Sejak kecil lagi, puteri kesayangan pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin sentiasa jadi tumpuan. Raut wajah dan kecantikkan yang dimiliki anak kecil ini sentiasa menjadi perhatian wargamaya.
Kini Aaisyah Dhia Rana semakin membesar dan kini semakin pandai bergaya sendiri. Walau sejak kecil gemar bergaya dan bermake up seperti ibunya, kini gaya Aaisyah semakin remaja.
Terbaru gaya dan keletah Aaisyah yang memakai sendiri tudung menarik perhatian wargamaya. Malah kata ibunya, puteri kesayangannya itu enggan menggunakan khidmat MUA ketika memakaikan tudungnya.
“Salam Jumaat, amboih tudung anak kami ni.
“Kalau dia yang buat sendiri, memang macam akak tomyam dia punya sanggul.
“Tak boleh sentuh tudung dia, merajuk pulak nanti dia,” tulis Che Ta di kapsyennya.
Ads
Malah video yang dimuat naik Che Ta di Instagramnya jelas memperlihatkan Aaisyah mengenakan sendiri pin pada tudung dan memperbetulkan tudungnya ketika sesi penggambaran koleksi tudung Che Ta.
Malah kata Che Ta, enggan anaknya itu berubah mood dan emosinya untuk shooting, dia membiarkan sahaja gaya tudung yang dikenakan Aaisyah.
Walaupun bersanggul tinggi namun gaya simple Aaisyah tapi tetap cantik seperti ibunya. Paling menarik pastinya usikan ibunya. Cute!
Ads
“Kami dah cakap, anak kami ni pakai tudung sendiri.
“Awal-awal ni kami tak boleh betulkan, nanti melalak satu benda tak boleh nak buat.
“Biaq p la dia dulu, nanti mood dia dah ok kami betulkan la na.
“Tapi sanggul tu Aaisyah oi, teringat acik tomyam, doiiii princess mommy ni,” kongsi Che Ta lagi.
Terdahulu, gaya Aaisyah dan Che Ta sekeluarga yang tampil dengan busana warna merah hati ketika majlis persandingan sambutan ulang tahun perkahwinan Che Ta ke 10 tahun cukup memukau. Cantik jelita!
Pernah atau tidak, anda mempunyai masalah, stres, terlampau marah dan kecewa sehinggakan terasa hendak meraung dan menjerit?
Pernah atau tidak, anda terlampau marah tidak dapat dibendung dan jika diikut hati mahu saja anda menghentak atau menumbuk apa yang ada di hadapan anda?
Pernah atau tidak, anda terlampau tertekan, anda cuba bertenang, mengambil wuduk, solat dan berdoa supaya diberikan ketenangan dan kewarasan dalam menguruskan tekanan itu?
Ataupun anda terlampau kecewa, perlu bersendirian dan mengasingkan diri, lelapkan mata seketika. Hanya setelah tenang anda berupaya untuk fikir dengan rasional?
Kita ada emosi, perasaan dan keperluan.
Kadangkala apabila terpalit dengan masalah, emosi kita akan tercuit dan kita menunjukkan reaksi.
Bagaimana pula dengan anak? Adakah mereka berbeza dari orang dewasa?
Pernah atau tidak, anak kecil anda mengalami ‘tantrum’ mengamuk, menjerit dan anda turut sama menjerit, atau cubit atau pukul dia dengan harapan dia berhenti mengamuk?
Ataupun anda jauhkan dia daripada anda dengan harapan dia diam dan insaf?
Sedangkan anak yang mengamuk adalah anak yang mempunyai masalah, seperti juga orang dewasa.
Anak hendak menceritakan dan meluahkan masalah yang dihadapi kepada kita, cumanya dia tidak tahu bagaimana. Dia belum tahu cara untuk bertenang seperti kita. Mengamuk adalah satu-satunya cara yang dia tahu apabila diselubungi dengan BIG EMOTIONS. Kita marah bila dia ada masalah, kita tidak cuba fahami apakah yang dihadapinya.
Dia mungkin diam kerana sakit dipukul dan sakit dicubit ataupun mungkin diam kerana letih meraung. Masalah dan punca yang menyebabkan dia mengamuk tetap tidak selesai. Dia tetap kanak-kanak yang belum pandai mengurus emosi kerana tidak dibimbing.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/toys-others/upin-ipin-hand-puppet-ehsan-20079735?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″][Upin Ipin] Hand Puppet Ehsan[/su_button]
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan wanita ialah insan yang dilahirkan serba boleh. Kalau boleh memang mahu suami bersama mengharungi semuanya, namun atas kekangan isteri faham ada beberapa keadaan yang perlu dilalui seorang diri.
Kekangan waktu bekerja suami misalnya menjadi punca isteri mengalah dan menyelesaikan beberapa perkara sendiri. Isteri berdikari memang perlu dalam sebuah rumah tangga tetapi suami jangan pula sampai lepas tangan.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan panduan buat para suami. Isteri yang memahami bertolak ansur & berlebih kurang dalam banyak perkara, tapi yang menyedihkan suami lupa tanggungjawab walhal asalnya tanggungjawab dirinya.
Nak ajar isteri berdikari boleh, tapi jangan sampai “lepas tangan”…
Zaman sekarang ni, kesibukan bekerja adakalanya menyebabkan kita tak sempat nak follow up banyak perkara-perkara lain yg bersangkut paut dan berkait rapat dgn kehidupan kita sebagai seorang suami…
Dek kerana tuntutan kerja, kita terpaksa suruh isteri buat sendiri…kekangan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan majikan membuatkan kita perlukan isteri utk berdikari…
TAK SALAH AJAR ISTERI BERDIKARI
Ajar isteri berdikari, buat tugas-tugas yang sepatutnya seorang suami buat, tak salah…
Cumanya jangan smpai tahap lepas tangan. Kita masih tetap perlu buat tugas-tugas tersebut bila ada ruang dan masa yang sesuai untuk kita buat. Ambil alih semula daripada isteri.
BILA KEHAMILAN MAKIN MEMBESAR, SUAMI JARANG IKUT
Saya ambik satu contoh yang selalu saya nampak. Bila isteri check up kandungan di klinik kesihatan, berapa kerat je suami yang datang sekali, teman isteri? Tak ramai. Kalau kandungan masih di peringkat awal, saya ok untuk suami tak teman.
Tapi bila usia kandungan dah 7 months and above, bila kekerapan isteri untuk hadir ke klinik kesihatan tu dah seminggu sekali…tak boleh ke kita sebagai suami usahakan untuk teman?
Datang skali, jumpa nurse dan doktor untuk dengar tentang kesihatan isteri, keadaan baby dan sebagainya?
Tarikh appointment dah ditetapkan awal-awal lagi…
TAK BOLEH TAK APA, ASALKAN CUBA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
Maka tengok la jadual kerja kita. Boleh atau tidak arrange half day, atau kluar kejap untuk temani isteri pada hari-hari tersebut. Saya penah jumpa isteri bawak motor ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk check kandungan dan pernah jugak jumpa bawa anak kecil untuk datang buat pemeriksaan pun datang dengan motor.
Mungkin suami tidak dapat cuti, mungkin suami duduk jauh, mungkin suami outstation dan tak ada disitu. Alasan itu semua mungkin boleh diterima tapi cubalah untuk usahakan buat tanggungjawab sbagai suami…
Nota kaki : Tak semua situasi dan keadaan kita patut membiarkan isteri buat segala-galanya sendiri.
Kita tak pernah tahu bila pasangan, baik suami atau isteri kita pergi meninggalkan kita selamanya. Itu kerja Allah dan itulah lumrah hidup.
Soal bersedia atau tidak, kita persiapkan diri kita dahulu dengan segala kemahiran yang ada untuk menguruskan amanah lain yang ditinggalkan.
Ini pesanan dari pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy yang menguruskan tiga anak lelakinya sendirian sejak lima tahun lalu.
Benar kata beliau, kita persiapkan diri kita dan biasakan dengan segala amanah dan tanggungjawab hakiki menguruskan anak-anak.
Siang tadi ada sorang kakak ni tegur aku. Dia tanya aku, macamana aku boleh jaga anak-anak sorang diri selama 5 tahun ni.
Dia kata adik dia lelaki kematian isteri sama macam aku tapi tak dapat buat apa pun, tak dapat nak manage diri sendiri apatah lagi anak-anak. Jawapan aku ringkas. Skill.
Yer, sebab aku ada skill, maka aku boleh manage diri dan anak-anak aku tanpa pasangan. Kalau takde skill aku pun akan jadi macam adik dia juga. Mana nak dapat skill tu?
Dengan berbuat sesuatu secara berulang-ulang kali sehingga mahir. Aku jaga anak-anak sejak depa lahir. Aku belajar tukar pampers, basuh berak, mandikan, buat susu, masak dan semua berkaitan pengurusan anak. Benda tu aku buat setiap hari sehingga aku mahir.
Aku masak. Dari jerang air, masak megi, masak nasi, hiris bawang, siang ikan, potong ayam, potong sayur dan masak itu ini semuanya aku belajar sedikit demi sedikit dan aku buat setiap hari sehinggalah aku mahir.
Aku uruskan rumah. Aku vakum, aku mop, aku cuci toilet, aku repair lampu rosak, aku repair sink tersumbat dan sebagainya, semuanya aku buat sendiri dan berulang-ulang kali sehingga aku jadi mahir.
Aku menulis. Setiap hari aku menulis sejak tahun 2009, hari pertama aku mula tulis secara serius. Aku baca aku tulis aku praktis setiap hari sehinggalah aku jadi mahir.
So semua benda yang aku buat berulang-ulang kali dalam tempoh yang lama buatkan aku jadi mahir. So, bila wife aku meninggal.
Aku mahir uruskan anak-anak. Tak perlu susah hati menangis bucu katil tak tahu nak buat apa dengan anak bila isteri aku tak ada. Aku tak kekok langsung, malah lebih cepat aku uruskan semua. Cuma aku kepenatan sebab buat seorang diri.
Aku mahir masak apa sahaja untuk aku dan anak-anak. Tak perlu susah hati menangis di bucu katil sebab anak-anak dan diri sendiri kelaparan. Aku boleh sahaja masuk dapur dan masak guna apa sahaja bahan yang ada dan aku akan improvise kalau bahan tak cukup. Aku dan anak-anak sentiasa ada makanan atas meja. Cuma kepenatan memasak mengemas seorang diri.
Aku mahir uruskan rumah. Aku tahu sabun apa nak guna untuk mop lantai, aku tahu berus macamana yang sesuai untuk bersihkan sawang, aku boleh mengemas kalah orang pompuan. Cuma kepenatan sebab buat semuanya seorang diri.
Aku mahir menulis. Maka sehari selepas wife meninggal aku berhenti kerja dan jadikan skill menulis sebagai karier untuk aku cari makan, maka aku berjaya. Seriously aku tak sangka aku dan anak-anak dapat hidup senang dengan hanya ketukan keyboard setiap hari. Dah macam keyboard warrior pulak.
So, nak habaq yang bila kita kuasai skill dan gunakan skill tu dalam kehidupan, inshaAllah hidup kita jadi lebih mudah dan lebih baik. Tapi kalau kita takde skill, semuanya jadi payah.
Aku selalu ingat mak aku cakap. Mak tak pernah risau pasal hidup aku, sebab dia tahu dari kecil aku selalu buat sesuatu benda sampai aku mahir. Aku mahir uruskan diri, aku mahir dalam survival, aku ada skill tu. Mak aku kata, aku ni kalau campak kat mana pun aku boleh hidup dan dia takkan risau.
So bila wife aku meninggal, dia duduk dengan aku sekejap, perhati jer macamana aku uruskan rumahtangga dan anak-anak seorang diri. Dia kata aku boleh buat semuanya adakalanya jauh lebih baik dari orang lain. Skills really make a difference. Jadi, nak pesan pada semua, acquire skill.
Skill dalam hidup ni macam-macam, semuanya untuk survival kita. Kalau yang lelaki, mulalah belajar memasak, mengemas, uruskan anak, uruskan benda-benda remeh. Skill ni bila kita dah ada, whatever happen in future, kita dah bersedia, macam aku.
Untuk wanita pun sama. Suami takkan bersama kita selamanya. Orang kata, kalau suami tak diambil orang dia diambil tuhan.
So lengkapkan diri dengan skill yang remeh temeh yang selalu suami buatkan tu terutamanya driving, jadi bila tiba hari yang kita bersendirian untuk buat semuanya, kita akan dapat lakukannya dengan cemerlang. Takdelah nak menangis di bucu katil dan menyesal kenapalah aku tak belajar buat itu dan ini dulu.
Life is short and unpredictable, so be prepared. Skills will help you go a long way.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.