguran disebabkan beberapa keabnormalan kelahiran termasuklah kecacatan tiub saraf.
Kesimpulannya asid folik adalah nutrien penting untuk semua tetapi ia menjadi sangat penting semasa kehamilan. Mama yang ingin hamil disyorkan untuk berbincang dengan doktor tentang dos dan waktu sesuai makan folic acid pagi atau malam.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda disarankan merujuk doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Takut, berdebar semua ada bila pertama kali nak melalui pengalaman bersalin. Itu normal. Bahkan yang pernah ada pengalaman melahirkan anak sebelum ini pun tetap juga rasa gementar.
Bak kata orang, pengalaman bersalin setiap anak tak sama. Ada yang mudah, ada yang sakit lama dan ada juga yang melalui pelbagai komplikasi sebelum dapat memeluk si kecil yang dikandung selama 9 bulan.
Bagi pelakon Mia Ahmad, dia mengakui berdebar untuk melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.
Menerusi entri di Twitter, Mia sempat bertanyakan kepada pengikutnya mengenai tanda-tanda sebelum mengetahui saat kelahiran bayinya itu.
“Mommy selalunya boleh sense tak masa yang betul bila baby nak keluar? Hari-hari nervous la kita ni sampai termimpi-mimpi,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya berkongsi beberapa tip saat melahirkan berdasarkan pengalaman masing-masing dan tak kurang juga yang memberi semangat supaya sentiasa bertenang.
Apa yang penting, Mia kena banyak berehat dan sentiasa fikir positif. Semoga urusan bersalin nanti dipermudahkan.
Sumber: Mia Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktres dan pengacara yang kini sedang sarat hamil, Uyaina Arshad meluahkan hasrat untuk bersalin secara normal.
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, persediaannya sebelum melahirkan bayi sudah hampir lengkap dan berharap semuanya dipermudahkan.
“Due date saya dalam bulan September tapi untuk sekarang ni, saya dah 36 minggu, doktor pesan minggu ke-37 tu kalau boleh jangan ke mana-mana dah.
“Saya kalau boleh berdoa memang nak bersalin secara normal tapi mungkin nanti perlukan epidural la kot. InsyaAllah dalam masa terdekat ni juga saya akan buat baby shower dan majlis doa selamat serta akan kongsikan jantina bayi.
“Persediaan sekarang, saya dan Syahiran memang ternanti-nanti kelahiran bayi ni. Boleh dikatakan dari segi barangan keperluan, rumah, hospital dan tempoh berpantang semua 90 peratus dah disediakan. Saya memilih bersalin di Shah Alam. Tapi mental tu macam agak takut juga la,” ujarnya.
Tambah Uyaina lagi, dia dan suami juga sudah memilih nama yang sesuai untuk diberikan pada anak yang dikandungnya.
“Saya dan Syahiran masih belum pasti untuk nama yang akan diberikan kepada cahaya mata kami nanti sebab sekarang saya ada cadangan nama yang saya nak. Syahiran pun ada beri pilihan nama yang dia nak.
“Tapi rasanya kami dah jumpa satu nama yang akan dipilih untuk anak kami. Saya bergurau dengan Syahiran, nama Raja tu memang kena ada pada nama depan anak, jadi nama belakang tu bagilah saya yang pilih.
“Kita orang memang suka pilih-pilih nama sebab selagi belum kelar tu kan tapi apa-apa pun,. kami dah jumpa nama yang sesuai,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Uyaina dan suami, Raja Syahiran, 29, melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu.