Kehamilan sememangnya cukup indah namun menempuh trimester pertama ternyata cukup menguji kekuatan ibu hamil. Ada daripada kita yang langsung tidak mahu makan dek kerana tiada selera mahupun muntah berpanjangan sehingga ibu hamil takut untuk makan.
Namun ada juga kes di mana ibu hamil merasa loya dan tidak berselera setiap kali melihat makananan, sudahnya ibu hamil hanya minum air dan jus untuk mendapatkan tenaga. Jadi bagaimanakah ibu hamil dapat memberikan nutrisi pada tubuh dan sekaligus bayi di dalam kandungan. Dan adakah perlu ibu hamil mengambil suplemen?
Menurut Dr. Jamali Wagiman, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Columbia Asia, Seremban, terdapat banyak vitamin dan mineral di dalam pasaran. Pengambilannya kerap menjadi topik utama semasa pemeriksaan di klinik atau sesi soal jawab di seminar pra-natal.
Asas sebenar pengambilan vitamin dan mineral tambahan semasa hamil adalah untuk mengurangkan komplikasi buruk yang mungkin berlaku kepada ibu dan bayi. Oleh itu, hanya zat besi dan folic acid sahaja perlu diambil.
Ads
Walaupun keperluan zat besi hanyalah 60 mg sehari dan asid folik 400 mg, tubuh manusia tidak mampu menyerap 100 peratus dari pil yang ditelan. Untuk itu, ibu hamil perlu mengambil zat besi, antara 180mg hingga 500mg bergantung kepada formula yang diambil.
Ads
Sentiasa perhatikan juga label pada botol dan rujuk semula kepada doktor kerana terdapat formula yang mengandungi paras zat besi yang terlalu sedikit walaupun perisa dan bungkusannya lebih menarik.
Kalsium, Vitamin A, dan zink hanya perlu diambil dalam kes-kes tertentu sahaja manakala pengambilan mineral micronutrient seperti vitamin B6, E, C dan D tidak perlu ditambah.
Ads
Kesimpulannya, untuk sihat ketika hamil tidak memerlukan pengambilan berbilang zat dan mineral. Ambil sahaja suplemen yang disarankan oleh doktor kerana itu sebaiknya.
Twin to Twin Tranfusion Syndrome (TTTS), sebenarnya dah lama nak buat post pasal benda ni tapi belum ada kesempatan nak buat. Alhamdulillah Allah bagi masa untuk saya share benda ni pada semua.
Abang: Afdhal Adik: Ahsan
Pernah terfikir tak kenapa kalau ibu-ibu mengandung kembar lebih daripada satu, nurse dan doktor akan berikan priority sikit berbanding ibu yang single pregnancy. Salah satu sebabnya ialah TWIN TO TWIN TRANFUSION SYNDROME (TTTS). TTTS adalah satu komplikasi yang serius yang berlaku kepala kandungan kembar yang berkongsi satu uri atau MonoChorionic Diamniotic (MCDA). 10-15% daripada kandungan MCDA berpotensi untuk mendapat TTTS.
TTTS merupakan aliran darah yang tidak sama untuk kedua-dua fetus yang disebabkan perkongsian saluran darah yang sama melalui satu uri. Bagi kes yang serius, salah satu kembar (Recipient Twin) atau Penerima akan lebih besar dan dikelilingi dengan air ketuban yang sangat banyak berbanding dengan kembar yang lain (Donor Twin) atau Penderma yang akan kelihatan lebih kecil dan air ketuban yang sikit. Donor Twin juga akan melekat pada dinding rahim disebabkan air ketuban yang semakin berkurang.
Ibu-ibu boleh mengetahui tanda TTTS dengan melakukan ultrasound dimana petanda awalnya ialah perbezaan kandungan air ketuban yang sangat banyak untuk kedua-dua kembar. Disini saya kongsikan stage untuk TTTS ini:
Stage 1: Kandungan air ketuban tak sama. (<2cm donor) dan (>8cm recipient). Perbezaan berat sebanyank 20%.
Stage 2: Pundi kencing untuk Donor Twin dah tak nampak atau pundi kencing tidak dipenuhi dengan air kencing bila doctor scan dengan ultrasound.
Stage 3: Aliran darah yang tidak seimbang pada salur darah.
Stage 4: Aliran darah yang tidak seimbang pada salur darah yang mengakibatkan kegagalan jantung.
Stage 5: Satu atau kedua-dua kembar meninggal dunia disebabkan TTTS yang teruk.
Untuk Stage 1, pemeriksaan berkala sudah memadai. Untuk Stage 2 dan ke atas, pembedahan janin adalah salah satu pilihan yang ada.
Rawatan yang boleh dilakukan untuk TTTS termasuklah Serial Amnireduction dimana doctor akan melakukan pembuangan air ketuban pada Recepient Donor. Kekerapan rawatan ini bergantung kepada keadaan janin dan kandungan air ketuban. Rawatan ini dilakukan untuk mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan. Peratus kejayaan untuk rawatan ini adalah 60-70%.
Rawatan seterusnya ialah Laser Photocoagulation of Communicating Vessels.
Rawatan ni agak menarik sikit, dimana doktor akan memisahkan saluran darah yang menghubungkan kedua-dua kembar menggunakan Laser Fibre dan Fetoscope atau lebih dikenali sebagai Laser Surgery.tetapi rawatan ini hanya boleh dibuat pada usia kandungan 18-26 minggu.
Kat mana rawatan ni boleh dibuat? Untuk Malaysia, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak sahaja ada menyediakan rawatan ini yang dilakukan oleh DR Japaraj. Tapi,saya baru dapat tahu yang DR Japaraj meninggal dunia pada 3 September 2018 . Saya dalam proses mencari siapa lagi yang boleh melakukan pembedahan ini selain beliau tapi masih belum jumpa. Sekarang tengah menunggu maklum balas daripada HRPB dan seorang Prof dari IIUM Kuantan. Saya akan update kalau dah dapat ye.
p/s: Beza berat antara kedua-dua kembar bukan penentu TTTS ye ibu-ibu. Nanti saya share pulak macam mana saya tahu twins saya TTTS. They are fighters.
Ni pengalaman saya;
Dapat Tahu Hamil Kembar
Alhamdulillah, saya mendapat tahu saya mengandung kembar pada 10 minggu usia kandungan saya dan itulah pertama kali saya melakukan ‘ultrasound scan’ di Klinik Jaya Taman Melawati. Saya mula dapatkan regular check up di IIUM Health Care sebanyak dua kali, dan sambung check up di Klinik Kesihatan Batu 8 Gombak. Disebabkan multiple pregnancies (kembar), saya dirujuk ke doctor pakar O & G Hospital Selayang. Maka bermulalah episode berulang alik ke Hospital Selayang untuk check up pakar dua minggu sekali.
Berat Kembar Berbeza
20 weeks : Twin A (431g) Twin B (316g)
21 weeks : Twin A (311g), Twin B (303g). Berat tak Nampak ketara sangat.
24 weeks : Twin A (626g) Twin B (437g) dah Nampak beza kat situ.
26 weeks : Twin A (894g) Twin B (889g).
28 weeks : Twin A (1040g) Twin B (869g)
Mula Risau Berat Twins Tak Sama
Minggu ke-28 tu doctor tu ada cakap, kami check up twins regularly sebab risau twin sorang besar sorang kecik. Bahaya untuk dua2 twin. Masa tu saya dah start risau. Balik hostel dah mula search.
Saya masih ingat lagi saya taip kat search bar google “Twins pregnant one small one big “ HAHAHAHA. Scroll punya scroll sampal lah jumpa term TTTS.
I cant do nothing. Mampu berdoa je semoga twins berat sama . Masa week 28 tu jugak saya dah kena inject Dexa dua dos untuk matangkan paru-paru twins. 930am dan 930pm. Alhamdulillah takda masalah apa dari minggu 28 ke minggu 30. Start 30w+1d, perut dah lain macam. Sakit macam senggugut. Kejap-kejap datang. Dah start kira contraction tapi tempoh masa sakit tu masih jauh. Sakit pun datang kejap je. Sampailah 30w+3d, memang sakit tak tahan, risau tak tau apa jadi kat twins. Saya bawaklah diri ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Tunggu punya tunggu turn check up twins.
30 weeks : Twin A (1803g) Twin B (1634g)
At that time, I was so excited sebab berat twins tak lari banyak. Lebih kurang. Doktor cakap sakit yang saya rasa tu sebab Vaginal Infections. So saya balik rumah dengan senang hati sampailah 30w+6d, sakit yang tak terbendung dah. Datang HKL lagi, lama jugak kena tunggu sebab ada kes lagi perlu rawatan segera. Masa tu doctor dalam 2-3 kali jugak scan nak confirmkan. And yes, berat twins beza sangat almost 50% masa tu. Doktor tak bagitau pulak exact value. I was admitted and started to fast sebab bila-bila je doctor boleh decide untuk emergency c-section.
Kena tolak ke labour room dalam pukul 1-2am. Malam tu dah inject ubat tahan sakit sekali sebab dah tak tahan sakit sangat dah. Jalan pun tak bukak. Kena tunggu pagi 8am untuk refer Maternal Fetal Medicine (MFM) HKL. Ni kira klinik yang boleh details scan janin. Sambil tunggu tu. NICU doctor datang bagi explaination tentang Kelahiran Pramatang dan risikonya. Alhamdulillah. Pihak NICU dah sediakan (booked) dua incubators untuk Twins. Tepat pukul 8am berbekalkan urine bag di tangan. (Sebab dah sambung hos kat pundi kencing). Nurse tolak saya dengan wheelchair ke MFM Clinic untuk details scan.
This is the part. Scan punya scan. Doktor bagitau Saluran darah dari uri ke Twin B dah samar-samar,almost invisible. Contraction yang saya rasa tu disebabkan TTTS dimana for my case, it was TTTS Stage 3. Doktor sempat bergurau nak hiburkan hati yang gundah gulana ni siap tanya. “Mak nak deliver hari ni ke lagi dua hari?” Saya sengih-sengih jawab hari ni je la doctor. Alhamdulillah dah tempah slot untuk emergency C-section pukul 10am. Tapi Twins nak duduk kejap lagi dalam rahim mak. Disebabkan ada kes emergency, kes saya di postpone ke pukul 12pm. Alhamdulillah masuk ke Dewan Bedah.
My twins selamat dilahirkan Twin B (840g) (1.11pm) Twin A (1450g) (1.14pm) pada 25 January 2017.
Twin B is Mohd Afdhal Furqan bin Mohd Rasyidi (1st twin)
Twin A is Mohd Ahsan Furqan bin Mohd Rasyidi (2nd twin)
They continue their journey in NICU HKL and alhamdulillah they are turning two years old this 25th January 2019. Look how strong they are. Semoga membesar dengan jayanya. Menjadi anak soleh mak abah. Penyebab mak abah masuk syurga. Amin. InsyaAllah. Kalau ada masa. I will share information/experience being a NICU mom
Peluang mengerjakan haji tak datang selalu jika tak dijemput Allah SWT. Murahnya rezeki ibu mengandung, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dapat menjalankan ibadah haji sekali lagi pada tahun ini ketika dirinya sedang berbadan dua. Namun kehamilan tidak menghalang ibu kepada empat anak ini untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna kali ini.
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ini sempat berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah hajinya ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Menerusi akaun Instagramnya, beliau memaklumkan keadaannya yang dibantu dengan pelbagai kemudahan ketika mengerjakan ibadah. Malah skuter menjadi pilihannya untuk melancarkan pelbagai urusan di sana. Jadi tiada masalah baginya yang sedang hamil.
“Banyak juga yang tanya larat ke saya tengah hamil jalan kaki lama-lama. Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi Kaabah.
“Cuma ketika saie dari Safa ke Marwah saya naik skuter ni bawa sendiri. Satu orang 50 Riyal kat Masjidil Haram ni macam-macam kemudahan ada bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Datin Seri Nur Shahida juga sempat berkongsi perjalanan hajinya yang bakal berangkat ke Arafah hari ini. Semoga dipermudahkan segala ibadah.
“Insya-Allah esok kami akan berangkat ke Arafah. Insya-Allah doa-doa sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf.
“Insya-Allah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka. Sebanyak-banyak malaikat-malaikat turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya…begitulah hebat nya hari Arafah,” kongsinya.
Pernah tak ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran si kecil dalam perut tu terlintas, macam mana keadaan baby dalam perut tu? Ok ke tak ok? Ada apa-apa masalah ke?
Itulah tujuan Detail Scan ni. Untuk check dan tahu keadaan dan juga tumbesaran bayi di dalam perut.
Kenapa perlu untuk tahu?
Sebab mudah sebagai persediaan awal. Kalau ok, syukur, tak perlu nak risau apa-apa.
Tapi kalau baby ada alami masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation.
Jadi apa yang doktor scan masa Detail Scan ni?
✔ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak. ✔ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit. ✔ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama. ✔ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen. ✔ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing ✔ Tulang belakang. ✔ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari. ✔ Jantina baby. ✔ Tali pusat. ✔ Keadaan serviks ibu. ✔ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah. ✔ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.
So, secara umumnya, Detail Scan ni MEMANG PENTING untuk ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata.
Waktu sesuai untuk lakukan detail scan ini boleh dibuat antara minggu ke 18-26 sebab kalau baby dah besar, baby akan padat sangat. Jika dibuat selepas tempoh itu ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat.
Detail scan ni hitam putih je. Jadi jangan minta yang berwarna pada doktor masa scan.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.