Keibubapaan

“Tak Botak, Masih Cute” Ayda Jebat & Nabil Mahir Sempurnakan Majlis Cukur Jambul Anak!

Share

Selepas selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 21 September yang lalu, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir kini menyempurnakan majlis cukup jambul untuk anak mereka, Ana Nayla.

Majlis serba ringkas yang diadakan sempena keberkatan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW itu turut sama dipilih pasangan ini untuk menyempurnakan majlis mereka.

Hal ini dikongsikan Ayda dan Nabil menerusi Instagram masing-masing. Sambil mendoakan kesejahteraan anak mereka, keduanya bersyukur kerana majlis ringkas itu begitu lancar.

“Assalamualaikum Ana Nayla.

“Selesai majlis cukur jambul our little wuvv @ananaylaofficial semoga menjadi anak yang baik dan Salam Maulidur Rasul buat semua.

“Mohon semua doakan yang baik-baik buat Ana Nayla,” kongsi Ayda di Instagramnya.

Menerusi Instagram, suami kesayangan Ayda turut membingkiskan ucapan dan doa malah turut sama berkongsi majlis itu.

“Salam Maulidur Rasul 💚

“Alhamdulillah selesainya majlis cukur jambul Baby Wuvv @ananaylaofficial. Please berikan doa yg baik2 untuk our princess please,” tulisnya.

Menerusi Instagram si comel Ana Nayla, Ayda turut berkongsi hal yang sama. Kata Ayda lagi, rambut anak kesayangannya itu tidak dipotong sepenuhnya hingga botak. Hanya dicukur sedikit sahaja. Masih ‘cute’ kata Ayda berseloroh.

“Rambut Ana Nayla dah dipotong. Tak botak, masih cute.

“Salam Maulidur Rasul uncles aunties,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda Jebat melahirkan bayi sulungnya seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Kini si comel Ana Nayla sudah pun berusia satu bulan.

Menarik: Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @aydajebat

IKLAN