Keibubapaan

Tak Elok Untuk Emosi Anak, Tidur Lepas Kena Marah. Rasa Sedih Terbawa-Bawa Buat Dia ‘Down’

Share

Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.

Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.

Anak-anak perlu dilatih untuk tidur awal setiap hari supaya mereka mendapat rehat yang berkualiti. Jika kurang tidur, anak mudah letih dan mereka cenderung untuk buat perangai pada hari esoknya.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini juga mengganggu waktu tidur ibu bapa.

Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal.

Tapi ingat, mengajar anak untuk tidur awal bukanlah dengan kekerasan seperti dimarahi atau ditakutkan dengan rotan!

Baca Juga:

Cukuplah Empat Orang Anak Empat Kali Bersalin Czer, Adira Suhaimi Dah Tutup Kilang

Hari-Hari Tambah Sayang! Amal Doa Kekal Romantis Suami Isteri Paling Mudah

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

  1. Buat Jadual Untuk Dipatuhi

Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.

  1. Jangan Ikut Permintaan Anak

Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.

  1. Perlu Tegas

Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda.

Sumber foto: www.shutterstock.com

4. Pujilah anak

Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.

Sumber foto: www.shutterstock.com
  1. Bacakan buku

Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.

  1. Tutup televisyen

Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Apabila tiba masa, pastikan TV ditutup supaya anak tahu bahawa sudah tiba waktu tidur.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN