Aksi anak kecil meniru orang lain atau orang dewasa memang mencuit hati dan boleh buat orang terhibur.
Namun, ia tak lagi lucu dan comel bila yang anak tiru itu adalah perbuatan tak senonoh.
Sentiasa ingat, anak masih belajar tentang dunia dan otaknya juga masih berusaha faham tentang cara dunia berfungsi. Maka ,amat biasa anak meniru tanpa tahu baik atau buruk perbuatan tersebut.
Bila anak mula tiru kelakuan buruk orang lain, ini apa yang ibu ayah boleh lakukan untuk tangani masalah ini. Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Puan Uswatun, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi Malaysia.
Ada perkara yang kita rasa remeh dan langsung tak perlu kita buat. Apa lagi nak minta anak-anak kecil melakukannya. Tak masuk akal bagi kita tetapi banyak kelebihannya pada anak-anak bila mereka besar nanti.
Serius jangan tak percaya, aktiviti ini buat anak lebih bertanggungjawab malah pandai berdikari. Ayuh mama papa minta anak-anak buat perkara ni.
1. Periksa Barang Dapur
Minta anak perempuan jadi pemeriksa kita setiap kali barang dapur habis bekalannya. Ajar dia untuk periksa peti ais dan stok bekalan basah seperti ikan dan sebagainya setiap minggu atau setiap hari. Biar dia tahu peranannya besar dalam rumah kita. Lama kelamaan dia akan rasa lebih bertanggungjawab pada amalan yang satu ini.
3. Kunci Pintu
Sebelum hendak masuk tidur, amanahkan seorang anak-anak kita untuk periksa pintu rumah, samada sudah dikunci ataupun tidak. Selain rasa tanggungjawab pada
keluarga yang lain, ia juga mendorang anak kita jadi lebih berani.
4. Bayar Di Kaunter
Latih anak kita bayar makanan yang dia beli di kaunter sendiri. Cara ini bukan hanya latih anak lebih berani tetapi mesti bertanggungjawab pada barangan yang diambilnya. Amanah pada diri sendiri, itu penting.
5. Susun Kasut
Bagi tugas mudah ini pada si bongsu anda yang masih kecil. Latih dia untuk susun kasut setiap ahli rumah sebelum melangkah masuk ke rumah. Persoalkan dia jika kasut tidak disusun dalam keadaan baik. Cara ini bukan hanya buat anak lebih menjaga kebersihan tetapi disiplin diri yang tinggi.
6. Kemas Katil
Ajar kesemua anak kita baik lelaki mahupun perempuan untuk kemaskan katil sendiri apabila bangun tidur. Ini penting bagi mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan selebihnya pada keluarga. Kalau kita biasakan mereka, lama-lama pasti jadi tabiat terpuji.
7. Ajar Anak Sedekah
Kalau ke surau atau juga ada peminta sedekah yang datang ke meja kita ketika makan, ajar anak-anak bersedekah sendiri dengan tangan mereka. Selain mengajar rasa simpati kepada golongan susah, kita juga mendidik anak untuk bersedekah. Setiap kali dapat duit kecil, minta dia asingkan untuk bersedekah.
8. Tolong Angkat Barang
Nampak macam mendera anak tapi sebenarnya ia satu proses mendidik. Minta anak-anak angkatkan kesemua barang yang kita beli ke dalam kereta seterusnya ke dalam rumah. Nampak remeh tapi ia mengajar anak bertanggungjawab dan rasa hormat.
9. Pilih Ikan Di Pasar
Ini aktiviti yang menyeronokkan. Minta anak pilih sendiri ikan yang mereka suka di pasar. Selain berkongsi ilmu, ia juga bagi membiasakan mereka dengan ilmu rumah tangga.
10. Ajar Masak
Tak kira samada anak lelaki atau perempuan, ajar mereka untuk tolong memasak di dapur. Seawal usia 5 tahun lagi mintalah mereka turut serta. Anak lelaki terutamanya, ajar mereka memasak dengan cara yang betul supaya ilmu ini boleh dibawa mereka ke mana-mana terutama selepas berkahwin. Penting!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kita rasa anak perempuan lebih memerlukan sokongan emosi. Namun, hakikatnya dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki, betul ke? Jom baca perkongsian artikel ini.
Emosi sensitif
Sebagai ibu bapa, hampir kebanyakan daripada kita merasakan kanak-kanak perempuan lebih memerlukan sokongan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang melibatkan emosi.
Walau bagaimanapun, keadaan sebenarnya adalah kanak-kanak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif berbanding perempuan. Disebabkan ini, mereka lebih memerlukan sokongan berbanding kanak-kanak perempuan.
Kenyataan ini adalah berdasarkan satu kajian yang dipanggil sebagai ‘The Fragile Male’ atau turut dikenali sebagai ‘Lelaki yang rapuh’. Ia adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif dan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan si ibu.
Tahap perkembangan
Umumnya, selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya. Keadaan ini adalah berbeza dengan bayi perempuan, di mana perkembangannya adalah lebih pantas enam minggu.
Perkembangan ini pastinya memberikan kelebihan buat bayi perempuan untuk berkembang dan mendapatkan momentum yang lebih baik berbanding bayi lelaki. Manakala bagi bayi lelaki, mereka akan sedikit terkebelakang.
Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi daripada aspek tumbesaran fizikal, tetapi ia juga melibatkan soal tahap kematangan sosio-emosi mereka. Jadi sebab itulah, kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita akan nampak anak perempuan adakalanya lebih dewasa berbanding anak lelaki.
Cara didikan
Mungkin sebagai ibu bapa, kita tidak sedar sebenarnya cara didikan yang diberikan dalam membesarkan anak lelaki juga mempengaruhi aspek perkembangan mentalnya. Ini kerana, seringkali kita akan membesarkan mereka dengan cara yang lebih tough berbanding anak perempuan. Setuju tak ibu bapa sekalian?
Biasanya anak perempuan akan lebih dilimpahi dengan kasih sayang, lebih dimanjakan serta diberikan permainan yang menjurus kepada memupuk rasa sayang. Sedangkan anak lelaki, diberikan permainan yang berunsur lasak seperti kereta dan patung adiwira. Begitu jugalah dalam aspek didikan, yang lebih berunsurkan kelakian.
Penulis tidak mengatakan semua ibu bapa mendidik anak lelaki mereka begitu, tetapi penulis percaya kebanyakan ibu bapa melakukannya. Ini kerana ibu bapa merasakan anak lelaki adalah sebagai individu yang boleh diharapkan apabila dewasa kelak.
Sebaliknya, kesan didikan yang diberikan ini hanyalah akan melahirkan seorang individu lelaki yang kasar jiwa dan sifatnya. Malah tidak dinafikan mereka juga mungkin kurang sensitif terhadap perasaan individu lain.
Berikan lebih kepada anak lelaki
Jadi bagaimana cara untuk mengatasi isu ini? Mudah sahaja. Ibu bapa harus memberikan sokongan fizikal dan mental yang mencukupi kepada anak lelaki sama seperti anak perempuan. Ini sekali gus dapat membantu anak mengendalikan emosi mereka dan menjadi individu yang lebih prihatin pada masa hadapan.
Berikut adalah beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan di rumah kepada anak lelaki:
Sama rata
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang secara fizikal atau mental secara sama rata kepada anak-anak tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Usah membeza-bezakan antara anak-anak anda.
Dalam masa yang sama, pastikan keadaan mental anda sebagai ibu bapa juga stabil. Ini kerana jika anda mengalami tekanan sudah tentu ia akan memberi kesan secara langsung kepada anak-anak. Ibu bapa dengan emosi yang seimbang, pastinya akan melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.
Soal jodoh, rezeki anak semuanya ketentuan Allah. Hanya dia yang tahu bila masanya yang sesuai untuk seseorang itu hidup berpasangan dan mempunyai anak. Tugas kita sebagai hamba-Nya adalah teruskan memohon doa.
Percayalah selaian berdoa kita juga digalakkan untuk berikhtiar sebelum berserah sepenuhnya kepada Allah.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Ustazah Noor Lalila Aniza Zakaria, beliau ada memberikan dua tip doa yang boleh diamalkan dalam hidup kita. Moga-moga ia semuanya dipermudahkan.
Baca Al Anbiyak ayat 89
Untuk sahabat, adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati bolehlah amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Pengalaman saya sendiri, saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
Doa ini 2 dalam 1. Untuk dipermudahkan mendapat jodoh dan zuriat.
Bagi yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Bagi pengikut setia Pa&Ma, jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.