Orang kata, sementara anak hendak membesar, macam-macam gaya dan aksi kreatif mereka yang dipamerkan. Menconteng dinding satu perkara biasa yang pastinya terjadi pada kita. Kalau bukan di dinding dan lantai, habis perabot dan kelengkapan rumah jadi bahan contengan mereka.

Tak terkecuali, anak arwah Abam Bochey, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini sedang melalui fasa yang sama. Menerusi instagram, balu arwah, NorHidayah Mohd Ali turut berkongsi hal yang sama. Katanya Hamzah kini semakin aktif menconteng.

Menariknya si kecil ini bukan menconteng dinding seperti kebanyakkan anak lain bahkan menunjukkan daya kreatifnya pada lantai rumah di ruang tamu untuk menunjukkan hasil kreatifnya.

“Hamzah kalau dapat menulis tak cukup whiteboard, habis dia contengnya lantai.

“Dengan pakai seluar terbaliknya, adoi anak ibu ni, habis la atok kena lap,” kongsinya.

Namun apa yang menariknya dengan video yang dikongsikan oleh ibu Hamzah ini jelas mempamerkan daya kreatif Hamzah. Mana tidaknya hampir kesemua lantai di corakkannya dengan menggunakan pen marker dengan dakwat berwarna hitam. Lorekan dan contengan berseni dari Hamzah.

IKLAN

” Orang bagi papan putih, dia nak main conteng situ jugak, adui budak ni. Ini kerja dia semua ni. Conteng-conteng kat sini,” katanya menerusi video yang dikongsikannya.

Menerusi ruang komen, Hidayah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan anaknya Hamzah.

“Terima kasih semua yang mendoakan Hamzah, terus support kami, love u all. Semoga kita semua dalam lindungan Allah,” tulisnya.

IKLAN

Begitu pun, rata-rata netizen memuji gelagat Hamzah yang disifatkan cukup bijak malah berseni.

“Pandainya hamzah, dia tak tulis atas karpet. Atas lantai tu senang padam ye sayang. Moga menjadi anak bijak ibu ayah.”

“Wah bakal arkitek nie. Moga Allah lindungi semua.”

“Pandai hamzah, explore motor skill.”

IKLAN

Semoga Hamzah terus menjadi anak yang sihat dan bijak serta menjadi pelindung dan pendamping setia buat ibunya apabila besar kelak.

Terdahulu, Hidayah mendirikan rumah tangga bersama Abam pada 8 Disember 2017 sebelum pelawak disenangi ramai itu meninggal dunia pada Februari 2020 akibat demam panas.

Artikel berkaitan: Hamzah Tarik-Tarik Nak Cium Gambar Arwah Abam, Sebak Sangat, Jangan Risau, Ramai Sayang Hamzah

Sayang Pegang Semua Amanat Jaga Anak Kita Sebaiknya, Mengenang 8 Bulan Pemergian Abam, Hidayah Kongsi Nukilan Buat Arwah Suami

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @abam_bocik